CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal Malam Pertama, Isteri Mati Mengejut Ketika Berhubungan Intim

21-6-2021 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5611| Komen: 24

Description: Brasilia: Seorang pengantin perempuan di Brazil meninggal dunia pada malam pertama selepas berkahwin dengan suaminya.
Brasilia: Seorang pengantin perempuan di Brazil meninggal dunia pada malam pertama selepas berkahwin dengan suaminya.

The Sun melaporkan insiden itu berlaku pada 10 Jun lalu di bandar Ibirite, Minas Gerais, Brazil.


Mangsa yang berusia 18 tahun dilaporkan kelihatan tidak sihat kemudian pengsan dengan tiba-tiba ketika melakukan hubungan intim dengan suaminya.

Gambar Hiasan

Ia menyebabkan suami mangsa yang berusia 29 tahun, panik dan segera berlari keluar untuk mendapatkan bantuan daripada jirannya.

Mereka cuba menghubungi teksi untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun, dia tidak mendapat kerjasama pemandu yang enggan mengambil wanita itu sebagai penumpang kerana bimbang akan jangkitan Covid-19.


Akhirnya, suami mangsa menghubungi ambulans untuk untuk bantuan.

Sebaik pasukan perubatan tiba, mereka dapati mangsa sukar bernafas.

Namun, wanita itu tidak sempat diselamatkan apabila meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menurut suami mangsa, dia terpaksa menunggu selama sejam untuk ambulans tiba dan yakin isterinya mungkin dapat diselamatkan jika pasukan perubatan datang lebih awal.

Bagaimanapun, jurucakap perkhidmatan ambulans memaklumkan kenderaan pertama dibatalkan dan yang kedua, tiba dalam tempoh 21 minit.

Berdasarkan hasil bedah siasat, polis mengesahkan tiada kesan kecederaan atau pembunuhan ditemui pada badan mangsa.

Sementara itu, jiran terdekat memberitahu yang mereka tidak mendengar jeritan, tangisan meminta tolong atau suara aneh pada hari kejadian.

Difahamkan, suami mangsa terlalu sedih dan tidak dapat menerima kenyataan dengan pemergian mengejut isterinya.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 21-6-2021 03:52 PM
Aiyooo teksi pun……
Quote darkness 21-6-2021 03:54 PM
Kesiannya...bertabahla
Quote mbhcsf 21-6-2021 03:56 PM
My condolences to the  family and the hubby.

macam sebijik the reverse citer Bossam Korean...cuma dlm citer ni  yg meninggal the groom.

Quote xpdckelate 21-6-2021 03:58 PM
lahai kesian betul
Quote Artemesiaa 21-6-2021 04:02 PM
Ada masaalah jantung kot
Quote nesloice 21-6-2021 04:04 PM
amik barang ke
Quote drivethru 21-6-2021 04:05 PM
Sekurang kurang nye, isteri dia dah merasa pisang tanduk sebelum mati. Xde lah kempunan.
Quote insulin 21-6-2021 04:07 PM
Takziah kepada suami dan keluarga mangsa.
Quote eLiaD 21-6-2021 04:07 PM
kuat na ngenjut..RiP
Quote stingersporadic 21-6-2021 04:08 PM
mbhcsf replied at 21-6-2021 03:56 PM
My condolences to the  family and the hubby.

macam sebijik the reverse citer Bossam Korean...cuma ...

Will this incident ever deter you from marriage?

kahkahkahkahkahkah
Quote Kurex 21-6-2021 04:29 PM
Kau tak reti nak search dulu ke sebelum bukak benang..
Quote Decaffeinated 21-6-2021 04:35 PM
Setakat cakap kejadian berlaku di Brazil nenek aku pun boleh
Quote Ayda89 21-6-2021 04:50 PM
Kasihan nya… mau trauma tok laki lepasni kalau kawin lagi
Quote zehra2 21-6-2021 05:13 PM
mbhcsf replied at 21-6-2021 03:56 PM
My condolences to the  family and the hubby.

macam sebijik the reverse citer Bossam Korean...cuma ...

drama bossam ni berapa episod? mlm td last ke ? 16? ke ada 20 episod?
mcm kita je yg tengok citer ni.. dah ler tengok cara haram kat group tele je

kat korea dah 2 hari tayang, baru dpt tengok yg ada sub
Quote imransulaiman 21-6-2021 05:20 PM
Orgasm sampai serangan jantung ke?
Quote garyura 21-6-2021 07:14 PM
kena santau
Quote melinda_kerr 21-6-2021 08:19 PM
Kalau forumner sorang tu mesti die tuduh sebab vaccine..
Quote mbhcsf 21-6-2021 09:09 PM
zehra2 replied at 21-6-2021 05:13 PM
drama bossam ni berapa episod? mlm td last ke ? 16? ke ada 20 episod?
mcm kita je yg tengok citer ...

Bossam ade  20 episodes

baru episode 16  u know Kim Dwa Gun jadi King dalam ni.

aah i tengok kat dramacool heheheh tapi lambat betul laaa subtitles. kite tengok GUMIHO
Quote nakkomenjugak 22-6-2021 09:01 AM
mati dalam nikmat yach. RIP

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.057623 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top