CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga emas rugi RM23,300 kononnya menang RM100,000

21-6-2021 08:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1442| Komen: 1

Description: Seremban: Seorang warga emas kerugian RM23,300 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar rakan lamanya menerusi laman sosial dan memaklumkan dirinya layak menerima bantuan pesara B40.



Seremban: Seorang warga emas kerugian RM23,300 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar rakan lamanya menerusi laman sosial dan memaklumkan dirinya layak menerima bantuan pesara B40.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, lelaki berusia 68 tahun itu sebelum itu menerima pesanan di laman sosial Facebook daripada kenalan lama.

Menurutnya, rakan lamanya itu kemudian meminta mangsa menekan satu pautan untuk mendapatkan bantuan pesara B40.

"Rakannya itu memaklumkan bahawa dia menerima bantuan terbabit dan pengadu mula tertarik untuk mendapatkan bantuan itu.

"Mangsa kemudiannya menekan 'link' berkenaan dan disambungkan kepada seorang ejen, sambil memberitahu dia memenangi hadiah wang tunai RM100,000, namun perlu membuat bayaran terlebih dahulu untuk menebus wang tunai itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Beliau berkata, mangsa membuat 20 transaksi ke dalam akaun berlainan sejak 16 Disember 2020 hingga 18 Jun lalu, sebelum menyedari dirinya ditipu.

Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Aibee berkata, sehingga kini pihaknya menerima 45 kertas siasatan yang menggunakan modus operandi yang sama.

"Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dengan setiap pesanan diterima, sama ada melalui kenalan lama atau baharu menerusi di laman sosial," katanya.




Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namemysoul 21-6-2021 10:36 PM
Kesiannyer...musti duit simpanan....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.080089 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top