CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Jepun Dihalau Dari Turki Kerana Jadikan Kucing Makanan Harian

21-6-2021 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3629| Komen: 30

Description: Seorang lelaki warga Jepun yang bermastautin di Turki ditangkap polis gara-gara menganiaya kucing.
Seorang lelaki warga Jepun yang bermastautin di Turki ditangkap polis gara-gara menganiaya kucing.

Sora News melaporkan, lelaki berumur awal 30-an itu ditahan pada 14 Jun lalu kerana disyaki membunuh dan memakan haiwan berkenaan.


Salah seorang penduduk dikatakan melihat lelaki itu membawa lima kucing ke dalam rumah.


Gambar hiasan/Litter-Robot

Melihat tindak-tanduk lelaki itu yang mencurigakan, penduduk terbabit menghubungi pihak polis.

Polis kemudiannya ke lokasi kejadian bagi menyiasat sebelum menahan lelaki berkenaan dan membawanya ke balai polis untuk disoal siasat.

Berdasarkan siasatan polis, lelaki itu mengaku membunuh kucing liar yang ditangkap di kawasan perumahannya. Bukan setakat itu, dia turut menjadikan haiwan itu sebagai makanan hariannya.

Berikutan kesalahan itu, lelaki itu didenda sebanyak 130,000 yen (RM4,884) selepas mengaku bersalah atas perbuatannya.


Dia kini ditahan buat sementara waktu dan dalam proses untuk dihantar pulang ke negara asal.

Insiden itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat Turki yang terkejut dengan tindakan lelaki berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-6-2021 11:13 AM
dah tau Turki menyayangi kucing, yg ikek ikek kimochi pergi makan kenapa...

Btw iols teringin nak makan pipit padi goreng
Quote makneng 21-6-2021 11:23 AM
apa dah tak ada haiwan lain yg nak di makan dek bangsa nippon ni?
Padan muka kena deport..semoga turkey blacklist je ummah nippon sebegini .
Quote xpdckelate 21-6-2021 11:25 AM
lorrr biar la dia makan bukan aniaya pung
Quote slavehunter 21-6-2021 11:25 AM
Dah la turkey punya baka kucing gemok dan gebu. Dia buat sushi kucing tu.
Quote monreyes 21-6-2021 11:37 AM
sedap ke daging kucing
Quote mawarkhayalan99 21-6-2021 12:24 PM
eh bdoh betul takde binatang lain ke ko nak makan
Quote Artemesiaa 21-6-2021 12:27 PM
Dah macam geng Vietcong pulak suka makan kucing
Quote 3chanceno 21-6-2021 01:27 PM
Ngerinya

Dia kutip kucing jalanan pasal takde tuan untuk dapat free meat buat meals..apa dia buat di Turkey tu???
Quote noor2 21-6-2021 01:31 PM
Kesian kucin....teringin nk makan belalang padi...sedap x...
Quote kelapaparut 21-6-2021 01:35 PM
Artemesiaa replied at 21-6-2021 12:27 PM
Dah macam geng Vietcong pulak suka makan kucing

vietcong myanmar indonesia suke mkn kucing
Quote mdhelmi 21-6-2021 02:00 PM
okla tu
kat malaysia makan rasuah

xdela, tipu je
Quote nakkomenjugak 21-6-2021 03:11 PM
iols da boleh terbayang komen2 racist untuk si naruto iteww.
Quote monreyes 21-6-2021 03:16 PM
kat msia ni xde ke penggemar tikus....
free je ...
sambil membantu membersihkan kawasan sekitar...
Quote anakmak 21-6-2021 03:24 PM
monreyes replied at 21-6-2021 03:16 PM
kat msia ni xde ke penggemar tikus....
free je ...
sambil membantu membersihkan kawasan sekitar...

Kalau penggemar takdak
Penternak ramai termasuk PBT sekali
Quote monreyes 21-6-2021 03:29 PM
anakmak replied at 21-6-2021 03:24 PM
Kalau penggemar takdak
Penternak ramai termasuk PBT sekali

tu sudah semestinya...
aritu local PBT ada buat kempen tangkap tikus...
adalah kurang kejap..
now dah kelihatan semula...
aku geli tgk yg terpenyek kena langgar tu..
sampai kering lah kat situ...
Quote lattehazelnut 21-6-2021 03:31 PM
Owh xtau pun org jepun pun mkn kucing
Quote anakmak 21-6-2021 03:35 PM
monreyes replied at 21-6-2021 03:29 PM
tu sudah semestinya...
aritu local PBT ada buat kempen tangkap tikus...
adalah kurang kejap..

Bila pbt buat kerja bermusim
Musim tangkap tikus- tangkap tikus ya2
Pastu senyap bermusimmusim
Diaorg ingat tikus mengawan ikut musim agaknya

Kucing la ni pun dah gerun dgn tikus bandau
Sama saiz dgn diaorg cuma kaki tak panjang je
Quote monreyes 21-6-2021 03:37 PM
anakmak replied at 21-6-2021 03:35 PM
Bila pbt buat kerja bermusim
Musim tangkap tikus- tangkap tikus ya2
Pastu senyap bermusimmusim
...

stray cats pun x layan tikus...
macam geli je...
Quote edayildiz 21-6-2021 03:38 PM
kucing kt turki gebo2 gemuk walau terbiar..apa xde mknn lain ke nk mkn..kwn i org sabah ckp dia pnh try mkn monyet masak kicap.jiran dia bg..sdp gilos ..pastu i jd takut dh nk kawan ngn dia sbb biawak pun mkn..kalau babi i ok jer..sbb mmg mknn dorg..ni monyet ngn bewak ni jrg jmpa org mkn.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.111644 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top