CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Risiko Jangkitan Covid-19 Melalui Kentut

17-6-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2038| Komen: 6

Description: Kuala Lumpur: Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut.
Kuala Lumpur: Covid-19 boleh berjangkit melalui kentut.

Bunyinya lucu, namun ia menjadi topik hangat khususnya di luar negara baru-baru ini.


Mengulas mengenainya, Pakar Perunding Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata, keadaan itu adalah logik berdasarkan virus Covid-19 memang ditemui dalam najis manusia.

Menurutnya, ia menyebabkan gas yang keluar daripada kentut juga berisiko mengandungi virus maut berkenaan.


Foto: labmanager.com

Katanya, virus sama juga merebak melalui gas pernafasan yang keluar dari paru-paru pesakit yang positif Covid-19.

"Namun, sebenarnya risiko jangkitan merebak daripada kentut adalah amat rendah kerana terdapat lapisan perlindungan berupa seluar dalam dan seluar yang dipakai.


"Saya menerima pertanyaan bagi isu yang kedengaran agak lucu tetapi ini membabitkan persoalan yang serius.

"Kesimpulannya, pengamalan prosedur operasi standard (SOP) adalah langkah terbaik untuk mencegah jangkitan kerana sentiasa ada tapisan di dalam pernafasan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan pakar Pusat Kawalan Penyakit di Beijing, China yang memberikan pandangan bahawa risiko teramat rendah melainkan kentut dihidu dari jarak dekat dari seseorang yang tidak memakai seluar.

Selain itu, pendedahan seorang doktor dari Australia mengenai virus yang tersebar melalui kentut mengejutkan banyak pihak.

Malah, beberapa orang doktor sebelum ini memberi amaran bahawa kentut mempunyai zarah kotoran kecil yang boleh menyebarkan bakteria dan menjadi punca jangkitan.

Dr Alzamani berkata, kesimpulannya, ia sebab mengapa semua orang perlu harus memakai pelitup muka dengan sempurna.

"Nasihat saya, patuhilah SOP, pakai pelitup muka dan elakkan berada di kawasan ramai orang.

"Jika kita lihat kepada trend terbaru, Covid-19 turut menjangkiti orang muda, jadi kita kena lebih berjaga-jaga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-6-2021 01:59 PM
baper ramai la nak ckp psl kentut nih...
Quote natrahn 17-6-2021 02:04 PM
jgan kentut merata huhu
Quote Firenzza 17-6-2021 02:15 PM
Ngarut la....
Quote wirazam 17-6-2021 03:44 PM
So jgn tak pakai seluar dalam ye bila keluar rumah
Quote FanTasyCreaTioN 17-6-2021 05:41 PM
@CARI-MRO tolong Merge ...


Thread dah ada :
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1255940



Terimakasih



Quote rogayahtop 17-6-2021 09:57 PM
makan je la ubat cacing. lmaoooo

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.167577 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top