CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Transfer RM1000-Bell Ngasri Kena Kencing, Sangka Mubarak Majid Terdesak Nak Pinjam Duit

17-6-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10253| Komen: 46

Description: Akibat berasa kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri, Bell Ngasri akhirnya terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu ...
Akibat berasa kasihan dan simpati dengan nasib rakan industri, Bell Ngasri akhirnya terpedaya dengan taktik scammer yang menggunakan nombor telefon pelakon Mubarak Majid dalam menjalankan kegiatan itu.


Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, 41, berkata dia membuat pemindahan wang sebanyak RM1,000 tanpa berfikir panjang dengan niat membantu Mubarak yang dikatakan terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Foto: IG

"Ye betul saya terkena, masa tu saya WhatsApp dengan dia panjang lebar sebab nak tahu cerita sebenar.

"Saya ingatkan yang abang Mubarak sekarang memang perlukan duit sebab terkesan dengan PKP. Katanya dia nak bayar balik esok... sekarang saya baru sedar dah kena kencing (tipu).

"Lagipun dia bukan orang lain, kami dah lama kenal dan kami sedang buat job bersama.

"Pada awalnya saya transfer RM1,000... kemudian orang tu minta lagi tapi saya tak sempat transfer saya cakap saya akan ke bank. Dia nak RM2,100 semua sekali," katanya kepada mStar.



Ujar Bell, selang beberapa jam membuat transaksi berkenaan dia menerima pesanan daripada rakan artis lain yang hampir terpedaya dengan individu tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Bell, pada awalnya dia berasa hairan apabila individu berkenaan meminta dia melakukan pemindahan atas nama seorang lelaki tidak dikenali, namun scammer itu memaklumkan akaun tersebut adalah milik rakannya.

"Masa saya transfer saya memang check nama pemegang akaun tu nama orang India. Abang Mubarak (scammer) kata tu akaun kawan dia sebab akaun dia kena sekat.

"Saya bagi je la, lepas tu kecoh dekat dalam group yang kawan-kawan lain pun terima pesanan WhatsApp yang sama," ujarnya.

Selain Bell Ngasri, pelakon lain seperti Liza Abdullah, Lan Zailan dan Nadia Kasuma juga hampir diperdaya scammer terbabit.

Pelakon filem 18 Puasa ini berkata, dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran agar tidak mudah percaya kepada mana-mana individu terutamanya melibatkan soal wang ringgit.

"Saya ambil ni sebagai pengajaran, sepatutnya selidik sebelum bagi dan membuat keputusan. Saya akan buat laporan polis untuk pastikan orang ni diambil tindakan.

"Macam-macam penipuan boleh berlaku sekarang ni, ini benda yang baru dengan helah menggunakan data peribadi kawan kita sendiri," ujarnya.

Terdahulu, aplikasi Whatsapps pelakon Mubarak Majid telah digodam oleh seorang lelaki dan digunakan untuk memperdaya rakan-rakan dalam senarai telefon bimbitnya.

Mubarak telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Gombak kira-kira pukul 5 petang, Rabu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaoru44 17-6-2021 03:38 PM
Edited by kaoru44 at 17-6-2021 03:57 PM

Gaya mtk pun mcm desak2..xkn xrasa pelik..
Akaun pun nama india..stkt ltk dp whtsap muka mubarak majid je kot..
Quote Ferr_Remy 17-6-2021 03:43 PM
Aiyoo Bell hahaha. Nak cakap perkataan berlawanan dgn pandai tak sampai hati la plak.
Quote slyfynx 17-6-2021 03:48 PM
Haih...
kang cakap bongok terasa pulak.
Nampak dh akaun nama orang lain, x yah caye.
Terus call
Quote ezacbee 17-6-2021 03:51 PM
Aku xkan transfer duit klo nama lain selain nama org yg dikenali. Xde makna account kena sekat ke apa.. Senang2 je kelly tu dapat beribu..
Quote beni_nikaido 17-6-2021 03:52 PM
tak pe la Barkobar. takde rezeki
Lepas ni kena berhati2 ye
Baik jugak la hatinye
Quote maylink23 17-6-2021 03:53 PM
kaoru44 replied at 17-6-2021 03:38 PM
Gaya mtk pun mcm desak2..xkn xrasa pelik..
Akaun pun nama india..stkt ltk dp whtaps muka mubarak ma ...

I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.

Minta pinjam rm300 sbb terkesan dgn covid. I pun hairan sbb cousin tu cikgu then tak pernah pinjam duit pun. Terus call, dia ckp takde msg. Cuma dia tertekan satu link kat whatsapp terus x dpt access whatsapp akaun dia.

Terus I maki si scammer tu ala diva aa
Quote kaoru44 17-6-2021 03:56 PM
maylink23 replied at 17-6-2021 03:53 PM
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.

Minta pi ...

Ok..kalau mcm ni scary jgk la..
Lpas tu cousin u tukar nombor ke mcmana?
Scammer tu mmg xbls apa2 la lpas u maki?
Quote dudaberhias 17-6-2021 04:01 PM
bell ni memang nampak macam iq dia 2 digit je...
tengok la lakonan parodi dia pun...
maaf yach bukan nak kecam tapi itu yang iols nampak...
iols hanya jujur dengan kata kata..
Quote hashashes 17-6-2021 04:06 PM
Baik nya bell tapi tindakan melulu x siasat betul2 dulu. Mungkin 1k tu bagi dia macam 100 je. Takpe lah bell semoga yang hilang ni diganti dengan job lebih banyak nanti #donetazkirah
Quote kakigojes 17-6-2021 04:10 PM
maylink23 replied at 17-6-2021 03:53 PM
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.

Minta pi ...

Puas hati dengar bila ada orang mcm u, rasa lega dengar bila scammer kene sembur.. good job!
Quote kakigojes 17-6-2021 04:15 PM
Edited by kakigojes at 17-6-2021 04:16 PM

I pun pernah kena scam dulu, beli laptop kat Carousell. Bila dah jumpa and bank in, tengok2 org yang jumpa kata, awak bank in kat siapa. Time tu I terus tanya macam2 kat dia, in the end I dapat nombor telefon scammer tu. Lepas call, dapat carut 15 saat je dia terus hangup. Tapi burn la 2 ribu jugak. And I suruh orang yang jumpa I together buat polis report, dia taknak; tapi I kata I snap gambar u and I will viralkan cause you bersubahat. Terus ciki nak berkerjasama, hilang 2 ribu, hilang perasaan kejap time tu.

But anyway, bertabahlah Bell, time hilang duit ni, doa la banyak2.
Quote Bumbu 17-6-2021 04:16 PM
Mesti byk duit bell kan
Quote MatDeghem 17-6-2021 04:19 PM
kalau bodoh memang harus di scam
Quote prizadane 17-6-2021 05:03 PM
Aku tak rasa dia bodoh pun transfer camni. Cuma dia tak berhati-hati. Kadang-kadang bila orang minta tolong, malas nak tanya banyak-banyak sebab kesian n rasa macam takpela tolong orang tengah susah
Quote Boomibulat 17-6-2021 05:04 PM
Balasan utk geng plastik hitam..
Quote theotherfriend 17-6-2021 05:10 PM
Iols rasa dia syg sgt dgn uncle Mubarak ni. Kot biasa2 mcm kita ni sempat lagi nk fikir scam ke tidak.
Bagus kan.. takper la hilang duit bell, janji satu Malaysia dah tau bell generous.
Quote Belibis 17-6-2021 05:12 PM
dudaberhias: bell ni memang nampak macam iq dia 2 digit je...tengok la lakonan parodi dia pun...maaf yach bukan nak kecam tapi itu yang iols nampak...iols hanya ju ...

Level perempuan yang sesuai dibuat bini ke caner??{:cryrun
Quote lifeline 17-6-2021 05:16 PM
maylink23 replied at 17-6-2021 03:53 PM
I pernah berlaku. Scammer tu hack whatsapp cousin. So tu memang akaun whatsapp cousin.

Minta pi ...

Hahaha tergelak aku part ala diva aa tu
Quote exclusive_vvip 17-6-2021 05:19 PM
Iols pikir lain plak..rasa mcm dia dah tau scammer..tapi saja kot transfer gak..leh jadi content socmed..lagipun setakat 1000 utk org cam dia, xde hal lah..gituhhh hati hitam iols berkata

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.054020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top