CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Saman Fitnah Eizlan Yusof Dan Hans Isaac Tak Selesai, Rujuk Pusat Mediasi

17-6-2021 10:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5098| Komen: 15

Description: Susulan kes saman fitnah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap Datuk Hans Isaac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan kes itu ...
Susulan kes saman fitnah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap Datuk Hans Isaac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan kes itu dirujuk ke Pusat Mediasi sebagai jalan penyelesaian.


Tuntutan saman itu difailkan oleh Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 50, selaku plaintif terhadap bekas Pengerusi Finas itu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan dana untuk syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd.

Eizlan yang diwakili peguamnya Datuk Shaharudin Ali berkata, Hakim Datuk Azimah Omar mencadangkan kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi atau apa-apa cara penyelesaian yang dipersetujui oleh mereka.


Foto: IG


"Pada prosiding pengurusan kes hari ini, mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 12 Ogos secara dalam talian untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu (penyelesaian)," katanya pada Rabu.

Prosiding secara dalam talian itu disertai seorang lagi peguam Eizlan iaitu Noor Azfar Azmi serta Isa Aziz Ibrahim mewakili Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac, 50, selaku defendan.

Dalam tuntutan saman difailkan pada 8 Februari lalu, Eizlan mendakwa Hans pada 16 November 2020 pada pukul 9.13 malam telah mengungkap, menerbit, mengeluar dan menyiarkan kata-kata fitnah dalam satu kumpulan WhatsApp 'Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)'.

Kumpulan WhatsApp itu mempunyai 200 ahli terdiri daripada penerbit-penerbit filem dan drama televisyen serta penggiat industri seni termasuk plaintif dan defendan yang kemudiannya tersebar ke media sosial lain.

Dakwa Eizlan kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud, dia memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan untuk syarikat Excellent Pictures.

Tegasnya lagi, tuduhan itu tidak benar sedangkan dia tiada kena-mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti dan tindakan defendan itu menyebabkannya kehilangan maruah, dihina dan dijauhi masyarakat umum.

Plaintif antaranya menuntut ganti rugi am untuk ditaksir tidak kurang daripada RM2 juta, ganti rugi teruk dan teladan selain menuntut defendan membuat permohonan maaf.

Hans Isaac menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 17 Mac lalu berkata, dakwaan plaintif bahawa dia tiada kena-mengena dengan Excellent Pictures adalah tidak benar kerana pernah berlakon dalam filem serta siri drama yang diterbitkan oleh syarikat tersebut.

Hans mendakwa dia hanya menghantar suatu ungkapan kata ke dalam kumpulan WhatsApp yang mana ia adalah satu kumpulan tertutup dan sebarang informasi yang tersebar keluar dari kumpulan WhatsApp itu adalah tanggungjawab pentadbir kumpulan WhatsApp berkenaan -CARI

Sumber: mStar Online The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imanjannah 17-6-2021 06:16 AM
moga dapat diselesaikan dengan baik
Quote miss_perfect 17-6-2021 07:47 AM
Laaa nama sebenar Eizlan ni Idris rupanya
Quote CARI-MRO 17-6-2021 10:06 AM
Susulan kes saman fitnah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Seri Eizlan Yusof terhadap Datuk Hans Isaac, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan kes itu dirujuk ke Pusat Mediasi sebagai jalan penyelesaian.


Tuntutan saman itu difailkan oleh Eizlan atau nama sebenarnya Idris Md Yusof, 50, selaku plaintif terhadap bekas Pengerusi Finas itu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa bagi mendapatkan dana untuk syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd.


Eizlan yang diwakili peguamnya Datuk Shaharudin Ali berkata, Hakim Datuk Azimah Omar mencadangkan kedua-dua pihak merujuk kes saman itu ke Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi atau apa-apa cara penyelesaian yang dipersetujui oleh mereka.




Foto: IG




"ada prosiding pengurusan kes hari ini, mahkamah juga menetapkan pengurusan kes selanjutnya pada 12 Ogos secara dalam talian untuk kedua-dua pihak memaklumkan perkembangan mengenai perkara itu (penyelesaian)," katanya pada Rabu.


Prosiding secara dalam talian itu disertai seorang lagi peguam Eizlan iaitu Noor Azfar Azmi serta Isa Aziz Ibrahim mewakili Hans Isaac atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac atau Hans Isaac, 50, selaku defendan.


Dalam tuntutan saman difailkan pada 8 Februari lalu, Eizlan mendakwa Hans pada 16 November 2020 pada pukul 9.13 malam telah mengungkap, menerbit, mengeluar dan menyiarkan kata-kata fitnah dalam satu kumpulan WhatsApp 'Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM)'.


Kumpulan WhatsApp itu mempunyai 200 ahli terdiri daripada penerbit-penerbit filem dan drama televisyen serta penggiat industri seni termasuk plaintif dan defendan yang kemudiannya tersebar ke media sosial lain.


Dakwa Eizlan kenyataan fitnah itu antara lain membawa maksud, dia memegang jawatan ahli lembaga pengarah Finas mengambil kesempatan atau menyalahi undang-undang bagi mendapatkan bantuan dana daripada kerajaan untuk syarikat Excellent Pictures.


Tegasnya lagi, tuduhan itu tidak benar sedangkan dia tiada kena-mengena dengan syarikat terbabit dalam apa jua kapasiti dan tindakan defendan itu menyebabkannya kehilangan maruah, dihina dan dijauhi masyarakat umum.


Plaintif antaranya menuntut ganti rugi am untuk ditaksir tidak kurang daripada RM2 juta, ganti rugi teruk dan teladan selain menuntut defendan membuat permohonan maaf.


Hans Isaac menerusi penyataan pembelaan difailkan pada 17 Mac lalu berkata, dakwaan plaintif bahawa dia tiada kena-mengena dengan Excellent Pictures adalah tidak benar kerana pernah berlakon dalam filem serta siri drama yang diterbitkan oleh syarikat tersebut.


Hans mendakwa dia hanya menghantar suatu ungkapan kata ke dalam kumpulan WhatsApp yang mana ia adalah satu kumpulan tertutup dan sebarang informasi yang tersebar keluar dari kumpulan WhatsApp itu adalah tanggungjawab pentadbir kumpulan WhatsApp berkenaan -CARI


Sumber: mStar Online The Star
Quote fadz84 17-6-2021 10:48 AM
Baru tau nama betul Eizlan.. Idris rupanya
Quote Itzy 17-6-2021 11:30 AM
fadz84: Baru tau nama betul Eizlan.. Idris rupanya

Sedap nama tu, nama Nabi Idris a.s. Tapi nak glamer dan komersial tukar nama lain, biase la retis. Kat korea pun banyak camni.
Quote user.name 17-6-2021 11:53 AM
eizlan ke kat gambar tu? apooo dah ropa douglas lim jahh?
Quote fadz84 17-6-2021 12:08 PM
Itzy replied at 17-6-2021 11:30 AM
Sedap nama tu, nama Nabi Idris a.s. Tapi nak glamer dan komersial tukar nama lain, biase la retis. ...

Bkn x sedap.. just nk ckp lari jauh betul stage name dia..
Quote Raline 17-6-2021 01:43 PM
SAMA2 SCENE Pun nk saman2
Quote Perawankota 18-6-2021 05:00 AM
Hi pak Idris
Quote 311gurl 19-6-2021 07:24 PM
patutnya hans settlekan je la... heols ni ego tinggi betul dan kuat mencapub rupanya

Eizlan nak public apology kan? Boleh pulak si hans ckp patutnya admin group whatsapp yg dipersalahkan sbb leak kan text heols. Bimbo betul

tak matang si hans, padahal sebaya dah dengan Eizlan. Iols side Eizlan dalam hal ni..tok hans sejak heols dok puji2 lopa, ckp lopa x suka ckp buruk pasal org, jenis suka tolong org..iols dh pangkah awal2..
Quote anony-mous 19-6-2021 07:42 PM
311gurl replied at 19-6-2021 07:24 PM
patutnya hans settlekan je la... heols ni ego tinggi betul dan kuat mencapub rupanya

Eizlan  ...

Hans pon dah terkena badi lopa?? Sapa2 berkait dgn sheol jika lambat larikan diri, mcm2 badi melekat
Quote 311gurl 19-6-2021 07:45 PM
anony-mous replied at 19-6-2021 07:42 PM
Hans pon dah terkena badi lopa?? Sapa2 berkait dgn sheol jika lambat larikan diri, mcm2 badi melek ...

iols syak sesiapa yg dok puji2 lopa, or geng2 lopa ni pasti ada perangai mcm lopa.. gitu konklusi iols.. sehingga kini heols x kawin2, kalau nak tunggu kawin miss universe, mmg x dpt la tok hans..
Quote Burong_Hantuk 19-6-2021 07:49 PM
All the best buat Duda jahlop...sila melingkop
Quote ImpianSeroja 19-6-2021 09:03 PM
Apabila hero hero lama bergaduhan..wait n see sape yg menang
Quote None68 20-6-2021 12:12 AM
Jauh benar namanya Idris ke Eizlan..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069756 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top