CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanya Duduk Rumah, Hael Husaini Dah Rindu Sorakan Penonton

17-6-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2600| Komen: 7

Description: Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran di media sosial.
Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran di media sosial.

Ia susulan golongan selebriti antara yang menjadi perhatian dan sasaran warganet membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.


Foto: IG

Hael, 34, berkata, dia sebolehnya mahu menjaga sensitiviti dan mengelakkan perkara itu disalah tafsir.

"Sebenarnya walau siapa pun kita, kita cubalah sedaya upaya untuk mengikut SOP. Saya sangat jarang keluar rumah ketika pelaksanaan PKP melainkan atas urusan penting atau kerja.




"Saya juga sangat berhati-hati dengan apa yang saya kongsi di laman sosial bagi menjaga sensitiviti dan mengelakkan orang salah tafsir," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya perkara pertama dan paling rindu untuk dilakukan jika aktiviti seni kembali beroperasi, Hael yang popular menerusi lagu Jampi berkata, dia rindukan membuat persembahan pentas dengan kehadiran penonton dan peminat.




"Saya sangat rindu untuk melakukan persembahan yang boleh dihadiri penonton. Sorakan dan reaksi mereka semasa menyaksikan persembahan adalah tenaga yang saya sangat rindu.

"Saya juga akan menjayakan konsert jika suatu hari nanti penonton sudah dibenarkan untuk menghadiri acara hiburan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 17-6-2021 10:37 AM
Mati2 ingatkan gambar 1st Aedy Ashraf
Scroll2, tgk, ohh si closet ni. Takpelah {:run
Quote Tinot7 17-6-2021 10:42 AM
Terkenal yachh???

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini mengambil pendekatan lebih berhati-hati sebelum memuat naik hantaran di media sosial.
Quote Kurex 17-6-2021 01:36 PM
Rindu sorakkan ke rindu nak jumpa jantan
Quote nakkomenjugak 17-6-2021 02:17 PM
Baru terperasan kelazatan rupa seorang Hael.
Quote asimilasi 17-6-2021 07:08 PM
Iols rasa macam heshe buat hidung laa... Nmpk tinggi semacam compare pic dulu2 heshe... Especially time with azhael
Quote user.name 17-6-2021 07:32 PM
toksah bajet bagus lah hael
Quote xpdckelate 17-6-2021 07:34 PM
lagu2 skang pun sendu ya hamat

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.074154 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top