CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi Isytihar ‘Perkhidmatan Essential’, Kilang Topi Keledar Dikompaun RM10,000

2-6-2021 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2999| Komen: 16

Description: Isytihar sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka untuk mendapatkan kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sepanjang tempoh Sekatan Pergeraka ...
Isytihar sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka untuk mendapatkan kebenaran beroperasi dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’.


Itu taktik sebuah kilang topi keledar yang berjaya dibongkar pihak berkuasa dalam satu serbuan di Jalan Murni, Sungai Dua di sini hari ini.



Serbuan bermula jam 11 pagi itu turut mendapati beberapa pekerja kilang berkenaan khususnya warga asing gagal mengimbas kod QR MySejahtera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, bertindak atas maklumat dan risikan pihaknya mendapati kilang berkenaan menipu dengan mengisytiharkan pembuatan perubatan bagi mendapatkan kebenaran beroperasi ketika SPP.



Berdasarkan surat kebenaran MITI, kilang berkenaan dibenarkan operasi susulan menjalankan sektor barangan keperluan peribadi iaitu pakaian perubatan termasuk pelitup muka dan sarung tangan getah.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di kilang berkenaan mendapati mereka beroperasi untuk menghasilkan topi keledar dan tiada sebarang pembuatan perubatan seperti sarung tangan serta pelitup muka ditemui dalam premis berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.



Tambah Noorzainy, pemilik kilang berkenaan dikompaun RM10,000 dan diarahkan tutup oleh pihak MITI.

“Kilang pembuatan topi keledar tidak termasuk dalam perkhidmatan perlu beroperasi dalam tempoh SPP bermula semalam hingga 14 Jun ini.


Asrama pekerja kilang berkenaan

“Sekali lagi saya ingin ingatkan, majikan berdepan tindakan tegas sekiranya beroperasi tanpa kebenaran atau memalsukan dokumen perniagaan kepada pihak MITI.

“Kita akan lakukan pemeriksaan bagi mengesan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung operasi sesebuah kilang atau pejabat yang melanggar SOP boleh menghubung balai berhampiran untuk tindakan lanjut dilakukan,” kata Noorzainy.


Sumber: MalaysiaGazette

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 2-6-2021 03:16 PM
"wa talak tipu...wa pandai meniaga maa..."-Tauke.
Quote lavieenrose 2-6-2021 03:22 PM
Bagus kena kompaun
Quote Cece1234 2-6-2021 03:25 PM
Bagus..padan muka..degil sgt..
Quote msdummy.2018 2-6-2021 04:13 PM
Padan muka!
Quote anony-mous 2-6-2021 04:31 PM
Sikit sgt 10k
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 04:34 PM
Abis..sape nak bertanggungjawab pada pekerja yg kena denda tu..kesian
Quote LadyCarefree 2-6-2021 04:49 PM
Patut gini serbu ajak imgresen sekalilah. Angkut terus kalau xde permit saman majikan.
Bilalah msia nak hapuskan pati. Geram.
Quote anisanim 2-6-2021 05:07 PM
Hah.. Klu dah menipu gini, patut triple denda.. Takat 10k celah gigi je kot..{:dot
Quote mama_neko 2-6-2021 05:53 PM
kilang ni dalam taman perumahan aku.. .. bahahahaha... padan muka... ada ka klem buat PPE... tadi aku nmpak tauke dia dok geleng2 kepala kat luar kilang... panas hati gamaknya...
Quote Firenzza 2-6-2021 06:28 PM
Kalau kilang topi keledar kpla bwh kira essential gak ke sbb demand tinggi time pkp 3.0 ni
Quote gujiwa 2-6-2021 06:29 PM
nampak surat dia tu dia kata dia jual barangan perlindungan diri.. sepatutnya ape?
hahahha
Quote kaedahnya 2-6-2021 08:26 PM
tak esential ke?
Quote gold_teeth 2-6-2021 10:49 PM
Hmm penatnya polis nak cek sekatan jalan raya, nak cek company yg operate illegal, nak cek netizen kat rumah dok buat kenuri ke x.. Adoila byk lg kut jobscope diorg siannyaa
Quote Kelakatu88 3-6-2021 12:00 AM
Memang pun kebanyakan kedai pun sama apply miti under section yg bukan dorang punya lepastu senang hati bukak kedai. Aku tunggu je bila pihak berkuasa nak serbu
Quote kucingitam 3-6-2021 09:32 AM
ooo paham..dia apply under ppe. helmet mmglah under ppe, tapi bukan essential utk  lockdown ni.
Quote isbritneybich 3-6-2021 10:38 AM
wa talak pelu tongkat ma kelija kuat pandai meniaga ma itu pasal kaya. lu olang tongkat biasiswa rasuah malas

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.107878 second(s), 61 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top