CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkedu Tengok Video Isteri Kahwin Lagi

2-6-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4194| Komen: 7

Description: Seorang lelaki di Bayannur, wilayah Inner Mongolia kerugian AS$23,500 (RM96,867) apabila menjadi mangsa sindiket penipuan perkahwinan, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.
Seorang lelaki di Bayannur, wilayah Inner Mongolia kerugian AS$23,500 (RM96,867) apabila menjadi mangsa sindiket penipuan perkahwinan, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Yin Cheng, 35, itu hanya menyedari ditipu isterinya yang bernama Nana apabila menonton klip video perkahwinan baharu wanita itu di laman sosial tempatan, Kuaishou, baru-baru ini.



Kredit foto: Tangkap layar sebuah klip video menunjukkan Nana berkahwin dengan seorang lelaki selepas bergelar isteri kepada Yin Cheng. – Oddity Central

Menurut Cheng, dia berkenalan dengan Nana awal tahun ini menerusi seorang pencari jodoh selepas didesak keluarga untuk berumah tangga memandangkan usianya semakin lanjut.

Selepas beberapa kali berhubung menerusi panggilan video, Cheng meminta Nana datang ke kampungnya untuk bertemu keluarganya

Apabila ibu bapa Cheng bersetuju mengahwinkan mereka, Nana menolak untuk melibatkan keluarganya dengan alasan mereka sedang menunggu pampasan daripada pemerintah dan akan kehilangan wang itu jika Nana berkahwin terlebih dahulu.


Cheng bersetuju dengan permintaan Nana dan mengadakan upacara perkahwinan secara tradisional sahaja.

Selepas berkahwin, Nana sering meminta untuk pulang ke kampung sehingga menimbulkan syak wasangka Cheng.

Keraguan Cheng terjawab apabila dia menonton klip video perkahwinan baharu Nana. Dia bergegas ke kampung wanita itu di Xixiaozhao untuk mendapatkan penjelasan.

Nana dan lelaki yang kononnya pencari jodoh bernama Li itu akhirnya mengaku terlibat dengan kegiatan penipuan perkahwinan menyasarkan lelaki bujang yang lanjut usia.

Berikutan kejadian, polis menahan lima suspek terlibat dalam 19 kes penipuan perkahwinan itu yang menyebabkan kerugian sekitar AS$314,000 (RM1.3 juta).


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-6-2021 03:01 PM
Kesiannyaa
Kat mongolia susah ke nak cari kawan pompuan?
Adoyai...
Quote stingerbaik 2-6-2021 03:05 PM
shernazz replied at 2-6-2021 03:01 PM
Kesiannyaa
Kat mongolia susah ke nak cari kawan pompuan?
Adoyai...


Quality women memang la susah nak dapat... kt sini aja senang...majority timbang kati.....

kahkahkahkahkah

tapi nanaz lain kheunz kelompok ada brain, brawn ada harga?

Quote Cece1234 2-6-2021 03:25 PM
Bole plak cmtu..
Quote Owlbyndboned 2-6-2021 06:53 PM
uish dasatnye.kesian paki dia {:stress
Quote whadda 6-6-2021 07:22 PM
Memang senang terbocor rahsia la klo dah slalu hilang
Quote imanjannah 7-6-2021 12:46 PM
macam macemmm
Quote OyenLemas 28-7-2021 07:05 PM
uishhhh.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061563 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top