CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bukan Awak Yang Hadap, Jangan Bandingkan Cara Bersalin" - Anita Baharom

2-6-2021 03:37 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 9679| Komen: 51|Original author: Oleh: LilRose

Description: Video seorang doktor menjawab mengenai kaedah bersalin secara pembedahan yang sering dipandang serong turut mendapat perhatian Anita Baharom.
Video seorang doktor menjawab mengenai kaedah bersalin secara pembedahan yang sering dipandang serong turut mendapat perhatian Anita Baharom.


Kredit foto: IG


Anita yang berkongsi video berkenaan di Instagramnya menasihati orang ramai supaya tidak membanding-bandingkan proses bersalin setiap ibu kerana semua situasi dialami tidak sama.

Menyatakan dirinya setuju dengan penjelasan doktor berkenaan, pelakon itu turut berkongsi pengalamannya bersalin secara pembedahan.


Kredit foto: IG

"Bukan suka-suka nak caesar. Dah lah mahal, pantang pun lama. Nak jalan pun susah dan sakit," tulisnya yang menjelaskan dia mengambil masa hampir dua tahun untuk kembali aktif selepas menjalani pembedahan itu.


Tambahnya, setiap orang bersalin dengan cara berbeza dan orang yang tidak berada di tempatnya tidak akan rasa apa yang dihadapinya.


Kredit foto: IG

"Ya betul doktor, jangan nak samakan kita dengan mak kita nenek kita dulu. Mak I pun bersalin kat dalam rumah. Dia pun cerita betapa susahnya nak melahirkan masa tu.. 

"Itu dulu, zaman sekarang bila ada komplikasi cepat-cepat tukar dari normal kepada ceaser untuk selamatkan ibu dan anak dengan izin Allah," ujarnya.



Tegasnya, tidak kisah sama ada secara normal mahupun melalui kaedah pembedahan, semua ibu bertarung nyawa ketika melahirkan anak. 

Kenapa mesti membandingkan hingga memandang serong jika seorang ibu melalui proses kelahiran secara pembedahan caesarean? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarahmirza 2-6-2021 03:51 PM
Kalau boleh ulang masa, I would opt no to normal delivery.... Nak c sect aje..



Quote CiliPadiSedap 2-6-2021 03:54 PM
sarahmirza replied at 2-6-2021 03:51 PM
Kalau boleh ulang masa, I would opt no to normal delivery.... Nak c sect aje..

friska pula buat delivery jusa ceaser minus
Quote LadyCarefree 2-6-2021 04:07 PM
Uish. Kaki suaminya naper?
Quote MistrezHermanaz 2-6-2021 04:15 PM

ahahah perasan juga
Quote stania83 2-6-2021 04:20 PM
dia bukan ada sle ke
Quote SayaSayangMama 2-6-2021 04:57 PM
sarahmirza: Kalau boleh ulang masa, I would opt no to normal delivery.... Nak c sect aje..


I pulak klu boleh nk induce tarikh yg i nk pastu masuk epidural. Aman aman je tunggu sampai teran. Heaven  jahit pun xrasa. Arh bestnya
Quote akuchenta 2-6-2021 05:04 PM
Edited by akuchenta at 2-6-2021 05:07 PM

Misi sendiri selalu sebut  malas nak teran!

1st normal
2nd czer
3rd induce
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:53 PM
Lain org lain cara
Quote sarahmirza 2-6-2021 05:57 PM
SayaSayangMama replied at 2-6-2021 04:57 PM
I pulak klu boleh nk induce tarikh yg i nk pastu masuk epidural. Aman aman je tunggu sampai tera ...


Klu dh epidural mana nak meneran...takde rasa apa aman2 tp silap2 baby kena vacuum takut lemas..

Anak i yg sulung induce, epidural dan kena vacuum... Anak bungsu, pilih date bila nak czer, aman2 je takde rasa apa tetiba baby dah keluar..
Quote mama_neko 2-6-2021 06:02 PM
aku lak, tak tahan sakit, terus darah naik, bahayakan mom and baby.. mmg doc bagi epidural, tapi tak rasa apa pun , sbb dia nk kita rasa feeling nak meneran tu.. 1st baby and 2nd baby normal, but aku rasa trauma sgt... so kalau ada rezeki 3rd baby, mmg aku habaq kat laki nk czer.. i just cant...
Quote dudaberhias 2-6-2021 06:15 PM

sangka baik kaka... mungkin rajin berkebun kot... kena gigit dek pacat...
Quote Nana_Man 2-6-2021 06:45 PM
sarahmirza replied at 2-6-2021 05:57 PM
Klu dh epidural mana nak meneran...takde rasa apa aman2 tp silap2 baby kena vacuum takut lemas.. ...

Aku yg sulung epidural. Bole teran. Tak vacuum pun. Masa push doctor bagitau.
Quote supermum 2-6-2021 07:50 PM
Aku prefer czer. Rasa macam recovery lagi senang, nak berak kencing duduk berjalan semua tak takut.
Quote Dodod 2-6-2021 08:13 PM
iols prefer normal yg xde jahit2. 2 sblm ni kena gunting. 1st ambik ubt thn sakit jd lama sgt sampai tertido. 2nd xambik ubat tahan sakit. bljr j breathing dpt thn sakit dr selayang ke ipoh. upcoming 3rd ni xmo gov dh. lari swasta. hrp dpt apply nature birth. kalo betul position n xde paksaan drpd midwife yg grg sampai tampar kaki iols n nafas yg betul boleh je xkena gunting. kesal sgt yg sblm ni pnya experience. jd ngeri pdhal xsakit mana pon.. cuols kalo peknen bljr2 j breathing. it helps alot. tenang je nk hadap sakit.. tp kalau ada mslh kesihatan yg xboleh nk normal xboleh buat apa jgk. rezeki memasing kan. masa peknen lg nk kena jaga bebetul tmbh2 dr segi pemakanan semua.
Quote Fazsemput 2-6-2021 08:28 PM
Off topic.. i suke doc ni dan doc mala.. explanation very simple ..senang faham..

And cantik doctor ni
Quote SayaSayangMama 2-6-2021 09:25 PM
Edited by SayaSayangMama at 2-6-2021 11:05 PM
sarahmirza replied at 2-6-2021 05:57 PM
Klu dh epidural mana nak meneran...takde rasa apa aman2 tp silap2 baby kena vacuum takut lemas.. ...


Iols dah buat dah anak ke 2 elok je teran. Konon masa tu xnk induce (wlu ketuban dan pecah ikutkan doc nk induse sokmo) sbb xplan minta epidural. Tp dah sakit terpaksa la minta gak epidural huhu. Kali ni nk minta siap siap. Kah2 malas iolss nk try try tahan sakit dah.

Anak first pun minta epidural tanpa plan tp last2 kena ceaser jugak sbb poor progress. So iolss ceaser emergency tp tak pakai bius spinal sbb mmg dah ada tiub epidural. Just tambah je dos pastu masuk OT.
Quote koko2 2-6-2021 09:28 PM
syukran walo pun OKU aku Allah permudahkan beranak..deliver normal walo kaki aku tak bley kangkang lebar sgt..tak amik pun epidural..cumanya pepek jer kena gunting..

kalo aku tau bole request tak gunting pepek mmg aku request...

1st baby camana tah doc tu jahit pepek aku..sakit tiap kali makelove..

2nd baby..ok jahitan tak sakit
Quote Nadiabella 2-6-2021 09:38 PM
Edited by Nadiabella at 2-6-2021 09:51 PM

Ai pon kurang selesa bila ada muslimah post pasal delivery journey.. Siap tulis in details pasal dilate...ada ke siapa2 yg suruh tulis...? Bab nak bandingkan yg tak pakai epidural tu paling tak boleh blah. Lain orang lain situasi kot. Dapat trofi ka kalau beranak natural tak pakai epidural semua ni???  Ni pasal some influencers Kat ig and fb.
Quote lavieenrose 2-6-2021 10:55 PM
Pakai epidural keputusan yg tepat aku buat, masa 4cm pun dah tak tahan, kalau 10cm lagi la, serius sis tak kuat

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.068299 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top