CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Dinaiki 4 Sekeluarga Terjunam Dalam Tasik Lepas Jambatan Putus

2-6-2021 02:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3204| Komen: 8

Description: Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam sebuah tasik gara-gara jambatan dilalui mereka terputus.
Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki terjunam ke dalam sebuah tasik gara-gara jambatan dilalui mereka terputus. 

Paling meruntun hati apabila salah seorang mangsa di dalam kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia.


Memetik CNN Indonesia, insiden ngeri tersebut berlaku pada 31 Mei lalu di Dermaga Ambarita, Indonesia. 



Ketika kejadian, kereta yang dipercayai dinaiki empat sekeluarga ini sedang menyeberang jambatan namun secara tiba-tiba jambatan penghubung di pelabuhan terbabit runtuh sehingga menyebabkan Toyota Avanza itu terjunam ke dalam sebuah tasik pada kedalaman 10 meter.

Menurut sumber, ketika kapal berlabuh, kereta pertama hingga keenam yang berada di atas jambatan tersebut selamat menyeberang, tetapi ketika kereta ketujuh melalui kawasan itu, angin tiba-tiba bertiup kencang menyebabkan jambatan terbabit terputus.



Berdasarkan video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan sekumpulan lelaki termasuk pihak berkuasa berada di dalam tasik Danau Toba itu untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa. 

Bukan itu sahaja, mereka turut memberi jaket keselamatan kepada kesemua mangsa sebagai langkah keselamatan kerana bimbang kereta tersebut akan tenggelam sepenuhnya.



Berikutan insiden itu, tiga mangsa iaitu Neiny Safrina, 33, Farida dan Zulkarnain Tanjung masing-masing berusia 72 tahun berjaya diselamatkan manakala Desy Marizdayani berusia 32 tahun yang berada di bahagian penumpang belakang disahkan meninggal dunia. 

Difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini.


Sumber: OHBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 2-6-2021 02:13 PM
Takziah pada family.
Quote Artemesiaa 2-6-2021 02:20 PM
Lebih muatan terlebih berat sampai jambatan tak mampu nak tampung mungkin.  Apa pun takziah buat mereka yang terlibat.
Quote isbritneybich 2-6-2021 03:44 PM
ada video tadi. pakcik tu mungkin panik ke apa dah dibagi life jacket dikeluarkan balik. nasib dia selamat, yang bahagian belakang pulak dalam video tu memang dah tenggelam
Quote helicornia 2-6-2021 05:52 PM
kt kelantan ke mana ek semalam, lori terjunam masuk sungai sbb jambatan roboh.iols syak lori tu berat sgt sbb bawak batu.lori tu pun kenapa la lalu jambatan tu, kecik je jambatan tu muat 1 kenderaan je
Quote Didi_Aira 2-6-2021 08:54 PM
Innalillahwainnailaihirajiun
Quote aezvogue 2-6-2021 10:08 PM
Innalillah..ramai betul orang meninggal sekarang ni
Quote edee_91 2-6-2021 10:13 PM
aezvogue replied at 2-6-2021 10:08 PM
Innalillah..ramai betul orang meninggal sekarang ni

dulu tak ramai meninggal ke?
Quote aezvogue 2-6-2021 10:34 PM
edee_91 replied at 2-6-2021 10:13 PM
dulu tak ramai meninggal ke?

Takde la..lately ni ramai org yg i kenal meninggal n tiap kali tgk news pun cerita org meninggal je..kalau bukan sebab covid, sebab accident la, kena dera la

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.198581 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top