CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Galak Sebar Berita Palsu, Suri Rumah Didenda RM5,000

2-6-2021 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7221| Komen: 71

Description: Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada ...
Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu.


Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftakan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.



Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu oleh peguam, Siti hajar Che Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mohd Nordin dalam hujahannya berkata, ini adalah kes pertama seumpama ini di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan COVID-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah itu.

Pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.

Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh disebabkan tertuduh sedang mengandung 28 minggu.

Selain itu tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan COVID-19.

Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan COVID-19 yang semakin naik di negeri Perlis.

Hakim Musyiri bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.

Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.

Pengarahnya, Naharudeen Othman, berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan setelah siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif COVID-19.

Penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.



Sumber: BH Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 2-6-2021 02:03 PM
Allahu...fikir seblm share apa2...tak memasal dah kena...
Quote stingerbaik 2-6-2021 02:06 PM
dgn bayi dalam peyut tu pstut samsn sekali...

kahlahkahkah
Quote noor2 2-6-2021 02:13 PM
Dia sebar apa...mak.teh ke ni....
Quote CARI-MAL 2-6-2021 02:14 PM
Seorang suri rumah didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Kangar selepas mengaku bersalah menyebarkan berita tidak benar berkenaan penularan jangkitan COVID-19 menerusi aplikasi media sosial di Arau pada April lalu.


Tertuduh, Norjannah Rusli, 28, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi status WhatApp melalui nombor talian yang didaftakan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam dengan menyebarkan berita tidak benar di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau jam 10.31 pagi pada 18 April lalu.








Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.


Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, tertuduh boleh didenda selanjutnya tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu oleh peguam, Siti hajar Che Ahmad daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Mohd Nordin dalam hujahannya berkata, ini adalah kes pertama seumpama ini di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh, perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih dan benar mengenai penularan COVID-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah itu.


Pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.


Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah meringankan hukuman tertuduh disebabkan tertuduh sedang mengandung 28 minggu.


Selain itu tertuduh juga mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan COVID-19.


Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan COVID-19 yang semakin naik di negeri Perlis.


Hakim Musyiri bagaimanapun menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000 kepada tertuduh dan tertuduh juga boleh dipenjara lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh kemudian membayar denda itu.


Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif COVID-19.


Pengarahnya, Naharudeen Othman, berkata laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan setelah siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif COVID-19.


Penularan maklumat yang tidak benar itu mengundang rasa panik terhadap ibu bapa dan pelajar di sekolah seluruh negeri.






Sumber: BH Online
Quote Herlina 2-6-2021 02:36 PM
Semoga boleh buka minda those yg suka suki viralkan berita tak sahih.
Ala-ala bangga konon dia dulu tahu satu2 berita

lagi satu sy cukup meluat bila ada org pos benda tak sahih dalam group dan ditanya sumber dari mana...jawapan sialnya dpt dr dari group sebelah. Ada tu pulak bila kita bg tau jgn viralkan..pandai membalas balik dapat berita tu dari group surau, group masjid, jadahnya nk jual nama group surau masjid kalau dah dlm group tu semua kategori bawang busuk. Konon kalau dr group tu semua maklumat dikira sahih.
Quote Guccibamboo 2-6-2021 02:38 PM
Xyah gigih sgt forward mesej
Quote isbritneybich 2-6-2021 02:51 PM
benci baca post tt ingat menganjing je cakap acik ni berbadan dua sedangkan nak cakap berbadan dua kali saiz badan normal...

lepas baca artikel panjang kat bawah baru cakap mengandung
Quote kechikchomel 2-6-2021 02:59 PM
Herlina replied at 2-6-2021 02:36 PM
Semoga boleh buka minda those yg suka suki viralkan berita tak sahih.
Ala-ala bangga konon dia dulu ...

dalam whatsapp group ayah iolss la ni. tetiap masa kot ada je. ayah iolss tu suka pasang volume kuat2. satu rumah boleh dengar.
nak aje iolss delete sume tu dari phone ayah iolss, pastu g sound orang yg dok sebar tu
Quote shernazz 2-6-2021 03:04 PM
Herlina replied at 2-6-2021 02:36 PM
Semoga boleh buka minda those yg suka suki viralkan berita tak sahih.
Ala-ala bangga konon dia dulu ...

Ada yang siap.taip

Kalau rasa memgganggu..abaikan..
Wallahualam


Hahahahhahaa..jilakeeee...
Quote Anamia 2-6-2021 03:07 PM
Ni ke makteh tu? Suara mcm org tua makcik2 bawang. Kalau bukan makteh takpela... Pengajaran utk makteh sebenar
Quote Herlina 2-6-2021 03:11 PM
kechikchomel replied at 2-6-2021 02:59 PM
dalam whatsapp group ayah iolss la ni. tetiap masa kot ada je. ayah iolss tu suka pasang volume ku ...

ni mesti jenis audio mesej..haha..kalau dengar suara mmg berkobar2. Mcm iya-iya je berita tu.

Quote ChildrenOfBodom 2-6-2021 03:15 PM
perlis is so small this woman is larger than the whole state of perlis
Quote kechikchomel 2-6-2021 03:23 PM
Herlina replied at 2-6-2021 03:11 PM
ni mesti jenis audio mesej..haha..kalau dengar suara mmg berkobar2. Mcm iya-iya je berita tu.

dedua. audio mesej dgn video. semalam kot iolss terdengar orang tu bebel pasal covid19 ni selesema biasa je, tak yah pakai mask bagai. nasib baik ayah iolss tak fwd ke group family.
tapi haritu ayah iolss ada fwd pasal non stick pan ni tak elok. memula tu iolss macam terpengaruh jugak. ayah iolss pun siap suruh mak iolss buang yg ada kat rumah tu. yg membebel tu pun pangkat prof dr camtu. berapa hari lepas tu lalu lalang kat fb iolss, benda tu hoax je, sekali dengan pangkat 'dr' tu pun menipu! iolss nak fwd pasal tu macam tak sampai hati lak, tak pasal2 dicop melawan cakap orang tua.
Quote noradaniez 2-6-2021 03:54 PM
spesis akak aku semua benda nak fw kat group ws.
Quote Suchi 2-6-2021 04:02 PM
isbritneybich replied at 2-6-2021 02:51 PM
benci baca post tt ingat menganjing je cakap acik ni berbadan dua sedangkan nak cakap berbadan dua k ...

Kalau tgk badan dia pakai baju kurung gitu kalau tak ckp mengandung mmg taktau dia tgh ngandung.
Sbb tak nampak mcm org ngandung kan.
Masa iols lepas beranak anak sulong dulu penah nk pinjam tepon sorang akak ni tp iols igt dia makcik. Sebab nampak cam dah berumur.Badan dan rupa lebih kurang mcm acik dlm berita ni.
Iols ingatkan dia dtg nk melawat pesakit sekali eh rupanya dia pun nk beranak hahah hari tu baru nak masuk wad so blm tukar baju pink.
Mmg tak nampak mcm org ngandung nampak cam org yg bertubuh berisi je.Time tu pun dia pakai baju kurung juga.
Quote Cece1234 2-6-2021 04:06 PM
Kena control jari..
Quote LoveSungmin 2-6-2021 04:08 PM
serius la 28 tahun? i nampak macam kertu je.. yang dia sibuk2 nak share cerita palsu tu buat apa? anak dia pun belum sekolah lagi.. kan dah mendapat
Quote dodolgemok 2-6-2021 04:15 PM
Dakwa org bawah ordinan darurat boleh, suruh bank bagi mora auto ketika darurat xboleh. Banker jaga banker!
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 04:15 PM
Kdg2 bila kita takde kerja nak buat...mmm

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.107704 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top