CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dari Kelantan Positif Covid-19 Dituduh Lari Dari Wad

2-6-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3120| Komen: 11

Description: Kota Bharu: Seorang pesakit Covid-19 yang tular sejak pagi tadi selepas dikatakan lari dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tampil menafikan perkara berkenaan.
Kota Bharu: Seorang pesakit Covid-19 yang tular sejak pagi tadi selepas dikatakan lari dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) tampil menafikan perkara berkenaan.

Wanita dikenali sebagai Che Nurul Nabilah Shaari, 24, menjelaskan dia tidak pernah masuk ke hospital berkenaan sebagaimana maklumat yang ditularkan.

Beliau sebaliknya berkata, dia kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan tidak bergaul dengan mana-mana individu lain.

Foto: Harian Metro

"Untuk pemberitahuan semua, saya tidak lari daripada wad hospital kerana saya belum lagi masuk hospital.

"Saya kini menjalani kuarantin di rumah dan tidak bergaul dengan sesiapa. Saya juga sudah memaklumkan kepada pihak berkenaan tentang perkembangan saya.


"Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana telefon saya rosak menyebabkan saya tidak menerima sebarang maklumat,"katanya.

Beliau tampil menjelaskan perkara berkenaan menerusi aplikasi media sosial TikTok, hari ini.

Pada masa sama, Che Nurul Nabilah turut menyelar tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan maklumat mengatakan dia lari dari wad 8 hospital berkenaan.

Beliau sempat berpesan kepada orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga, kerana pandemik Covid-19 sekarang membimbangkan.

Terdahulu, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) menafikan penyebaran maklumat yang tular kononnya seorang pesakit Covid-19 melarikan diri dari hospital berkenaan, di sini, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Selasawati Ghazali berkata, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan buat masa ini hasil semakan juga mendapati tidak ada kemasukan pesakit sepertimana maklumat yang tular itu di hospital berkenaan.

"Kita sudah membuat semakan, tiada pesakit berkenaan di wad terbabit sebagaimana maklumat yang tular hari ini." katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ultra78 2-6-2021 09:03 AM
Zaman sekarang ni orang buat public statement di Tik tok.

FB is so yesterday.

Quote shernazz 2-6-2021 09:06 AM
Berkuntuma wartawan sebab nak cari bahan dalam tiktok...
Tak yah pc kat hotel cafe bagai..
Pc in tiktok
Quote Kurex 2-6-2021 09:06 AM
Mudahnya kerja repot2
Quote skinskin 2-6-2021 09:16 AM
Tepon rosak pon bleh tiktok ehh
Quote Belibis 2-6-2021 11:30 AM
ultra78: Zaman sekarang ni orang buat public statement di Tik tok. FB is so yesterday.

Patutnya perutusan ka,pc ka dah tak perlu kat tb3 dan artiem..cukup la dengan tiktok.
Quote hareeeesah 2-6-2021 11:36 AM
Fon rosak janji tiktok update dulu bro... sskjp betul la
Quote Ethernet 2-6-2021 11:39 AM
ohhh, so ada org buat pitenah la ni.
Quote anony-mous 2-6-2021 11:46 AM
hareeeesah replied at 2-6-2021 11:36 AM
Fon rosak janji tiktok update dulu bro... sskjp betul la

Lepas ni org xguna dah pprt. Lepas ni kalau perangai hauk, semua pakat guna sskjp betul la
Quote kasibiman 2-6-2021 12:03 PM
ultra78 replied at 2-6-2021 09:03 AM
Zaman sekarang ni orang buat public statement di Tik tok.

FB is so yesterday.

hahahaha betul lah... pakai tiktok je.


tapi bengkeng la cek mek nim....
Quote lavieenrose 2-6-2021 03:03 PM
Ok saya percaya
Quote mamajawie 16-7-2021 02:56 PM
cam bangang cikki sskjp ni..hp rosak tapi buat tiktok bleh lak..mohon kne angkut je la bagi kurangkan skit rakyat bengap kat muka bumi ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.042639 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top