CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hebat Atuk! Usia 105 Tahun, Sikit Pun Tak ‘Termakan’ Cakap Kawan Anti Vaksin Di Kedai Kopi

2-6-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3768| Komen: 28

Description: Ramai yang terkejut dan kecewa apabila kira-kira 10,000 penduduk di Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua.Q
Ramai yang terkejut dan kecewa apabila kira-kira 10,000 penduduk di Kelantan tidak hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa kedua.

Dilaporkan kebanyakan individu yang tidak hadir itu merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas dengan pelbagai alasan termasuk masalah kesihatan dan isu peribadi.


Namun pada Ahad, warga negeri Cik Siti Wan Kembang itu boleh berbangga apabila seorang warga emas berusia 105 tahun menghadirkan diri untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.


Foto: mStar Online

Pada usia lebih seabad itu, lelaki warga emas dari Kampung Pulong di Kubang Kerian mungkin menjadi individu tertua yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di Malaysia, setakat ini.


Foto lelaki warga emas itu, Jaafar Awang Mat sambil memegang poster 'Saya telah divaksin' di pusat pemberian vaksin (PPV) dikongsikan netizen di laman sosial sejak Isnin.

Cucu Jaafar, Noor Azriena Syamsuri Md Nor berkata, datuknya menerima dos pertama suntikan vaksin di PPV di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, di Kota Bharu, pada Ahad.

Lebih dikenali sebagai Suri, katanya, datuknya berusia 99 tahun mengikut kad pengenalan, tapi sebenarnya berusia 105 tahun pada 9 Julai depan.


Foto: mStar Online

"Orang dulu-dulu buat kad pengenalan lambat. Jika ikut umur asal AyahPa (panggilan datuk), dah 105 tahun pada tahun ini. Alhamdulillah, AyahPa masih sihat dan bertenaga.

"AyahPa cuma menghidap asma, tak ada penyakit lain. Suami saya bawa AyahPa untuk terima suntikan vaksin, manakala saya bawa mak dan ayah yang disuntik vaksin di lokasi berasingan pada hari yang sama," katanya kepada mStar.

Suri yang berusia 33 tahun berkata, datuknya yang turut lebih dikenali sebagai PokPa dalam kalangan penduduk kampung mempunyai tujuh anak, lebih 35 cucu dan lebih 30 cicit.

Berkongsi pengalaman, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan itu menjelaskan datuknya secara sukarela mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

"AyahPa bimbang banyak kes Covid-19 di Kelantan dengan kebanyakan kawasan bertukar status kepada zon merah, selain terdapat penduduk kampung yang positif Covid-19.

"AyahPa kata dia tenang je ambil suntikan vaksin, tak ada kesan sampingan yang ketara. AyahPa kata dia okay, Alhamdulillah," ujarnya sambil menambah datuknya gemar menonton televisyen terutama filem-filem lakonan seniman negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Dalam pada itu, kata Suri, datuknya yang juga gemar mendengar ceramah dan tazkirah menerusi saluran radio turut mendedahkan pernah terpengaruh dengan anti vaksin.


Foto: mStar Online

"Sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), AyahPa memang suka menunggang basikal dan bersiar-siar di kampung dan singgah di kedai kopi. AyahPa kata ada segelintir orang di kedai kopi cakap macam-macam yang negatif tentang vaksin.

"Ada yang beritahu AyahPa yang vaksin itu boleh menyebabkan kematian, sakit. Tapi AyahPa kata nak berlindung daripada terkena penyakit kena ada usaha, seperti ambil vaksin. Yang penting ada usaha, lain-lain tu daripada Allah," tambahnya.

Menurut Suri, dia bersyukur datuknya yang dahulunya merupakan penjual kuih dengan kuih Lompat Tikam digemari ramai itu berfikiran positif meskipun lanjut usia.

"Alhamdulillah, AyahPa tidak dipengaruhi dengan persepsi negatif. Semoga lebih ramai orang terutama warga emas seperti AyahPa sedia menerima suntikan vaksin," katanya.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 2-6-2021 10:01 AM
Tahniah pokpa.
Rindu kg {:childlike
Quote Cece1234 2-6-2021 10:06 AM
Wah 100 lebih pun bole bawak basikal lg..
Quote matchstick 2-6-2021 10:14 AM
Ikut ic dia baya2 atuk fossil je..

Bagus la tokpa..semuga panjang umur
Quote xy_daen 2-6-2021 10:16 AM
Ni kalau meninggal atas apa jua asbab selepas vaksin maka bersorak lah antivaksin seMalaysia...
Quote Tinot7 2-6-2021 10:50 AM
Tahniah pokpa..
Quote allshares 2-6-2021 10:50 AM
Body masih fit utk atok yg umo 105 thn, bgs la tak termakan dakyah antivax yg tkt sgt mati sbb vaksin tapi dlm masa yg sama hari2 mencekik teh tarik, akok, sira labu, tupat sotong.
Quote cap_ayam 2-6-2021 10:58 AM
semoga atok pa sihat2 selalu.. kuat lagi ni boleh bawak basikal Alhamdulillah
Quote rikiruj 2-6-2021 11:01 AM
Bagus Tokpa.. golongan yang tak percaya vaksin, sendiri tak nak percaya terpulanglah tapi toksah lah nak suruh orang ikut..
Quote Manjahati 2-6-2021 11:06 AM
Alhamdulillah atokpa dah vaccine...moga atok ni sentiasa sihat.
Quote lipans 2-6-2021 11:15 AM
selamba pi vaksin nek beskat.
Quote honeybee1802 2-6-2021 11:22 AM
1 lg masalah warga emas kt kelate ni..mysejahtera pun dop tau...tp kabar angin dr facebook n wasap dia boleh tau pulop.anak2 ajar2 le skit mokayoh tu lag mana nak pakai mysejahtera...
Quote Ethernet 2-6-2021 11:26 AM
yang tua pun reti berfikir, reti ikhtiar dan tawakal tahniah tokpa. toksah kawan dh dgn geng kedai kopi, otak diorang ada blood clot tu. byk negative vibes
Quote stingerbaik 2-6-2021 11:33 AM
Aku lupa hantar @blastoff jumpa pokngah ini....

He's deprived of informations that would have allowed him to make sound decision...
Quote naina 2-6-2021 11:36 AM
Edited by naina at 2-6-2021 11:39 AM
honeybee1802 replied at 2-6-2021 11:22 AM
1 lg masalah warga emas kt kelate ni..mysejahtera pun dop tau...tp kabar angin dr facebook n wasap d ...


Aku tanya laki aku semalam dah daftar kan mak dia ke untuk vaksin. Orang Kelantan. Dia cakap mak dia banyak penyakit tggu masa je nak vaksin apooo. Tapi orang Kelantan terutama lelaki memang gedebe ikut logik kepala sendiri je..bukan Sebb vaksin PON macam2 ceritanya..
Atok ni oklah xde penyakit dan masih kuat berbasikal badan blh terima kot vaksin tu. Mertua aku penyakit mcm2 pehtu tak aktif lepas masak makan2 tidur..cmne..tau gol nanti.
Quote stingerbaik 2-6-2021 11:40 AM
naina replied at 2-6-2021 11:36 AM
Aku tanya laki aku semalam dah daftar kan mak dia ke untuk vaksin. Orang Kelantan. Dia cakap mak ...

You dont seem to have that close knit relationship with your Mom in law...that you need to ask your hubby...?
Quote SPACENUT 2-6-2021 11:44 AM
Pak cik ni ada a lot of courage and audacity from some of people in this forum....talk the talk, walk the walk....bukan macam NATO (No action, talk only)
Quote naina 2-6-2021 11:45 AM
stingerbaik replied at 2-6-2021 11:40 AM
You dont seem to have that close knit relationship with your Mom in law...that you need to ask you ...

Koserrrrr.anak2 dia ramai.
Quote any42 2-6-2021 11:46 AM
semoga kekal sihat pnjang umur tok.
pnjang umur msti mcm2 peristiwa dah atok ni prnah lalui
Quote stingerbaik 2-6-2021 11:50 AM
naina replied at 2-6-2021 11:45 AM
Koserrrrr.anak2 dia ramai.

Sounds like menantu antooo aja kau ni nain?

Really?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top