CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pendapatan Kurang, Siti Nordiana Tambah Duit Buat Review Di IG

2-6-2021 08:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6772| Komen: 27

Description: Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini hingga 14 Jun ini dilihat bakal memberi kesan lagi terhadap golongan penyanyi dan pemuzik selepas lebih setahun tidak berpeluang mengad ...
Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (SPP) yang bermula hari ini hingga 14 Jun ini dilihat bakal memberi kesan lagi terhadap golongan penyanyi dan pemuzik selepas lebih setahun tidak berpeluang mengadakan persembahan dan konsert bersama peminat.


Melihat situasi sukar ketika ini, penyanyi Siti Nordiana atau mesra disapa Nana mengakui perlu mencari jalan alternatif untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Foto: IG

"Penyanyi antara yang terjejas kerana tawaran nyanyian sangat terhad dan sudah tidak seperti dulu. Saya memang dah lama tak buat persembahan.

"Namun, saya bersyukur wang simpanan yang saya kumpul sebelum ini dapat digunakan untuk menampung kehidupan. Saya juga hadkan perbelanjaan dengan membeli apa yang penting saja.


"Selain itu, saya juga dapat tawaran membuat ulasan produk serta menjalankan beberapa kempen di Instagram. Jadi sedikit sebanyak dapat menambah pendapatan selain saya mengambil inisiatif menjual album zikir di platform dalam talian.

"Tak sangka jualan album terbabit mendapat sambutan luar biasa dan kini dalam perancangan untuk jualan kedua," katanya.



Menurut Nana, biarpun sudah lama tidak bersua muka dengan peminatnya namun dia menggunakan platfrom media sosial sebagai medium untuk memastikan dirinya terus diingati.

"Kalau ada waktu terluang saya selalu aktif di platform Smule dan We Sing. Saya akan menghiburkan peminat supaya mereka tahu yang saya masih aktif menyanyi.




"Saya juga selalu berinteraksi dengan peminat menerusi Instagram Live dan membuat persembahan dari rumah.

"Dalam keadaan sekarang ini saya perlu kreatif dan menggunakan media sosial sebaik mungkin. Saya gunakan platform YouTube yang saya ada dengan berkongsi segala aktiviti dan 'cover' lagu yang saya minat kerana dari YouTube pun saya boleh tambah pendapatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote macikkohijau 2-6-2021 05:35 PM
Bagusla cari rezeki halal..
Quote Diann 2-6-2021 05:38 PM
Ok lah tuu banyak follower boleh buat review ig
Quote Janjimanismu123 2-6-2021 05:39 PM
Tp masih byk lagi drp marhein
Quote anisanim 2-6-2021 06:30 PM
Besar dh anak nana.. Mak cumil mcm budak sekolah lagi.. {:love
Quote tipahketipung 2-6-2021 10:19 PM
Tu la pesal x cari Dato? Tengok Camelia. Terkesan ke idok?
Quote malygos 2-6-2021 10:23 PM
Lama tak dgr berita
Quote umbut 2-6-2021 10:25 PM
Tapi nana sebelum masuk gv memang senduuuuuuu.. After masuk gv dan juara nama naik balik... Before gv buat kerja apa.. Yg kesian hady ngan sapa lagi sorang tu.. After both juara.. Cobid pulak..
Quote Thunderclouds 2-6-2021 11:36 PM
Ok la..janji halal yer dak
Quote Cece1234 2-6-2021 11:40 PM
Semoga murah rezeki..
Quote malaysiaku123 2-6-2021 11:43 PM
Dia ni xboros
Bnyk ja duit aku rasa lps mmg GV aritu..
Back to back keje..
Time PKP je slow..
Yg penting dia janda yg helokk perangai
Quote lilcountess 2-6-2021 11:45 PM
tipahketipung replied at 2-6-2021 10:19 PM
Tu la pesal x cari Dato? Tengok Camelia. Terkesan ke idok?

jauh sgt perbandingan u... camelia tu tak cari dato pun harta family dia makan tak habis. bandingkan rebecca ke... zizie ke... sesuai
Quote Cik_jantung 2-6-2021 11:46 PM
Setuju.. dia masih menten dgn perangai dan pakaian yg sopan
Quote phalanx 3-6-2021 11:58 AM
umbut replied at 2-6-2021 10:25 PM
Tapi nana sebelum masuk gv memang senduuuuuuu.. After masuk gv dan juara nama naik balik... Before g ...

Dia kerja marketing exec dekat private college. Juga kerja macam advise student nak pilih course apa kat kolej tu
Quote cik_ingeniare 3-6-2021 12:00 PM
malaysiaku123 replied at 2-6-2021 11:43 PM
Dia ni xboros
Bnyk ja duit aku rasa lps mmg GV aritu..
Back to back keje..

Yezzaaa.. setuju sangat
Quote zaianim 3-6-2021 06:15 PM
anisanim replied at 2-6-2021 06:30 PM
Besar dh anak nana.. Mak cumil mcm budak sekolah lagi.. {:love

dia kalau x makeup nampak gak mcm pompuan dah nk masuk 40an
Quote inj 3-6-2021 06:18 PM
Caj review janganlah mahal-mahal sangat. Bagi peluang pada yang baru berniaga. Sama-sama membantu. Moga murah rezeki ye sis
Quote wirazam 3-6-2021 10:06 PM
umbut replied at 2-6-2021 10:25 PM
Tapi nana sebelum masuk gv memang senduuuuuuu.. After masuk gv dan juara nama naik balik... Before g ...

Dia nih dan kaklina pom pom mmg berjaya buat come back...
Quote Missrarara 4-6-2021 02:13 PM
Ok la tu utk. Ada juga nak tmbh pndapatan musim covid ni
Quote Jiyongie88 4-6-2021 02:16 PM
Okla, cari rezeki halal utk fmly  

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.351831 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top