CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Teruja Jadi Nenek, Krisdayanti Minta Doktor Peribadi Pantau Kandungan Aurel Hermansyah 24 Jam

11-5-2021 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3886| Komen: 10

Description: Berita kehamilan Aurel Hermansyah disambut baik oleh ibunya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.
Berita kehamilan Aurel Hermansyah disambut baik oleh ibunya yang juga penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti.

Krisdayanti berkata dia terharu dan tidak menyangka bakal memiliki cucu dan bergelar nenek tidak lama lagi.


"Menjadi satu kebahagiaan buat semua orang apabila melalui proses ini, menjadi isteri kemudian bergelar ibu dan sekarang bakal menjadi nenek.

"Tak kisah apa sahaja jantina bayi itu nanti asalkan selamat dilahirkan. Dia (Aurel) pernah tanya berapa usia saya semasa melahirkan dia... saya kata 21 tahun, sama seperti usianya kini. Mudah-mudahan perjalanannya lebih baik," kata Krisdayanti.


Foto: mStar

Dalam pada itu, penyanyi lagu Menghitung Hari ini turut meminta doktor peribadi memantau kandungan anaknya itu.


Ini kerana dia bimbang Aurel sebelum ini pernah menjalani rawatan masalah cyst atau sista.

"Saya hanya berpesan kepada Aurel supaya lebih proaktif berkomunikasi dengan doktornya bagi memantau kandungan.

"Saya juga sudah mohon doktor peribadi yang boleh membantu 24 jam untuk memberi apa-apa saranan baik kerana mereka ini pasangan masih muda.

"Tambahan pula Aurel ada sista, mudah-mudahannya semuanya baik-baik sahaja," ujarnya.

Aurel Hermansyah selamat bergelar isteri kepada YouTuber terkenal Atta Halilintar pada 3 April lalu di Hotel Raffles, Jakarta.-CARI

Sumber: Liputan6/mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tokchik 11-5-2021 10:20 AM
Bunting pelakun ke?
Quote bondeh 11-5-2021 06:18 PM
Express rezeki betul
Quote setori_mori 11-5-2021 10:33 PM
Laaa Halilitar tu kawin dgn anak kris dayanti ke
Quote epuepy 12-5-2021 12:55 PM
Huii. Pantas btl yek. Papepn, tahniah.
Quote makcun14 14-5-2021 08:59 AM
iols layan gak youtube content dia.
Sharp shooter sungguh . Padan la nama pun halilintar gitchuu. #lawakhambar
Bertuah jadi menantu diva tersohor nusantara, confirm kabel kuat.
Quote cikperiukkera 17-5-2021 03:02 PM
makcun14 replied at 14-5-2021 08:59 AM
iols layan gak youtube content dia.
Sharp shooter sungguh . Padan la nama pun halilintar gitchuu. # ...

Gittewwwww...confirm ada kabel kuat chuols... mak diva tersohor,ahli parlimen plk tu siap jokowi jd saksi time nikah. Nk harapkn anang mmg takla...semua busy menayang bikin content 24hrs di yutup...
Quote Suchi 18-5-2021 08:46 AM
Kenapa laki nya suka pakai headband sbb rambut lebat ke ?
Quote Lailerthee 18-5-2021 09:25 PM
Td terbaca katanya da gugur
Quote Artemesiaa 19-5-2021 05:26 PM
Kesian akhirnya kecundang juga tapi masih muda masih banyak peluang
Quote any42 20-5-2021 12:11 AM
Ooo ank krisdayanti ke

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.110746 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top