CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bapa Meninggal, Dian Sastrowardoyo Pernah Nak Bunuh Diri

11-5-2021 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3239| Komen: 9

Description: Jakarta: Pelakon Dian Sastrowardoyo, 39, mendedahkan dia pernah terdetik untuk membunuh diri sewaktu di sekolah menengah selepas bapanya meninggal.
Jakarta: Pelakon Dian Sastrowardoyo, 39, mendedahkan dia pernah terdetik untuk membunuh diri sewaktu di sekolah menengah selepas bapanya meninggal.

Hal itu didorong rasa kemurungan serta tertekan akibat pemergian bapa tercintanya yang meninggal disebabkan penyakit hati serta ketiadaan ibunya di sisi, meratapi kehilangan itu.

Ibunya kebetulan berada di luar negara atas urusan kerja, membuatkan Dian merasa kehilangan kedua orang tuanya. Apalagi, pelakon Ada Apa Dengan Cinta itu adalah anak tunggal.

Kredit foto: IG


"Ketika itu, ibu baharu saja ke luar negara beberapa hari sebelum bapa meninggal. Rasa takut sangat hingga jadi kemurungan dan tertekan.

"Sampai saya terfikir lebih baik bunuh diri saja. Mungkin, itu lebih mudah," katanya.


Bagaimanapun, Dian bersyukur fikiran positifnya lebih menguasai diri ketika itu. Dia pun tidak sanggup dan tergamak meninggalkan ibunya sendirian selepas itu.

"Mujur saya kembali berfikir dengan munasabah. Saya lebih sayangkan ibu dan tidak sanggup memikirkan apabila dia pulang nanti, tiba-tiba saya sudah tiada," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amandaminaj96 11-5-2021 12:16 PM
Suka tgk dian..cantik yg bukan mix {:love
Quote rosmahisham 11-5-2021 12:50 PM
Cantik giler,mcmaana malique berjaya tackle dia dulu eh.untunglaah walopn  x de jodoh
Quote BebeQ 11-5-2021 03:22 PM
Amandaminaj96 replied at 11-5-2021 12:16 PM
Suka tgk dian..cantik yg bukan mix {:love

Baru2 ni ada baca dekat portal indo yang beliau mix 2 agama (budha dan christian) dan dia memilih agama islam.
Tak tau la kalau dia mix cina dan jawa dari ibu bapanya.
Quote alesandra 11-5-2021 03:45 PM
father &daughter ni ..kalau jenis rapat,bapak pulak baik.bila meninggal anak pompuan  akn suffer.dia punya suffered tu susah aku nak explain.yg paham  tu..paham laa.mungkin yg tak alaminya x paham.dan aku rase perasaan tu x sama hubungan dgn mother n son,mother n daughter ..or even father n son.
Quote Artemesiaa 11-5-2021 04:07 PM
Anak tunggal ni selalunya rapat dengan orang tuanya
Quote sofyayra 11-5-2021 05:00 PM
alesandra: father &daughter ni ..kalau jenis rapat,bapak pulak baik.bila meninggal anak pompuan  akn suffer.dia punya suffered tu susah aku nak explain.yg paha ...

True sis. Smpai skrg masih rasa kehilangan tu
Quote Amandaminaj96 11-5-2021 05:03 PM
BebeQ replied at 11-5-2021 03:22 PM
Baru2 ni ada baca dekat portal indo yang beliau mix 2 agama (budha dan christian) dan dia memilih  ...

tak pasti pulak..tp dia salah satu celebs yg i suka tgk
Quote Thunderclouds 13-5-2021 06:35 PM
Suka & respek sbb cantik & bijak. Mmg susur galur keturunan ahli2 akademik
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:08 PM
Cantiknya dia ni..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.070785 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top