CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Tendang Pak Guard Dah Ditahan

11-5-2021 08:44 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3854| Komen: 20

Description: Anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di Petaling Jaya, semalam.
Anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video tindakan polis itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di aplikasi WhatsApp.




“Pertengkaran antara mereka berpunca apabila mangsa, pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman itu lebih awal menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama.

“Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, dalam kejadian, suspek menendang perut mangsa dan didakwa mengugut untuk memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Berikutan kejadian, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.


“Suspek yang bertugas di IPD Petaling Jaya ditahan untuk siasatan dan kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan jenayah terhadap orang awam,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan. 


Sumber: Suara Merdeka

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 11-5-2021 08:47 AM
dah sampai masanya ketatkan syarat nak jadi polis, minima kena ada diploma
Quote Belibis 11-5-2021 05:09 PM
c===8: dah sampai masanya ketatkan syarat nak jadi polis, minima kena ada diploma

Kenapa ??? Tahap pendidikan ada kaitan dengan panas baran ke?
Quote Babai 11-5-2021 05:21 PM
Perangai samseng macam ni elok sangat masuk jel.
Quote batmana 11-5-2021 11:27 PM
c===8 replied at 11-5-2021 08:47 AM
dah sampai masanya ketatkan syarat nak jadi polis, minima kena ada diploma

Ramai je dalam penjara terdiri dari golongan diploma,degree bagai..mgkin jawatan koperal kena ada double phD agaknya...
Quote najib888 11-5-2021 11:43 PM
Macam macam hal la...

[youtube]KjsVDXVpt_I[/youtube]
Quote LoveSungmin 12-5-2021 12:35 AM
tak boleh sabar ke?
Quote kitty_lynne 12-5-2021 12:46 AM
Edited by kitty_lynne at 11-5-2021 04:55 PM

Mcm2 perangai laaa ..
Quote Skuau 12-5-2021 01:12 AM
kesilapan polis ni...dia pakai uniform...masa tendang@gaduh ngn 'guard' tu.
Quote aint 12-5-2021 01:17 AM
yg guard tu nak halang polis masuk kenapa??
Quote CiliPadiSedap 12-5-2021 05:16 AM
batmana: Ramai je dalam penjara terdiri dari golongan diploma,degree bagai..mgkin jawatan koperal kena ada double phD agaknya...


Penjara mana tu? Sungai buloh atau sungai klang?
Quote n3ar 12-5-2021 05:22 AM
Ni sebab ramai juga polis hasil dari mat mat rempit, golongan takde masa depan takde keje terus apply jd polis bawahan.. Bila spesis sebelum jd polis perangai tak semegah, terbawa2 perangai tu lepas jadi polis...
Quote Al-Patih 12-5-2021 10:43 AM
sekor kerbau bawa lumpur....habis hancus semua
Quote bottombikini 12-5-2021 10:52 AM
apalagi nik ezanee..ore mu ni
kasi basuh la
Quote blOOpBloop 12-5-2021 10:54 AM
patut cabut uniform  masa nak berbaran tu
Quote Aliaskotonggo 12-5-2021 03:09 PM
dah terbiasa jadi pailang, ugut, rasuah... jadi dia fikir semua org kena hormat dia all the time
Quote NataliaLuiz 12-5-2021 03:23 PM
Calit-calit kat bahu tu bukan tiket boleh pukul, belasah orang suka hati. Lagi2 kalau pangkat tinggi.
Quote NataliaLuiz 12-5-2021 03:24 PM
aint replied at 12-5-2021 01:17 AM
yg guard tu nak halang polis masuk kenapa??

Tu la. Mesti ada sebab kenapa guard tak bagi polis tu masuk. Tak tahu full story.
Quote Tinot7 12-5-2021 05:57 PM
Mcm dendam kesumat sejak azali lagi...

“Pertengkaran antara mereka berpunca apabila mangsa, pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman itu lebih awal menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama.


“Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:36 PM
Bulan ramadhan pun nak tendang orang..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.057950 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top