Anggota polis berpangkat Koperal ditahan selepas menendang seorang pengawal keselamatan di sebuah apartment di Petaling Jaya, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video tindakan polis itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum tular di aplikasi WhatsApp.
“Pertengkaran antara mereka berpunca apabila mangsa, pengawal keselamatan berusia 59 tahun tidak membuka palang pintu masuk kawasan kediaman itu lebih awal menyebabkan suspek terpaksa memberhentikan kenderaannya dan menunggu lama.
“Berlaku pertengkaran antara mereka berdua dan suspek mendakwa mangsa mengeluarkan perkataan kesat kepadanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Mohamad Fakhrudin, dalam kejadian, suspek menendang perut mangsa dan didakwa mengugut untuk memukul mangsa menggunakan topi keledar.
Berikutan kejadian, mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan.
“Suspek yang bertugas di IPD Petaling Jaya ditahan untuk siasatan dan kita tidak akan berkompromi ke atas mana-mana pegawai dan anggota yang melakukan jenayah terhadap orang awam,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Post time 12-5-2021 05:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni sebab ramai juga polis hasil dari mat mat rempit, golongan takde masa depan takde keje terus apply jd polis bawahan.. Bila spesis sebelum jd polis perangai tak semegah, terbawa2 perangai tu lepas jadi polis...
Post time 12-5-2021 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Mcm dendam kesumat sejak azali lagi...