CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Awas Kalau Cuba Guna Jalan Tikus Curi Rentas Daerah, Negeri

11-5-2021 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2789| Komen: 12

Description: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti banyak laluan tikus di seluruh negara yang cuba digunakan orang ramai untuk merentas daerah atau negeri pada musim perayaan ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti banyak laluan tikus di seluruh negara yang cuba digunakan orang ramai untuk merentas daerah atau negeri pada musim perayaan ini.

Bagaimanapun, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar memaklumkan lokasi itu tidak boleh didedahkan.



PDRM menjalankan SJR di salah satu laluan tikus di Kelantan.

“Apa yang saya boleh katakan ada banyak laluan tikus.

“Kita tidak dapat cover (kawal) semua tempat sekali gus dan sebab itu laluan-laluan itu diletakkan penghadang batu dan kawat duri bagi mengelakkan penduduk rentas tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, sekiranya ada individu cuba merentas tanpa kebenaran, pihaknya akan mengambil tindakan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

Tegas beliau, sekiranya didapati individu terlibat melakukan kesalahan, tindakan kompaun akan dikenakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

“Kita tahu ada banyak laluan tikus. Kita minta orang ramai faham disebabkan keadaan genting dalam negara yang dilanda wabak Covid-19 dan bersama kita untuk memutuskan rantaian wabak itu.

“Kita amat bimbang, jika masyarakat terus ingkar, keadaan dan situasi Covid-19 hari ini akan semakin parah,” katanya.

Tambahnya, tujuan sekatan itu dilakukan bukanlah untuk menyusahkan orang ramai, sebaliknya untuk mengelak penularan pandemik Covid-19.

“Jika orang ramai bertindak sedemikian (guna jalan tikus), ia perkara yang tidak boleh diterima. Kita bukan cuba susahkan orang ramai.

“Prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah menyatakan agar orang ramai tidak rentas daerah atau negeri,” katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 11-5-2021 09:01 AM
Polis msia ni.. Suka btol takutkan rakyat sendiri.. Tp pati sikit pon xtakut dorg.. Apecer? Awas libasssss
Quote lavendernovella 11-5-2021 09:49 AM
Kan bagus kalau segala mala lorong tikus ni dijaga serapi ni kat sempadan, takderlah mudah bolos.
Quote NataliaLuiz 11-5-2021 06:04 PM
Ada baca berita, kat besut tu diorang bakar kawat besi tu. Bengang sangat kot sbb sampai jalan tikus pun kena tutup.
Quote xy_daen 11-5-2021 06:07 PM
Pati lolos pulak...
Quote capiloton 11-5-2021 06:12 PM
Quote chandrahusin 11-5-2021 06:17 PM
Sepupu aku cerita
Tahun lps dia balik raya
Byk soal jwb dgn Polis
Smpai polis tu ckp
Diorg tak raya pun
Ni tahun ke 2
Polis pun stress
Quote stingervolvo 11-5-2021 06:18 PM
chandrahusin replied at 11-5-2021 06:17 PM
Sepupu aku cerita
Tahun lps dia balik raya
Byk soal jwb dgn Polis

nak sangat jadi polis...

rasain

kahkahkahkahkahkah
Quote pyropura 11-5-2021 09:30 PM
stingervolvo replied at 11-5-2021 06:18 PM
nak sangat jadi polis...

rasain

Polis frontliner kan dapat 600inggit sebulan, setahun 7.2k, 2 tahun dapat 14k, 3 tahun dapat 21k, boleh beli keta second.
Quote stingeralfa 12-5-2021 03:56 PM
pyropura replied at 11-5-2021 09:30 PM
Polis frontliner kan dapat 600inggit sebulan, setahun 7.2k, 2 tahun dapat 14k, 3 tahun dapat 21k,  ...

Itu belum scene, "Abg nak settle kt balai atau kt sini bang?Budak budak saya sarapan pun belum bang.Lepas duit rokok pun ok bang"
Quote Tinot7 12-5-2021 03:57 PM
pyropura replied at 11-5-2021 09:30 PM
Polis frontliner kan dapat 600inggit sebulan, setahun 7.2k, 2 tahun dapat 14k, 3 tahun dapat 21k,  ...

Wow berkira...
Quote monreyes 12-5-2021 05:47 PM
NataliaLuiz replied at 11-5-2021 06:04 PM
Ada baca berita, kat besut tu diorang bakar kawat besi tu. Bengang sangat kot sbb sampai jalan tikus ...

kitorang pernah konpius dari Setiu nak kluar ke Jln Pantai.. end up ikut jalan dalam penuh kelapa sawit semata2.. n kawasan kampung.. kete lalu lalang pun x banyak.. scary.. dah lah jauh lagi nak sampai KL
Quote Ninjanunu 16-5-2021 06:06 PM
Kesian polis..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.291477 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top