CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Colek Pula Terduduk Dikompaun RM50,000

28-4-2021 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9544| Komen: 69

Description: Ketika isu melibatkan peniaga yang dikompaun RM50,000 kerana dipercayai berniaga burger lebih masa di hadapan rumahnya beberapa hari lalu masih belum reda, peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, pula ...
Ketika isu melibatkan peniaga yang dikompaun RM50,000 kerana dipercayai berniaga burger lebih masa di hadapan rumahnya beberapa hari lalu masih belum reda, peniaga colek, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, pula dikompaun.


Membabitkan jumlah sama, kes tersebut berlaku di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu, Kelantan.

Difahamkan, Azizi berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis, 11.20 malam kelmarin, memetik laporan Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro, Berita Harian

Katanya, tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun berjumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi lebih masa.

“Saya terkejut sampai hilang kata-kata melihat jumlah yang perlu kami bayar. Sedangkan untuk mendapatkan RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun agak sukar kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.


“Sebenarnya, ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai pada 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup.

“Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.

“Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya seperti dipetik.

Mohd Azizi berkata, dia mempunyai lima anak masih bersekolah selain perlu menanggung tiga anak saudara, sudah tentu tidak mampu membayar jumlah kompaun berkenaan.


Kredit foto: Sinar Harian

“Jangan kata RM50,000, jika dikurangkan RM10,000 pun saya tidak mampu dan disebabkan tidak mampu serta tiada pilihan lain, saya lebih memilih untuk masuk penjara.

“Saya agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah dikenakan RM50,000.

“Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri berniaga mi celup pada hari biasa.

“Cuma setiap kali Ramadan sejak empat tahun lalu, saya dan isteri berniaga colek pada waktu malam,” katanya.

Katanya, disebabkan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, dia sudah ke Pejabat Kesihatan Daerah semalam untuk membuat rayuan dan sehingga kini mereka masih buntu dengan apa yang berlaku.

“Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami.

“Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

Katanya, peniaga berkenaan akan dipanggil untuk ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RinIna 28-4-2021 11:45 AM
Kenapa Kejam sangat??
Quote batmana 28-4-2021 12:00 PM
penguatkuasa ni, terutama islam, klu buat keje, kene niat, buat,  apa2 kerja tu

1st kerana Allah, klu pikir balik, buat cmni, agak2 tuhan suke ke ko main saman rm50k cmni? menyusahkn org

no. 2 barula pikir kerja tu psl arahan bos

ni jenis penguatkuasa ROBOT,  anggap bos tu pemberi rezeki utama dkt diri dia, tu yg takde budi bicara, main hentam, tk pikir org susah, psl lupe tuhan.. janji kerja dpt rekod utk bos tgk , tujuan kerja dh lari ke laut..

Quote dang_oniey 28-4-2021 12:00 PM
panggil org yang kena kompaun je ..yang keluarkan kompaun x panggil sekali ke
Quote Boomibulat 28-4-2021 12:01 PM
Kayo sek2 kito..
Quote Boomibulat 28-4-2021 12:02 PM
Ktanya had kompaun 10k..cmana blh kena lg 50k pulak?
Quote saviour_09 28-4-2021 12:02 PM
bakpo lagu tu

nayo kokre

Quote highcastle 28-4-2021 12:05 PM
Boomibulat replied at 28-4-2021 12:02 PM
Ktanya had kompaun 10k..cmana blh kena lg 50k pulak?

Rasanya dia bukak kedai atau bukak meja makan, tu yg kena lebih..........
Quote kerunai 28-4-2021 12:06 PM
korey nyior la weh
Quote Orix 28-4-2021 12:07 PM
hebakkkkkk polis serombi mekohhhhhh ni... takbirrrrrr
Quote ketupatnasi 28-4-2021 12:19 PM
ketika disaman tu dia sedang goreng keropok untuk anak katanya.
kata polis mungkin dia goreng keropok untuk persiapan perniagaan dia. colek tu kan letak keropok jugak (terliur kaka teringat colek plepung depan stesen KTM Pasir Mas)

elok lah diberi perhatian, skrg ni Covid mendonia kat Kelantan kan.
Quote gummiebear 28-4-2021 12:20 PM
Budi bicara dan siasatan hanya terpakai kepada golongan kayangan ya. Rakyat marhaen sorry whoayus
Quote Boomibulat 28-4-2021 12:21 PM
highcastle replied at 28-4-2021 12:05 PM
Rasanya dia bukak kedai atau bukak meja makan, tu yg kena lebih..........

Menteri kata kompaun maksima 10k je..
kompaun.png

Quote highcastle 28-4-2021 12:29 PM
Boomibulat replied at 28-4-2021 12:21 PM
Menteri kata kompaun maksima 10k je..

Aku tak pasti.. mungkin ada kesalahan berulang yg dia buat spt yg peniaga burger tu kena..........
Quote shysari 28-4-2021 12:36 PM
Ntah la kadang2 peniaga ni suka ikut kepala sendiri. Ni goreng keropok anak pulak time kena saman.
Bila kena saman mula lah drama air mata. Kat tempat aku ni time pkp tahun lepas selamber je buka  jual burger melepak sampai awal pagi. Bila kena tegur sentap kata melayu dengki melayu. Tutup periuk nasi nak berniaga cari rezeki. Sampai kita org pun malas dah nak ambil kisah.
Tak perlu scan tak perlu ambil suhu sbb katanya depan rumah kawasan persendirian. Beria fight time mpkj dtg hari tu siap dok maki2 siapa buat aduan memang dah lama dengki dengan dia.

Nak niaga niaga la tp patuhi sop.
Kalau pkp ke pkpb ke pkpp semua ada had limit time niaga. Follow je lah baru berkat niaga.
Quote cikanggun 28-4-2021 01:04 PM
Kelate menatey beghuk lagi??? Polis sana taraf tak skolah ke depa hired? Makan taik ape?
Quote AbukRokok 28-4-2021 01:50 PM
klu kne  jangan bayar

masuk penjara je
buat apa susah payah nak cari duit utk bayar saman tu?
untung2 nti ada viral ada yg sponsor
Quote AbukRokok 28-4-2021 01:52 PM
raykat semakin panas denge kerajaey mlayu isley
hanye boleh survive denge tipu musliheehh
Quote kakikuDibibirmu 28-4-2021 02:00 PM
Huk aloh klate gedebe kote buah mempele serambi Moscow
Quote teky 28-4-2021 02:14 PM
cube korg csi sape yg sgn surat kompaun tu,, kekeke

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.057284 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top