CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siap Ada Ayam, Tema Kampungku Ke Pentas Ratu Cantik Francisca Luhong James

28-4-2021 11:14 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8607| Komen: 28|Original author: Oleh: natrahn

Description: Pertandingan kostum semestinya segmen terpenting dalam keseluruhan penganjuran Miss Universe.
Pertandingan kostum semestinya segmen terpenting dalam keseluruhan penganjuran Miss Universe.

Kali ini, tema Kampungku bakal dibawa Miss Universe Malaysia 2020, Francisca Luhong James, ke pentas ratu cantik nombor satu dunia, Miss Universe 2020 yang berlangsung pada 16 Mei ini di Florida, Amerika Syarikat (AS).




Menurut Harian Metro, kostum seberat 45 kilogram rekaan Carven Ong itu berkonsepkan kemeriahan suasana kampung yang cukup dekat di hati masyarakat Malaysia.

Persis landskap rumah tradisional kampung dengan elemen penuh nostalgia, konsep merangkumi replika ayam, pokok kelapa, basikal tua itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan dan turut memiliki elemen kejutan. 


Kredit foto: Instagram Francisca Luhong James

Difahamkan, Francisca bakal menyarung dua gaun untuk kostum itu. Gaun pertama berwarna hitam putih dengan motif pua dari Sarawak, manakala gaun keduanya berona keemasan dengan sarung kepala replika anak patung rekaan Wesley Hilton.

Tahun sebelumnya, kostum makanan kaum Peranakan dipertandingkan Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon mencetuskan kontroversi apabila diumumkan menang kostum terbaik, namun bertahan empat jam sahaja sebelum Organisasi Miss Universe membetulkan kembali keputusan itu dan mengesahkan kostum Filipina adalah pemenang sebenar.


Kredit foto: NST

Sebelum ini, antara kostum yang pernah dipertandingkan di acara itu termasuk Menara Berkembar KLCC, Nasi Lemak, Perahu Bangau, Dewi Kenyalang dan banyak lagi.



Pada masa yang sama, gaun malam rasmi rekaan Rizman Ruzaini turut akan digayakan Francisca nanti.

Gadis keturunan Dayak kelahiran Kuching, Sarawak itu dinobatkan pemenang Miss Universe Malaysia 2020 pada September tahun lalu. Sebagai info, Francisca mencipta sejarah menjadi gadis pribumi asli pertama menang gelaran terbabit.

Semoga kali ini ada rezeki untuk Malaysia. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 28-4-2021 11:42 AM
Luhong ni lawa sungguh. Dia drag ke rumah kampung tu atas pentas
Quote dua_chzy 28-4-2021 11:46 AM
Cantik la sheol lepas mekap...
Quote sarah82 28-4-2021 11:47 AM
Wohaaa.. Cantik nyaaa
Quote natrahn 28-4-2021 11:50 AM
KIM.K replied at 28-4-2021 11:42 AM
Luhong ni lawa sungguh. Dia drag ke rumah kampung tu atas pentas

angkut sekali...tidak dilupa ayam hehehe
Quote zidane2011 28-4-2021 11:55 AM
Frans sejenis ratu pajen yg gigih.

Byk kali sheols masuk contest before this, rezeki dia menang and dpt wakil malaysia this year.

Iols dulu x berkenan sgt dgn sheols sbb mata sheols mcm sejenis "mati" gitu but she proved me wrong.

Iols suka styling team dia, yg obviously bukan team mumo yg forever hampeh.

Cuma iols wonder mcm mana sheols nak heret umah ni naik stage. Mintak2 la stage national costume this year x kecik sgt.
Quote September14 28-4-2021 11:58 AM
Klu dia ni wakil philipin dah lepas dah top 10

Tp mmg mnrik natcos rumah tu

Cuma gown biru tu mcm x wow sgt
Quote shi_jewel 28-4-2021 11:34 PM
Sorong rumah sekali ke pentas.. Nah, ambik kau... Btw, gd luck dear frans.. We are waiting for u
Quote royaldanish 28-4-2021 11:37 PM
Good luck Frans
Quote LadyCarefree 29-4-2021 12:09 AM
Buruk gown malam tu
Quote Nenolen 29-4-2021 12:46 AM
Next year bole buat natcos tema mlm raya di kg...teruja kaka nak tgk rmh kg dgn langsir baru, lampu liplap dan juga lemang tgh bakar, dodol dlm kwh dan masukkan juga meriam buluh...mesti kebabom...natcos thn nie pun wow pada kaka...
Quote dani-rox 29-4-2021 01:06 AM
Francisca cantek tp sayang gaun biru tuh doesn't do justice to her beauty. Mcm bordello's wallpaper jah.
Quote anony-mous 29-4-2021 01:11 AM
I suka dia bawak motif pua kumbu tu. Tgk negara lain mcm over, siap berangkut apa entah dekat belakang bdn. I mmg cari yg boleh bawak ciri2 negara asal without angkut benda2 berat
Quote September14 29-4-2021 02:52 AM
Bru iol tgk natcos dia 2 in 1.. depan hitam putih, belakang colourful.. menarik btul sbb dia masuk dlm umh tu & transform dlm beberapa saat je.. mungkin leh menang best national costume.
Quote fadz84 29-4-2021 06:03 AM
September14 replied at 29-4-2021 02:52 AM
Bru iol tgk natcos dia 2 in 1.. depan hitam putih, belakang colourful.. menarik btul sbb dia masuk d ...

Mna nk tgk tu?
Quote Mulotkoyak 29-4-2021 07:36 AM
Bile nk buat costume durian?
Quote BicaraHatiku 29-4-2021 07:50 AM
Ok je laaaa, still bagi meols muka dia tak striking... tak cukup ciri2 seorang ratu.
Quote MissYouSayang 29-4-2021 08:01 AM
Setahun aku la judges kokusen x minat tema sarat menyarat ni.kena less is more gitew. Baju kaler biru muda tu nmpk pprt la.striking sgt.nmpk cam ahli pkr plak.overall aku nmpk cm kureng.cewahh mcm juri plak aku ni
Quote salmon-suki 29-4-2021 08:42 AM
Dress biru tu xlawa..xnampak exclusive..sorryy~
Quote September14 29-4-2021 10:20 AM

[ig]https://www.instagram.com/p/COKzDYJDF5H/?igshid=1c9e18719lay7[/ig]

Video ni je iol jumpe.. yg iol tgk sblmni lg laju video dia.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057896 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top