CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahan Muntah Paksa Diri Makan Ayam, Ismail Izzani Puas Hati Dah Sado

28-4-2021 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13139| Komen: 65

Description: Selepas tujuh bulan mengikuti rutin senaman dan diet yang ketat, akhirnya impian penyanyi Ismail Izzani memiliki tubuh badan idaman tercapai.
Selepas tujuh bulan mengikuti rutin senaman dan diet yang ketat, akhirnya impian penyanyi Ismail Izzani memiliki tubuh badan idaman tercapai.

Mengakui bukan mudah mendapatkan badan sasa itu, Ismail, 21, berkata dia menerima tunjuk ajar daripada jurulatih kesihatan dan perlu mengikuti senaman di gimnasium secara konsisten.



Kredit foto: IG Ismail

"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2017, tapi masa tu on off sebab jadual terlalu padat, tapi baru-baru ini saya minta pengurus kosongkan waktu selama beberapa bulan untuk saya mengikuti senaman di gim.

"Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch, semua rutin ini dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya.

"Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan... tapi selepas seminggu perut dah boleh terima," katanya kepada mStar.


Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini ditemui semasa pelancaran lagu Irama Aidilfitri dan video muzik Habib yang diadakan di EQ Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.

Ismail merupakan salah seorang penyanyi dalam lagu raya berjudul Irama Aidilfitri bergandingan bersama Awi Rafael, Ning Baizura, Tiz Zaqyah, Julia Farhana dan Bunga Isme.

Dalam pada itu, Ismail berpuas hati dengan berat badan yang dicapai dan mengakui lebih berkeyakinan apabila berada dihadapan orang ramai.

"Alhamdulillah sebelum ini berat badan saya 52 kilogram tapi sekarang dah naik 68 kilogram... saya letak sasaran 70 kilogram! Cuma bulan puasa ni susah sikit la sebab kita kawal waktu makan.

"Saya pun tak nak badan besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari, kalau terlalu besar tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja," ujarnya.



Sering berkongsi foto dan video ketika menjalani latihan di gimnasium, Ismail menjelaskan niatnya hanya ingin memberi motivasi kepada pengikut untuk menjaga kesihatan tubuh badan.




"Perkongsian saya itu sebagai motivasi untuk semua orang. Saya sendiri sebelum ini sangat-sangat kurus, bila pakai tshirt saya rasa tak berkeyakinan... sebab itu saya pergi gim untuk tambah berat badan dan nampak lebih fit. Ia sangat membantu membina keyakinan diri.

"Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pak cik saya sendiri yang berumur 40 tahun pun dah mula buat badan," ujarnya.


Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 28-4-2021 12:06 PM
muka camtu jugak.
Quote Kurex 28-4-2021 12:12 PM
Badan dah sedap.... Barang nalla... Tapi muka tu spoil la.. bila video dia nak leak?
Quote bluebutter 28-4-2021 12:14 PM
Kurex: Badan dah sedap.... Barang nalla... Tapi muka tu spoil la.. bila video dia nak leak?

Haha. Rupa jugak jadi ukuran.
Quote tipah89 28-4-2021 12:16 PM
retis yg bergayala camna pon still nampak mcm xmandi
Quote bedahmenjuyah 28-4-2021 12:22 PM
Nexttttttttttttttttt
Quote nfaaa 28-4-2021 12:34 PM
geli nyehh! body katang muka mcm darjah 4
Quote bottompadu 28-4-2021 12:40 PM
Kurex replied at 28-4-2021 12:12 PM
Badan dah sedap.... Barang nalla... Tapi muka tu spoil la.. bila video dia nak leak?

Barang NALLA?! penah leak ke? xtahu pongggg
Quote bulalof 28-4-2021 12:42 PM
sekarang kalau body tak camtu tak rasa confident ke?
Quote Normabaru 28-4-2021 12:44 PM
Suh dia ni buat gigi plak..
Quote electricopop 28-4-2021 12:49 PM
Kurex replied at 28-4-2021 12:12 PM
Badan dah sedap.... Barang nalla... Tapi muka tu spoil la.. bila video dia nak leak?

nalla???
kannn tetap muka Syd from Ice Age.
Quote Kurex 28-4-2021 01:18 PM
bottompadu replied at 28-4-2021 12:40 PM
Barang NALLA?! penah leak ke? xtahu pongggg

Tak pernah tengok bulge dia ke
Quote sleepandream 28-4-2021 01:19 PM
heols ni tinggi...
apa tak confidentnya lagi senang sarung apa2 baju sbb dah tinggi...

and gudluck la nak maintain muscle tu
Quote Kepot 28-4-2021 01:27 PM
body taff tapi muka budak acaner?
hahahahaahh
Quote Mina2215 28-4-2021 02:10 PM
Aku dgn mata ngantuk baca tajuk jadi : Paksa diri makan muntah ayam. Terus mata segar
Quote Jitu 28-4-2021 02:14 PM
cis jeles pulak aku tengok

susah nak jaga badan ni nak kena ada masa nak workout
pastu duit nak beli segala macam supplement
org yg masih belum ada apa2 tanggungjawab boleh lah
tp berat dia 68 kg nampak bulky kenapa aku 68 kg nampak kurus je
Quote Perawankota 28-4-2021 02:59 PM
Aku tak berapa berkenan dengan org2 yg badan sado ni.. Few yg aku kenal, perangai jenis berlagak, pastu fake to the max.. Grumpy pon ye..
Quote evlinne 28-4-2021 03:07 PM
Kaki kecik
Ko fokus badan je ke
Quote Carcosa 28-4-2021 03:17 PM
Mcm kepala anak patung baby letak kat badan Incredible Hulk.
Mcm tak kena gitu.
Quote isbritneybich 28-4-2021 03:26 PM
macam skip leg day jah

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054695 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top