CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Dibedah Telan 209 Bola Magnet

20-4-2021 05:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2318| Komen: 9

Description: Sekumpulan pakar perubatan di Rusia berjaya mengeluarkan 209 bola magnet daripada perut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun melalui satu pembedahan, lapor Newsweek kelmarin.
Sekumpulan pakar perubatan di Rusia berjaya mengeluarkan 209 bola magnet daripada perut seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun melalui satu pembedahan, lapor Newsweek kelmarin.

Ibu bapa mangsa dilaporkan mengesan kehadiran bola magnet ketika membersihkan najis kanak-kanak itu yang tampak aneh.


Najis yang berwarna hitam merupakan petanda berlaku pendarahan pada sistem pencernaannya.


Gambar hiasan

Hasil imbasan ultrasound dan X-ray menunjukkan terdapat gumpalan bola magnet dalam perut kanak-kanak berkenaan yang merupakan bahagian daripada satu set permainan.

Pakar perubatan Institut Penyelidikan Pembedahan Pediatrik Kecemasan dan Traumatologi bersetuju pembedahan endoskopi ke atas mangsa adalah cara paling selamat untuk mengeluarkan bebola itu.

Pakar bedah pediatrik, Anastasia Kharitonova berkata magnet tersebut terlalu besar untuk dikeluarkan sekaligus.


Satu kenyataan laman web jabatan kesihatan tersebut menulis, para doktor memasukkan endoskop ke dalam perut kanak-kanak itu dan mengeluarkan empat biji magnet dalam pembedahan yang mengambil masa dua jam.

Tambah Kharitonova, mereka bimbang bola itu akan sampai ke oesofagus dan usus lalu menyebabkan kerosakan pada tisu.

“Keadaan itu akan menyebabkan peritonitis yang teruk,” katanya yang merujuk kepada radang pada dinding abdomen.


Sumber: Kosmo!

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 21-4-2021 06:36 AM
So akhirnya keluar 4 bijik ke 200.?
Quote TOPwind 21-4-2021 07:52 AM
SayaSayangMama replied at 21-4-2021 06:36 AM
So akhirnya keluar 4 bijik ke 200.?

nanty sayer siasat
Quote Carcosa 21-4-2021 09:50 AM
Ok. Enough porom for today {:laugh
Memula baca pasal budak nyaris digilis keretapi. L3pas tu baca budak 3 tahun positif meth sbb apak tiri b%bi kasi. Ni baca budak 2 tahun telan bola metal 200+
Ok,meols nak pegi tgk cartoon. Bye.
Quote ReginaGeorge 21-4-2021 09:22 PM
Karat tak.
Quote Supersirap 21-4-2021 11:36 PM
Seram pula dengar kejadian sebegini
Quote supernaturalee 22-4-2021 01:49 AM
Carcosa replied at 21-4-2021 09:50 AM
Ok. Enough porom for today {:laugh
Memula baca pasal budak nyaris digilis keretapi. L3pas tu baca b ...

X bc psl kes bunuh diri kt klcc ke

Quote makadek 22-4-2021 05:55 AM
Carcosa replied at 21-4-2021 09:50 AM
Ok. Enough porom for today {:laugh
Memula baca pasal budak nyaris digilis keretapi. L3pas tu baca b ...

Tah aku pn triggered ...lembik lutur
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:13 PM
Macam mana boleh tertelan tu
Quote NataliaLuiz 29-4-2021 12:14 PM
Nasib baik selamat..{:nose

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040819 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top