CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pandai ibu Fauziah Nawi teka" - Netizen. Maryam "Duriankimchi" kini hamil anak pertama

20-4-2021 02:22 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8509| Komen: 26

Description: Kisah pasangan suami isteri Malaysia dan Korea Selatan yang popular dengan gelaran "Duriankimchi" sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana telatah lucu mereka dalam menghasilka ...



Kisah pasangan suami isteri Malaysia dan Korea Selatan yang popular dengan gelaran "Duriankimchi" sering menjadi buah mulut rakyat Malaysia kerana telatah lucu mereka dalam menghasilkan "content" video.

Jika sebelum ini, pasangan Instafamous ini hanya popular di media sosial kini Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae sering muncul di kaca televisyen. Terbaru, Maryam turut menjadi hos dalam rancangan Punchline DAC bersama Datuk AC Mizal dan PS Mansor.

Dalam perkembangan lain, Maryam memberitahu suaminya yang dia sudah berbadan dua namun reaksi Ryzal pada mulanya seperti tidak percaya dan menganggap isterinya hanya mahu membuat "prank".

Loading FB Video...


Namun selepas itu, Ryzal membuat pengumuman di Instagram Duriankimchi memaklumkan Maryam kini hamil tiga bulan.



Diruangan komen pula mula dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa dari ribuan peminat buat pasangan ini.


Terdahulu, pelakon veteran Fauziah Nawi telah menjadi tetamu jemputan dalam episod kesepuluh program Punchline DAC musim kedua itu pada awalnya hanya menjawab soalan hos, Datuk AC Mizal mengenai tips turunkan berat badan.

Datuk AC kemudian menyakat Maryam yang kononnya kelihatan semakin gemuk dan dengan spontan Fauziah berkata.

"Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah! Badan perempuan mengandung bukan gemuk tetapi dia mengembang pada bahagian tertentu"

Jawapan spontan Fauziah membuatkan Maryam terngaga!

Kemudian Datuk AC mengajukan soalan kepada Maryam bagaimana Fauziah boleh tahu tentang kehamilannya dan siap tahu jantina Maryam sedang hamil anak perempuan.

"Saya teka sahaja, mungkin saya salah" tambah Fauziah lagi.

Walau bagaimanapun Maryam tidak pula mengiyakan telahan Fauziah namun berjanji akan memberitahu jantina anaknya selepas dua bulan.


Hebat kan "orang lama", tengok pun dah dapat meneka seseorang itu sedang hamil, itulah pentingnya pengalaman.

Apa pun, tahniah diucapkan buat Ryzal dan Maryam yang bakal menimang cahaya mata selepas 2 tahun berkahwin. Pastinya ramai peminat turut tak sabar menunggu "Durian Kimchi Junior".

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 20-4-2021 05:06 AM
Sibuk nye la AC nak komen badan orang. Takda benda lain nak tanya?
Quote SayaSayangMama 20-4-2021 05:53 AM
Org tua mmg gotu kdg aku terpikir diorg serkap jarang je ke eh tp selalu mngena
Quote MissVixen 20-4-2021 06:01 AM
Siapa perempuan ni? Kenapa dia ada di mana2? Apa fungsi dia dalam rancangan tu?
Quote AshkieLa 20-4-2021 10:53 AM
kenapa orang glamer kan dia ni..
tak paham aku..
mudah sangat nak popularkan org yg ntah mana datang...
dahla aku rengsa cara dia cakap BM tu.. mcm lebih pada buat2...
mcmana martabat Bahasa Melayu nak dipandang tinggi...
org luar main2 tak belajar sebut elok2 bahasa kita pun orang kita angkat buat idola...
masuk program sana sini siap ade program sendiri... yihhh
Quote Gianna111 20-4-2021 10:58 AM
AshkieLa replied at 20-4-2021 10:53 AM
kenapa orang glamer kan dia ni..
tak paham aku..
mudah sangat nak popularkan org yg ntah mana data ...

second you. kalau mat dan dan rhys tu saya boleh terima sebab mereka memang bercakap proper. yang ini?dengan bahasa pasar.bukan dengki dengan rezeki dia dapat macam-macam cuma part memartabatkan bahsa mcm tak proper la.
Quote skinsandstars 20-4-2021 10:58 AM
Kezzahhhhh. omg kenapa perempuan ni boleh famous? hari tu tengok IG dia, rengsa sungguh. itulah sekali je, pertama dan terakhir i tengok.
Quote coco 20-4-2021 11:01 AM
apsal nak popularkan minah ni.    merengsa tengok dia punya gedik yang kadang2 nampak kurang ajar pun ye.   

tolong la rakyat malaysia ni,  asalkan korea je nak di sanjung2,   dah la kejap pakai tudung kejap tidak.... ko ikut ajaran mana .... laki ko tak tegur ke.   buat mualaf lain confuse je.   

ke laki dia ikut ajaran retis yang hanya bertudung di bulan puasa....
Quote adeqbun 20-4-2021 11:08 AM
MissVixen replied at 20-4-2021 06:01 AM
Siapa perempuan ni? Kenapa dia ada di mana2? Apa fungsi dia dalam rancangan tu?

xphm aku apekes kapel sgkak ni glemer sgt..bm pon hANCUR..klo mcm matdan tu ade gak la aset spiking ganu die tu
Quote exclusive_vvip 20-4-2021 11:18 AM
laki dia pun mcm batak je dpt bini korea
Quote ezacbee 20-4-2021 11:20 AM
Tahun lepas tgk ok je couple ni..
Skang ni dorang cam
Quote jiwarasa 20-4-2021 11:49 AM
AshkieLa: kenapa orang glamer kan dia ni..tak paham aku..mudah sangat nak popularkan org yg ntah mana datang...dahla aku rengsa cara dia cakap BM tu.. mcm lebih ...


Asalnya dorang ni suka2 je kot kongsi kisah kat insta.lepas tu ramai follow sebab rasa lucu dorang ni.lucu dengar maryam cakap bm dan selalu kena buli.tipu dengan laki dia.tp lama2 bosan plak tengok
Quote Johi 20-4-2021 02:25 PM
Edited by Johi at 20-4-2021 02:28 PM

Mula dulu laki dia rambut karat MCM poyo,lama2 nampak ok semulajadi alami, Time sakat bini tu bukan dibuat buat nampak real
Quote edoraixora 20-4-2021 02:29 PM
apa benda lah hyppe sangat pasal perempuan nih?
Quote wikedsaikel 20-4-2021 02:37 PM
Nak tanya takut. Korea kan terkenal dgn surgeri plastik err dia ni ada buat tak agaknya? Aku pon kalau duduk aku nk buat gak. Nak double eyelids
Quote wikedsaikel 20-4-2021 02:38 PM
234126 replied at 20-4-2021 05:06 AM
Sibuk nye la AC nak komen badan orang. Takda benda lain nak tanya?

Ke memang dah tahu hurmm
Quote snowater 20-4-2021 04:07 PM
Untunglaa jadi org korea duk kat malaysia..muka tak cantik level pelakon korea pon dh kene sanjung, gedik pon x kene kecam..apelaa yg rg melayu nmpk dgn org korea ni ek..x paham aku
Quote 234126 20-4-2021 07:08 PM
wikedsaikel replied at 20-4-2021 02:38 PM
Ke memang dah tahu hurmm

iol pantang betul kalau jumpa orang pastu ckp eh dah gemuk la dah naik badan la dah debab la. Like takda komen lain utk  mulakan conversation?

iol biasa kena dgn makcik-makcik kalau balik kampung lama tak jumpa. iol jawap selamba je ‘eh sama laa, aunty pun mcm dah gemuk sikit’ baru tersentap masing2 kohkohkoh
Quote sofinamini 22-4-2021 02:02 PM
ac komen badan maryam nie besar ke apa ? biadapnya ko ac . kau tak tengok bini sendiri ke
Quote LadyCarefree 24-4-2021 04:21 AM
coco replied at 20-4-2021 10:01 AM
apsal nak popularkan minah ni.    merengsa tengok dia punya gedik yang kadang2 nampak kurang ajar pu ...

Khenzssssss. Pelik pelik meleis batak retis ni menyanjung orang macam ni.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051394 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top