CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Ajak Peminat Ingat Kematian

19-4-2021 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1933| Komen: 1

Description: Usia muda dan tubuh badan kuat bukan jaminan untuk sihat selama-lamanya. Selagi bergelar hamba-Nya, pasti hidup akan berakhir dengan kematian, cuma tidak tahu bila ajal menjemput.
Usia muda dan tubuh badan kuat bukan jaminan untuk sihat selama-lamanya. Selagi bergelar hamba-Nya, pasti hidup akan berakhir dengan kematian, cuma tidak tahu bila ajal menjemput.


Sebagai anak seni, penyanyi Khai Bahar, 27, mahu mengajak peminat dan masyarakat mengingati kematian menerusi lagu yang didendangkan.

Justeru, lagu berjudul Perpisahan yang dimuatkan dalam album terbaharu, Damba Ketenangan bersifat lagu ketuhanan mengenai kematian.


Foto: IG
"Kenapa judulnya perpisahan? Sebab saya nak kita sentiasa ingat mengenai kematian. Bukan sahaja saya yang menyanyikan lagu ini, tetapi semua orang tanpa mengira usia, pangkat, darjat, kedudukan atau status.

"Sebagai manusia pengakhiran kita tetap sama iaitu kematian. Cuma, bila dan bagaimana hanya Allah sahaja yang tahu. Disebabkan itu, lagu ini memberi peringatan kepada kita. Dalam masa yang sama, ia sesuai menyambut bulan Ramadan," katanya kepada BH Online.

Malah, kata Khai, album Damba Ketenangan terhasil sebagai merealisasikan impian pengurus, Allahyarham Fadly Yusof yang pernah menguruskan kerjaya seninya.

Allahyarham meninggal dunia September, tahun lalu akibat kegagalan jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang di Unit Rawatan Rapi (ICU) di pusat perubatan swasta di Batu Pahat, Johor.



"Saya gembira dan dalam masa sama, sedih kerana album yang diimpikan arwah akhirnya dapat dihasilkan. Cuma, dia tidak dapat menyaksikannya.

"Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah terus mencucuri rahmat ke atasnya," katanya.

Album fizikal terbitan 17 Eleven Music itu memuatkan lima zikir dan lagu Perpisahan, ciptaan Rudy Nastia, Shamin Nazri dan Adi Pawana.

Lima zikir yang dimuatkan adalah Hasbi Rabbi Wa Nabiy, Astaghfirullah, Hasbunallah, La Ilaha Illallah dan Ya Zal Jalali Wal Ikram.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, album kolaborasi bersama Adi Pawana itu sudah lama dirancang dipasarkan pada Ramadan, tahun ini.

Berkongsi cabaran mengalunkan zikir dalam album, jejaka kelahiran Perlis itu berkata, dia perlu berhati-hati dalam setiap sebutan.



"Cabarannya, masalah sebutan dengan makhraj yang betul. Ini kerana salah sebut boleh jadi lain maksudnya. Disebabkan itulah, saya kena berhati-hati.

"Alhamdulillah, saya banyak dibantu oleh Adi Pawana sepanjang proses rakaman. Beliau juga memantau sebutan saya.

"Sebelum ini, saya menyanyi lagu Melayu, tetapi apabila membabitkan sebutan Arab, saya ambil masa hendak rakam kerana tanda bacaan kena betul," ujarnya.

Belum dilancarkan, album itu sudah pun habis dijual sebanyak 500 unit dalam masa tiga hari.



"Sebelum dilancarkan secara rasmi, syarikat penerbitan buka pra-tempahan terlebih dahulu pada hari pertama sebanyak 100 unit dan habis terjual. Hari kedua juga sama, namun hari ketiga ditambah 200 unit turut habis dijual.

"Album zikir Damba Ketenangan itu boleh dibeli melalui platform Shopee," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 19-4-2021 03:54 PM
Yelah khairina

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.104967 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top