CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Nak Cerai, Isteri Takut Lipas Ajak Pindah Rumah Sampai 18 Kali

19-4-2021 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2341| Komen: 7

Description: New Delhi: Fobia dengan lipas menyebabkan seorang wanita di Madhya Pradesh, India, memaksa suaminya berpindah rumah sebanyak 18 kali dalam tempoh tiga tahun.
New Delhi: Fobia dengan lipas menyebabkan seorang wanita di Madhya Pradesh, India, memaksa suaminya berpindah rumah sebanyak 18 kali dalam tempoh tiga tahun.

Tindakan itu juga memberi tekanan kepada suaminya yang kemudian berhasrat untuk bercerai.

Sejak berkahwin pada 2017, pasangan itu berpindah buat pertama kali setahun kemudian.

Setiap kali berpindah, si isteri akan memastikan rumah didiami bebas serangga itu.

Gambar Hiasan

Namun, sekiranya didapati ada lipas ditemui, si isteri akan memaksa suaminya mencari rumah baharu.

'Rahsia' isterinya yang takutkan lipas itu diketahui selepas berkahwin apabila melihat wanita itu bertempiaran lari keluar rumah selepas melihat lipas.


Disebabkan takut, si isteri enggan untuk kembali ke dapur kerana bimbang akan terserempak lagi dengan serangga berkenaan.

Jeritan kuat wanita itu juga menyebabkan jiran tetangga menjadi ketakutan.

Difahamkan, si suami sudah membawa isterinya mendapatkan rawatan psikologi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, wanita itu enggan makan ubat yang diberikan doktor.

Tindakan si suami menyebabkan wanita itu berang kerana beranggapan dia dianggap tidak waras sehingga perlu makan pelbagai ubat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iminidin 19-4-2021 04:23 PM
cerai ja..

fobia ni penyakit mental.. kalau x tahan.. jenuh la..
baru kawen 3 tahun ja..

takkan nk tggu sampai belas2 tahun kawen baru nak cerai?
Quote salmon-suki 19-4-2021 10:06 PM
Ai pernah kena serang ngn lipas time tido..dia naik atas bdn ai,jalan2..pstu ai tepis..eh ehhh.. sekali lagi dia naik,terus ai amek n hempas kt dinding..tp dia cuba lg skali nak serang ai,ai amek selipar,nak pukul dia,elok terus u-turn pegi mana..terus ai pegi mndi haa,lipas kan busuk,ai pn dah pegang guna tangan..jijik yee..

Setakat ni, Alhamdulillah laa..nmpk lipas ai boleh lg laa..ai cuma fobia ngn ulat or cacing..y tu boleh buat ai sakit the whole body..rasanya diwarisi drpd nenek kot..tgk je benda2 tu,nti malam tido,mimpi ngeri laa jawabnya
Quote Carcosa 19-4-2021 10:27 PM
MEREMANGGGGGGG segala bulu meols tgk gambar dia atas yaaaaaaccchhhh
Me'ols fahammm perasaan achi tu ye. Me'ols mmg mampos takutkan makhluk perosak tu
Sanggup tido hotel, kalau nampak satu ekor kat rumah.
Bau ubat gegat pada meols, adalah menyamankan, sbb ianya boleh protect meols drpd makhluk syaitan itu
Quote Punat_button 19-4-2021 10:51 PM
thread aku dah bukak 4 hari lepas

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ;page=1#pid72520613

cuba lagi


Quote gideoncross 19-4-2021 10:54 PM
salmon-suki replied at 19-4-2021 10:06 PM
Ai pernah kena serang ngn lipas time tido..dia naik atas bdn ai,jalan2..pstu ai tepis..eh ehhh.. sek ...

Iol geli kat lipas klau bnda ni hidup, lgi2 klau dia tngh jln laju2 tu tpi klau dh mati, iol ok skit.
Quote salmon-suki 19-4-2021 11:06 PM
gideoncross replied at 19-4-2021 10:54 PM
Iol geli kat lipas klau bnda ni hidup, lgi2 klau dia tngh jln laju2 tu tpi klau dh mati, iol ok sk ...

Ai ok,asalkn bkn ulat/cacing..y tu mmg ai lari lah..pacat lg satu..mmg kenot..haha..lipas ni asalkn dia xterbang,ok lg laa..kalau terbang,ai jaga muka ai laa..xnk bg hinggap..hihihi
Quote ipes2 20-4-2021 01:44 AM
thread dah ada la puan @admin6

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069222 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top