CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ulama tersohor dunia, Yusuf Al-Qaradawi positif Covid-19

19-4-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3164| Komen: 11|Original author: piao

Description: Yusof Al-Qaradawi berada dalam keadaan sihat dan memohon pengikutnya untuk mendoakan kesihatannya. -AFP Yusuf Al-Qaradawi positif Covid-19 QATAR-Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan ...

Yusof Al-Qaradawi berada dalam keadaan sihat dan memohon pengikutnya untuk mendoakan kesihatannya. -AFP

Yusuf Al-Qaradawi positif Covid-19

QATAR-Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi disahkan positif Covid-19, lapor Arab News semalam.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

“Sheikh Al-Qaradawi telah dijangkiti Covid-19 dan syukur kini dalam keadaan baik.

“Beliau ketika ini sedang menerima penjagaan kesihatan dan memohon pengikut untuk mendoakan kesihatannya,” demikian tulis akaun Twitter tersebut.

Anak lelakinya, Abdul-Rahman Al-Qadarawi turut mengesahkan perkara itu menerusi Twitternya serta memaklumkan bapanya itu sudah menerima suntikan vaksin sebelum ini.

Al-Qaradawi, 94, merupakan pemimpin agung Muslim Brotherhood, ketua majlis fatwa dan penyelidikan Eropah serta merupakan pengasas IslamOnline.net. -Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rahah 18-4-2021 12:48 PM
Semoga sembuh Dr... semoga panjang umur...
Quote supernaturalee 18-4-2021 02:04 PM
Baya2 tun m



Quote capiloton 18-4-2021 02:18 PM
ini la lobai yang keluarkan fatwa gelatin babi dalam beksin adalah halal

dan fatwa beliau jadi bahan rujukan lobai2 dalam kerajaan,
dan di terima atas dasar maqosid syariah

moga tidak termasuk dalam golongan manosia2 yang akan di halau oleh Nabi di telaga al-kautsar.


https://www.astroawani.com/berit ... halal-be-used-37456



Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku adalah pendahulu kalian menuju telaga. Siapa saja yang melewatinya, pasti akan meminumnya. Dan sesiapa meminumnya, nescaya tidak akan haus selamanya. Nanti akan datang beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku, namun mereka terhalang dari menemui diriku.” (HR Bukhari, no. 6528 dan Muslim, no. 4243)

Dalam satu hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda: “Aku berkata: “Mereka termasuk umatku!” Namun muncul jawaban: “Engkau tidak mengetahui perkara yang mereka ada-adakan selepas sepeninggalmu.” Aku pun berkata: “Pergi dari sini, Pergi dari sini, bagi orang yang mengubah (ajaran agama) setelahku.” (HR Bukhari, no. 6097)


Quote chinta89 18-4-2021 02:19 PM
Semoga cepat sembuh
Quote Trumpettt 18-4-2021 04:09 PM
Get well soon..
Quote jazaa100 18-4-2021 04:22 PM
capiloton replied at 18-4-2021 02:18 PM
ini la lobai yang keluarkan fatwa gelatin babi dalam beksin adalah halal

dan fatwa beliau jadi ...

pendapat dia bro.....

kenajisan babi ni byk pendapat dari ulama....ada yg berpendapat klu zat tu dah bertukar, tak pe.....lemak atau daging babi dah bertukar jd gelatine, dorang berpendapat blh je mkn.....

tapi klu zat tu masih sama dgn babi....ada muncung muncung 3 tu...har, tu tak blh.....
Quote Knowlee 18-4-2021 04:55 PM
94 dah umur dia...
Quote ashilalat 19-4-2021 08:40 AM
capiloton replied at 18-4-2021 02:18 PM
ini la lobai yang keluarkan fatwa gelatin babi dalam beksin adalah halal

dan fatwa beliau jadi ...

Nape nak complicated kan idop?
Quote Purplehag 30-4-2021 06:17 PM
jazaa100: pendapat dia bro.....kenajisan babi ni byk pendapat dari ulama....ada yg berpendapat klu zat tu dah bertukar, tak pe.....lemak atau daging babi dah be ...

{:teatime
Quote Purplehag 30-4-2021 06:19 PM
Betul lah.. Kita yang kurang ilmu tak payah lah komen. Kalau galah panjang sejengkal...
Quote Purplehag 30-4-2021 06:20 PM
Dah tk boleh komen ke ni.. Pelik..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058987 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top