CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Adegan Baling Botol Kaca Di Restoran Selepas Ejek-mengejek

19-4-2021 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3296| Komen: 16

Description: Perbuatan ejek-mengejek antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran makanan berakhir dengan kecederaan selepas berlaku adengan membaling botol kaca sesama mereka.
Perbuatan ejek-mengejek antara dua kumpulan lelaki di sebuah restoran makanan berakhir dengan kecederaan selepas berlaku adegan membaling botol kaca sesama mereka.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi semalam, di sebuah restoran yang terletak di Rawang.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian tercetus semasa mangsa yang berusia 29 tahun sedang minum bersama rakan-rakan di sebuah restoran.


Kredit foto: MalaysiaGazette

Ketika itu telah berlaku perselisihan faham dengan sekumpulan lelaki lain akibat tindakan ejek-mengejek antara mereka.

Katanya, keadaan menjadi kecoh apabila kumpulan lelaki tersebut bertindak membaling botol kaca yang berada di atas meja ke arah pengadu dan rakan-rakan.

”Mangsa dan rakan-rakan turut membaling botol kaca ke arah kumpulan tersebut, yang kemudian berlaku pergelutan antara mereka.


“Bagaimanapun mangsa telah mengajak rakan-rakannya untuk beredar sebelum pergaduhan menjadi lebih buruk,” katanya.

Akibat kejadian itu mangsa cedera ringan di bahagian tangan sebelah kiri dan dada.

Bertindak atas laporan polis yang dibuat mangsa, polis Gombak berjaya mengesan dan menangkap lapan lelaki tempatan berumur antara 23 – 29 tahun bagi membantu siasatan.

Kesemua suspek itu ditahan hari ini antara 1.30 tengahari hingga 8.30 malam tadi. Empat suspek ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk memberi keterangan manakala empat lagi menyerah diri.

Katanya, beberapa suspek lagi sedang diburu polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 19-4-2021 08:54 AM
kaleng ke?......
Quote miznora 19-4-2021 09:09 AM
Ejek pasal apa tu?

Aku ingat budak2 sekolah aku je suka main ejek2 rupanya sampai ke besar ada perangai macam ni
Quote September14 19-4-2021 09:11 AM
Ejek mak ko hijau
Quote no_fear 19-4-2021 09:14 AM
Pukul 1 pagi restoran masih buka ye? Ingat smpi pukul 12 mlm je
Quote RinIna 19-4-2021 09:25 AM
no_fear replied at 19-4-2021 09:14 AM
Pukul 1 pagi restoran masih buka ye? Ingat smpi pukul 12 mlm je

Kalau x silap rasanya start bulan puasa bukak smp jam 6 pagi...
Quote little_sis 19-4-2021 09:29 AM
Mcm bebudakkk..
Quote no_fear 19-4-2021 09:39 AM
RinIna replied at 19-4-2021 09:25 AM
Kalau x silap rasanya start bulan puasa bukak smp jam 6 pagi...

Oh ye? Tertinggal ketapi aku.. tq u
Quote green~tea 19-4-2021 09:42 AM
@stingerxmas manak dah ada yang baling botol kat you belum?
Quote Adrif 19-4-2021 09:43 AM
uik, sape tu? wan tengah lepak la.. jum jum

"WAN WAN! WAN KOWAN!
WAN BERAK DALAM CAWAN!"

*baling botol*

mungkin
Quote elnor_81 19-4-2021 10:27 AM
miznora: Ejek pasal apa tu?Aku ingat budak2 sekolah aku je suka main ejek2 rupanya sampai ke besar ada perangai macam ni


Ko jgn xtau..org tua lg buruk pangai ok. Kt skolah aku, aku sorg setazah ni, mmg x sebulu ngan aku. Siap asal jumpa org lain, dia ckp..'ko jgn kwn ngan si E (aku la tu). Dia jahat mulut!'. Kemahen lg dia. Pdhal aku x kaco pun hidup dia.. dia tu koya kata aku ngate ke dia. Mcm bdk2 kecik kan. Klako btul! Aku gelak je dgr org cte ke aku
Quote R2D2 19-4-2021 10:35 AM
Quote MissVixen 19-4-2021 10:40 AM
Umur dah 29, perangai kanak2 ribena
Quote Supersirap 21-4-2021 11:40 PM
Apa punya pendek akal fikiran lah mereka ni, menyusahkan diri sendiri dan keluarga masing-masing
Quote notM 21-4-2021 11:53 PM
Lelaki Asia lambat Matang...diorg ni layak kahwin umur 40 tahun
Quote ikanmasin 22-4-2021 01:45 AM
astagaaa ..itulah kalau ddk ramai2..ada jer memasing tunjuk taring..cr penyakit btl
Quote dudaberhias 22-4-2021 02:02 AM
pari pari ler tu...
iols boleh nampak dia punya tongkat sakti dari baca berita je...

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.070428 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top