CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 2,000 dijangkiti COVID-19 di Sungai Ganges, seorang ketua agama Hindu meninggal dunia

19-4-2021 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5433| Komen: 32

Description: NEW DELHI: Seorang ketua agama Hindu meninggal dunia akibat COVID-19, manakala 80 yang lain disahkan positif selepas menyertai festival Kumbh Mela yang turut dihadiri jutaan individu lain.



NEW DELHI: Seorang ketua agama Hindu meninggal dunia akibat COVID-19, manakala 80 yang lain disahkan positif selepas menyertai festival Kumbh Mela yang turut dihadiri jutaan individu lain.

Pengumuman berkenaan dibuat pihak berkuasa Haridwar di Uttarakhand selepas India merekodkan lebih 217,000 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 India kini melebihi dua juta sejak awal bulan ini.

Festival Kumbh Mela menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pakar kesihatan yang menyifatkannya boleh menjadi perebak utama ketika peserta pulang ke kediaman masing-masing di seluruh India.

Perhimpunan yang berlangsung di tebing Sungai Ganges itu berlangsung setiap 12 tahun, dan menarik penyertaan sehingga 25 juta individu ke lokasi berkenaan sejak Januari.


Pada minggu ini saja, seramai 4.6 juta individu mengunjungi lokasi berkenaan.

Sebahagian besar peserta mengingkari arahan pemakaian pelitup muka.

Pegawai festival, Harbeer Singh, berkata seramai 2,000 individu disahkan positif hasil ujian rambang dilakukan pada festival berkenaan.

"Kami mengambil langkah berjaga-jaga dan meminta orang ramai menjaga jarak fizikal," katanya.

Menurutnya, lebih 25,000 penganut Hindu masih melawat lokasi berkenaan setiap hari dan mereka menjangkakan dua hingga tiga juta lagi akan tiba pada acara mandi utama pada 27 April nanti sebelum festival itu berakhir.

Kerajaan negeri Uttarakhand menarik larangan perhimpunan dengan had 200 peserta.

Ketua Menterinya, Tirath Singh Rawat pada awal April berkata, peserta acara itu tidak akan diganggu berhubung larangan COVID-19.

Beliau kemudiannya disahkan positif COVID-19. - AFP



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakjiran 19-4-2021 04:18 PM
sahih ke meninggal sebab covid.. kalau dah ambil vaksin mesti kata sebab penyakit kronik
Quote LadyCarefree 19-4-2021 05:25 PM
Apsal blur? Nampak konek itam ke?
Quote riyadhK 19-4-2021 06:21 PM
LadyCarefree replied at 19-4-2021 05:25 PM
Apsal blur? Nampak konek itam ke?

Memang dorang telanjang bulat jah sistur. Kalau Google pastikan ada klorox Siap2 senang nak basuh mata lepas tengok. Hahahahahahaha.
Quote glump 19-4-2021 08:31 PM
Ain sungai tu bersih ke..bukan mayat yg dibakar pun dihanyutkan di sungai itu..
Quote dudaberhias 19-4-2021 08:36 PM
Tengok gambar pun dah boleh bau macam2 kat situ, bau colok, bau ikan masin, bau belacan, bau kari, bau bawang merah, bau daging harimau kentut, bau perfume DSV, bau ketiak ratu cantik, bau masala. Tinggal nak panaskan periuk je tumis darat. Rasanya air kat situ pun dah siap boleh tuang dalam cawan, rasa Tuak gred C.
Quote anony-mous 19-4-2021 09:47 PM
riyadhK replied at 19-4-2021 06:21 PM
Memang dorang telanjang bulat jah sistur. Kalau Google pastikan ada klorox Siap2 senang nak basuh  ...

Uols tlg tgk kan senak ke idok? I amaze dgn bdn heols 6packs herlokss
Quote Dwdrum 19-4-2021 09:49 PM
Mahu syahid cara agama depa biarkan
Quote syaz_lina 19-4-2021 09:51 PM
Apa la sgt 2000 tu berbanding 1billion rakyat depa
Quote Rapz 19-4-2021 09:55 PM
Air sungai ganges nie kotor lagipun kat situ tpt pembuangan abu mayat....geli nya
Quote salmon-suki 19-4-2021 10:00 PM
Xsempat minum air kencing lembu ke?
Quote LadyCarefree 19-4-2021 10:37 PM
riyadhK replied at 19-4-2021 05:21 PM
Memang dorang telanjang bulat jah sistur. Kalau Google pastikan ada klorox Siap2 senang nak basuh  ...

Sama macam mandi ais kat rusia tu ya
Quote LadyCarefree 19-4-2021 10:38 PM
glump replied at 19-4-2021 07:31 PM
Ain sungai tu bersih ke..bukan mayat yg dibakar pun dihanyutkan di sungai itu..

Taik sampah segala pun kan
Quote epuepy 19-4-2021 10:47 PM
anony-mous replied at 19-4-2021 09:47 PM
Uols tlg tgk kan senak ke idok? I amaze dgn bdn heols 6packs herlokss

Hahahah. Terus aku scroll balik gamba tu lepas ko mention 6 packs. Yup. Herloks sgggt 6 packs nye itew. Tp tang muka, sila kaburkan.
Quote Aikiko 19-4-2021 11:16 PM
Atuk yg depa tangan tuh xbleh blah gambornye
Quote HappyGumbira 20-4-2021 12:16 AM
epuepy replied at 19-4-2021 10:47 PM
Hahahah. Terus aku scroll balik gamba tu lepas ko mention 6 packs. Yup. Herloks sgggt 6 packs nye  ...

hahhaha sep.. sama la terus scroll naik atas.
Quote nakkomenjugak 20-4-2021 12:25 AM
Ewww mandi2 kat sungai buang mayat
Quote tipah89 20-4-2021 09:52 AM
gelinya... tempat buang abu mayat, najis pun selera lagi depa dok berkubang.
Quote pyropura 20-4-2021 09:56 AM
glump replied at 19-4-2021 08:31 PM
Ain sungai tu bersih ke..bukan mayat yg dibakar pun dihanyutkan di sungai itu..

Airnya mengalir, dan melebihi 2 kolah. Confirm suci.
Quote Trumpettt 20-4-2021 09:56 AM
Tertengok gambar ni online tanpa sensor,  loya tekak terurama international news provider..haiyooo yooo..tarak kasi bersih

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.052439 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top