CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sembilan RemajaTerlibat ‘Perang Kain Sarung’ Ditahan

20-4-2021 04:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2920| Komen: 6

Description: Polis menahan sembilan remaja di daerah Cianjur, Jawa Barat selepas mereka didakwa terlibat dalam ‘perang kain sarung’.
Polis menahan sembilan remaja di daerah Cianjur, Jawa Barat selepas mereka didakwa terlibat dalam ‘perang kain sarung’.

Lapor Kompas.com, polis turut merampas lima buah motosikal dan dua kain sarung yang sudah diubah suai dengan satu daripadanya menyerupai cemeti.


Ketua Polis Cianjur, Ahmad Suprijatna berkata, kesemua remaja yang berusia antara 14 hingga 18 tahun itu ditahan ketika ingin memulakan ‘peperangan’.


Kain sarung yang dirampas selepas sembilan remaja ditahan kerana terlibat dalam perang kain sarung di Cianjur, Jawa Barat. - AGENSI

“Kesemua remaja itu diserahkan kepada ibu bapa masing-masing kerana mereka masih di bawah umur.

“Sehingga kini, sebanyak tiga kejadian perang kain sarung dilaporkan sejak Ramadan bermula,” katanya.

Jelas Ahmad, perang kain sarung itu merupakan tradisi untuk golongan kanak-kanak bermain ketika bulan puasa.


Namun, tradisi itu dilihat semakin berbahaya apabila ada pihak mengubah suai kain sarung dengan niat mendatangkan kecederaan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

[youtube]Xw38_Br4-e4[/youtube]

masa aku kecik dulu, benda paling bahaya nak main baling selipar je.
mula2 attack selipar. lama2 attack orang. dah la selipar jepun, tebal, berat. sakit bodo
balik rumah lebam sana-sini, menangis-nangis.

besok jumpa main lagi. tak serik, hahaha
Quote ninja9 20-4-2021 09:48 AM
Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

ini mcm bagus untuk latihan pergerakan tubuh dan melatih strategi tapi senang pulak nak gaduh
Quote BeskotCekelat 20-4-2021 09:57 AM
Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

Selipar Tat Sing paling hazab...
Quote taji2906 20-4-2021 10:21 AM
aku ingat mcm citer tarung sarung tu
Quote zorrro_03 20-4-2021 11:26 AM
Adrif replied at 20-4-2021 07:00 AM
gigih aku google nak tau ape ke mende perang kain sarung ni

hahaaaa.  ada sekali tu baling selipar termasuk dalam mulut member.  berbirat mulut kawan tu sampai raya 6.  
Quote Supersirap 21-4-2021 11:37 PM
Kreatif juga mereka ni, tapi disalah gunakan ke atas kreativiti yang ada

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.046029 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top