CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki OKU Diculik, Dipaksa Mabuk, Dikunci Dalam Keranda Dan Dibakar

14-4-2021 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4641| Komen: 22

Description: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) diculik, dipaksa minum alkohol dan dibunuh sebelum 'dikunci' di dalam keranda bagi membolehkan sebuah keluarga kaya di China membakar mayatnya bagi menggantikan ...
Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) diculik, dipaksa minum alkohol dan dibunuh sebelum 'dikunci' di dalam keranda bagi membolehkan sebuah keluarga kaya di China membakar mayatnya bagi menggantikan saudara mereka yang baru sahaja meninggal dunia.


Keluarga Huang dikatakan telah membayar 107,000 yuan (AS$16,300) untuk mayat pengganti tersebut bagi memenuhi permintaan 'si mati' untuk adakan upacara pengebumian secara tradisional di bandar Shanwei.

Bandar Shanwei telah mewajibkan proses membakar mayat sejak 2012 akibat tanah perkuburan yang tidak mencukupi.


Kredit foto: Awani

Namun permintaan itu tidak disenangi keluarga Huang.

Mereka kemudian mengupah pembunuh upahan untuk mencari mayat pengganti bagi upacara pengebumian tradisional tersebut sementara mereka menaman ahli keluarga mereka secara rahsia di lokasi lain, lapor portal berita Newsweek.

Menurut dokumen mahkamah, tertuduh menculik Lin, 36, yang sedang mengumpul botol di tepi jalan untuk dijual.

Mangsa kemudian dipaksa minum alkohol sehingga pengsan dan dibunuh sebelum dimasukkan ke dalam keranda.

Tertuduh berjaya ditahan polis selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Lin diculik dan dikenakan hukuman mati mandatori selepas didapati bersalah.

Rayuan terhadap kes berkenaan turut ditolak oleh Mahkamah Guandong. Keluarga Huang diarah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sebanyak 70,000 yuan (AS$10,700). -CARI

Sumber: Awani


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-4-2021 12:26 PM
Ya Allah.. Kesiannya..
Quote eizarz 14-4-2021 12:29 PM
70000 yuan...murah sgt ganti rugi nya
Quote Scheherazade 14-4-2021 12:32 PM
Kejinya keluarga Huang ni. Kesian OKU tu, x psl2 jd mangsa.
Quote lavendernovella 14-4-2021 12:40 PM
Bukan negara China tu seluas2nya ka, sampai takder tanah nak tanam?

Rasanya ni lebih kepada bisnes pengkebumian.
Quote redz85 14-4-2021 12:44 PM
kasi hukum yang sama.. masuk kan dalam keranda.. beza nya jangan kasi mabuk dan bunuh,, bakar hidup hidup keluarga Huang tu
Quote chinta89 14-4-2021 12:48 PM
kenapa keji dan kejam sgt niiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote tipah89 14-4-2021 01:46 PM
ko xnak bako mayat family ko, ko pi mayatkan org lain pulak utk dibako. sadisnya
Quote dua_chzy 14-4-2021 01:50 PM
Semoga seluruh keturunan Huang dan penculik cash kena bakar hidup2 di dunia seperti terbakar dalam kemalangan ka. Ini bukan manusia. Ini mahkluk bangsat hina.
Quote rosasen 14-4-2021 02:36 PM
biar betul dah xde tanah
Quote shark_eow7 14-4-2021 03:36 PM
sial betul perangai. .
Quote Jitu 14-4-2021 04:17 PM
teruknya


Quote any42 14-4-2021 04:30 PM
Jahatnya !!
Quote darkness 14-4-2021 04:37 PM
Setan bertopengkan manusia
Quote epuepy 14-4-2021 05:24 PM
Hareee..  Hilang pahala poasa aku baca news ni ngn bapak rogol anak oku tadi.
Quote Suchi 14-4-2021 08:43 PM
Allah, siannya mangsa kenapa sampai gitu sekali? Depa tanak bakar sbb apa ye aritu ada yg jelaskan apa beza kena bako ngn kubo tempat mahal tu tp iols dah lupa dah.
Biasa depa mmg tanak bakar sanggup bayo mahal2 tu upacara pengkebumian tu.
Quote Carcosa 14-4-2021 10:48 PM
Eh gilalah Kejam sgt ni Smp kesitu keluarga si Huang ni bertindak
Quote Belibis 15-4-2021 12:58 AM
eizarz: 70000 yuan...murah sgt ganti rugi nya

Sekurang2nya ada ganti rugi..sini mana ada..
Quote Decaffeinated 15-4-2021 08:00 AM
Wartawan cari pun fail kefahaman atau fail menulis?

Pengkebumian tradisional tu yg tanam tu lah. Bakar tu yang syarat baru yg family ni tak setuju.
Quote Decaffeinated 15-4-2021 08:03 AM
epuepy replied at 14-4-2021 05:24 PM
Hareee..  Hilang pahala poasa aku baca news ni ngn bapak rogol anak oku tadi.

Kalau ko merujuk pada kes pekerja kedai basikal tu dia bukan rogol anak dia.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051803 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top