CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawi Jelaskan Sebab Pilih Zarina Anjoulie

14-4-2021 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10897| Komen: 26

Description: Penyanyi, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kini telah melibatkan diri dalam dunia pengarahan filem di industri hiburan tanah air.
Penyanyi, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi kini telah melibatkan diri dalam dunia pengarahan filem di industri hiburan tanah air.

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini pada masa sama memaklumkan , dia baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem keduanya berjudul Hantu Kuat Ketawa.



Foto: IG

“Saya baru sahaja habis jalani pengambaran filem berjudul Hantu Kuat Ketawa. Saya menjadi pengarah dan penulis skrip untuk filem ini.

“Empat pelakon utama dalam filem ini iaitu Saiful Apek, Syanie, Along Cham dan juga Zarina Anjoulie. Alhamdulillah semuanya dapat berikan komitmen dengan baik sepanjang penggambaran,” katanya.


Melihat kepada senarai pelakon filem berkenaan, pasti ramai yang ingin tahu mengapa bintang ini mengambil pelakon sensasi, Zarina Anjoulie.

“Saya pilih Anjou sebab dia dah lama tak berlakon dan saya pun memang baik dengan dia. Jadi saya tawarkan pada dia. Selepas itu dia tengok pada skrip filem itu, dia pun suka,” katanya.

Dia juga tidak menolak penglibatan Zarina yang kembali dalam dunia lakonan sebagai antara strategi untuk menarik minat penonton untuk menonton filem arahan terbarunya itu.



“Sejujurnya, saya ada juga terfikir perkara macam tu. Yelah orang buat filem mesti nak ada benda yang boleh diperkatakan.

“Contoh macam saya ambil Saiful Apek dengan Syanie, mereka dah lama tak digandingkan bersama jadi saya rasa mesti ramai peminat yang merindui.

“Sama jua dengan Anjou sebab dia dah lama tak berlakon dan saya pasti penonton merindui untuk menonton lakonan Anjou,” katanya lagi.


Menurut Mawi, filem Hantu Kuat Ketawa ini dijangka bakal menemui penonton di saluran Astro First, pada Jun hadapan.

Sebelum ini, anak kelahiran Felda Kulai Johor ini mula melibatkan diri dalam dunia pengarahan dan perfileman menerusi filem pertamanya yang berjudul, Tiada Tajuk pada tahun 2019. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 14-4-2021 12:04 PM
patutnya ambil ina bungee baru disebut2 sohai. pastu viral. femes la movie ko. movie ko sebelum ni pun x berapa nak up kan.
Quote friedfishsoup 14-4-2021 12:12 PM
Thread Mawi = Aimy disebut2
Quote harkktuih 14-4-2021 12:19 PM
“Sama jua dengan Anjou sebab dia dah lama tak berlakon dan saya pasti penonton merindui untuk menonton lakonan Anjou,” katanya lagi.


sapa yg merindui lakonan dia?
Quote becir 14-4-2021 12:28 PM
Bapak anju ni bangsa apa..
Quote adaakukesah 14-4-2021 12:59 PM
becir replied at 14-4-2021 12:28 PM
Bapak anju ni bangsa apa..

Sebelum ni Anju cakap mix persian scottish bagai. Ingat mix jauh. Tapi trngok bapak dia memang tak macam mlayu. Foreigner la kot
Quote tipah89 14-4-2021 01:25 PM
sendunya thread.
Quote kucingitam 14-4-2021 01:29 PM
filem mawi -tiada tajuk tu best juga... terbahak2 gelak.
Quote She-Ra 14-4-2021 01:35 PM
kucingitam replied at 14-4-2021 01:29 PM
filem mawi -tiada tajuk tu best juga... terbahak2 gelak.

betul
terhibur jeee
Quote sleepandream 14-4-2021 05:17 PM
filem mawi sebelum ni sooo underrated...
so iols akan tengok filem heols yang ni pulak
Quote Nico_Robin 14-4-2021 08:32 PM
sleepandream replied at 14-4-2021 05:17 PM
filem mawi sebelum ni sooo underrated...
so iols akan tengok filem heols yang ni pulak

Aah filem dia underrated.. Tp best
Quote dino 14-4-2021 10:34 PM
Nico_Robin replied at 14-4-2021 08:32 PM
Aah filem dia underrated.. Tp best

[youtube]CrNTRRXd3tY[/youtube]

ni sedutan sabili kat nurflix.. scène yg boleh aku relate.. sbb biasa mmg lari klau geng tabligh dtg haha
Quote hazzy0304 15-4-2021 12:45 PM
ok ... next !
Quote Brunes 15-4-2021 12:49 PM
ewww movie awak akan bakal sendu dengan adanya si juling tu
Quote ina_na 15-4-2021 01:08 PM
becir replied at 14-4-2021 12:28 PM
Bapak anju ni bangsa apa..

Bapak dia org Iran kalo x silap..
Quote missmarvolo 15-4-2021 02:30 PM
aduh. thread tak bergerak2. sendu menduuuuu
Quote hasniey 15-4-2021 06:13 PM
sfrnna replied at 14-4-2021 12:04 PM
patutnya ambil ina bungee baru disebut2 sohai. pastu viral. femes la movie ko. movie ko sebelum ni p ...

Mmg movie dia sendu tp best.utk santai2.gelak2 ok je.ai still terhibur
Dia xde modal kot nk promo sana sini.
Quote hasniey 15-4-2021 06:13 PM
Tp tulah tu....npe anju?silap2 time tayang anju ada kontroversi.. abes la movie trjejas kang
Quote HuoJingJue 15-4-2021 08:32 PM
becir replied at 14-4-2021 12:28 PM
Bapak anju ni bangsa apa..

bangsa polip..
Quote anony-mous 17-4-2021 12:25 AM
sfrnna: patutnya ambil ina bungee baru disebut2 sohai. pastu viral. femes la movie ko. movie ko sebelum ni pun x berapa nak up kan.


I sokong 100%. Takat anju ni aku boikot jah. Kalau heols ambik ina sohai, mmg i support {:laugh

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052467 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top