CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khidmat Kejut Sahur Guna Panggilan Telefon, Lelaki Ini Buat Percuma Je!

14-4-2021 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2481| Komen: 9

Description: Seorang lelaki dari Magelang Jawa Tengah menawarkan perkhidmatan 'jasa bangun sahur' menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan.
Seorang lelaki dari Magelang Jawa Tengah menawarkan perkhidmatan 'jasa bangun sahur' menerusi panggilan telefon sepanjang Ramadan.

Khoirul Anam melakukan demikian bermula Ramadan pertama dan promosi itu dimuat naik di Instagram @anam_chenel, lapor Tribunnews.


Perkhidmatan unik itu mendapat perhatian warganet dan Khoirul berjaya memperoleh seramai 11 pelanggan buat pertama kalinya.

Foto: anam_chenel

"Pada puasa pertama, ramai yang hubungi saya untuk bantu kejutkan bersahur. Anggaran dalam 11 orang.

"Bagaimanapun hanya tiga orang sahaja mengangkat telefon, selebihnya masih lena. Saya telah hubungi mereka sebanyak tiga kali, jika tidak bangun, saya hubungi orang lain," katanya.


Jelas Khoirul, perkhidmatan itu adalah percuma di seluruh Indonesia.

"Saya memang lakukan secara percuma, kalau mengenakan bayaran bimbang saya tertidur. Kalau percuma sama-sama tidak rugi.

"Saya akan hubungi mereka bermula jam 2 pagi hingga waktu Imsak dan ingin saya tegaskan, ia hanya dilaksanakan sepanjang Ramadan sahaja," ujarnya yang gembira kerana ramai memberi sokongan terhadapnya.

Pada Isnin, hebahan promosi perkhidmatan 'jasa bangun sahur' menjadi bualan hangat warganet yang disifatkan unik selain memudahkan golongan bujang bangun untuk bersahur bagi menjalani ibadah puasa. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 14-4-2021 01:42 PM
Memang unik service heolsz offer.
Quote chinta89 14-4-2021 01:50 PM
kat malaysia ni kalau buat opkoz viral siap masuk Motif Viral
Quote Scheherazade 14-4-2021 01:58 PM
Aku dah lama guna servis ni tp service provider nya mak aku lah
Quote rosasen 14-4-2021 02:34 PM
bagusnya kutip pahala
Quote Belibis 14-4-2021 05:34 PM
Kalau dah ada hp tu,baik ko setting timer jer lahhh.cukup masa dia berbunyi.
Quote gummiebear 14-4-2021 09:35 PM
Bagus betul.. dah la foc jah
Quote kaedahnya 14-4-2021 10:47 PM
dulu dia buat servis jadi pakwe menyamar ke hapa tah.
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:14 PM
2 pagi? Sana imsak pkl brp tu..
Quote mejaputih 17-5-2021 01:39 PM
Kat taman iols guard kul 4.40 pagi round motor setiqp l0rong sambil hon2. Hihi. Tq pakguard.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058271 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top