CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Dua Kali Tukar Agama, Marcell Kini Peluk Islam

14-4-2021 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5037| Komen: 19

Description: Bukan rahsia lagi bahawa penyanyi terkenal Indonesia, Marcell Siahaan sebelum ini pernah beberapa kali berpindah kepercayaan, khususnya agama.
Bukan rahsia lagi bahawa penyanyi terkenal Indonesia, Marcell Siahaan sebelum ini pernah beberapa kali berpindah kepercayaan, khususnya agama.

Terbaharu, penyanyi yang sinonim dengan imej berkepala botak itu mengakui telah mencapai titik akhir pencarian rohaninya selepas memutuskan untuk memeluk agama Islam, sekali gus menjadi mualaf.


Alasan penyanyi berusia 44 tahun itu ternyata sederhana. Marcell mendakwa, dia menemui ketenangan dalam agama baharu yang dianutinya iaitu Islam.


Kredit foto: Kosmo

“Saya berasa tenang, nyaman dan senang,” ujarnya sewaktu ditemu bual oleh pengacara, Daniel Mananta dalam rancangan Daniel Tetangga Kamu baru-baru ini.

Tidak hanya terhenti begitu, pelantun lagu Semusim itu tidak menyangka, pada usia 44 tahun, dia akan sekali lagi menemukan keyakinan terhadap apa yang dicari selama ini selepas dua kali bertukar agama.

Dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang memiliki keberagaman agama dan berfikiran terbuka, Marcell, telah didedahkan dengan pelbagai kepercayaan sejak kecil.

Amalan berpuasa, menyambut Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas dan pelbagai sambutan dan ritual agama pernah dilakukannya sejak kecil sehingga remaja.

Bahkan, Marcell juga mengaku pernah berfikiran agnostik, iaitu tahu bahawa Tuhan itu wujud tetapi tidak mempercayai ajaran agama.

Sehingga akhirnya Marcell mula yakin dengan beberapa agama bermula dengan Katolik dan kemudiannya Buddha.

“Sewaktu kecil, saya seorang agnostik. Dahulu, saluran televisyen TVRI ada menyiarkan beberapa program berunsur keagamaan, termasuk Islamik, Katolik, Buddha dan Hindu.

“Saya suka menonton rancangan sebegitu lebih-lebih lagi program tentang agama Islam. Saya masih ingat ketika saya menonton program tilawah al-Quran, alunan ayat suci kedengaran begitu indah sekali,” ujarnya.

Marcell ingin tahu segala hal termasuk soal agama. Sehinggakan dia tidak pernah jemu untuk mencari kebenaran tentang agama.

“Saya tidak mahu menjadi seorang yang penakut tentang sesuatu perkara yang saya tidak tahu,” ujar Marcell yang akhirnya memutuskan untuk memeluk agama Islam pada awal April lalu.

Agama Islam sebenarnya bukanlah suatu hal baharu dalam kehidupannya secara personal. Hal ini kerana, datuk kepada penyanyi itu juga sebenarnya beragama Islam.

Bahkan, isterinya, Rima Melati Adams juga seorang Muslim. Usai mengucapkan dua kalimah syahadah, Marcell memutuskan itulah titik akhir dalam perjalanan spiritualnya.

Peranan keluarga terutama isterinya, Rima juga memberi pengaruh besar dalam perjalanan Marcell untuk mengenal dengan lebih dekat lagi tentang Islam.

Bahkan, Marcell dan Isterinya juga selalu mempelajari dan memperhatikan bagaimana umat Islam beribadah dan mengikut contoh keluarga Rima yang berada di Malaysia dan Singapura.

Semenjak pandemik Covid-19 menular ke seluruh dunia, Marcell mengakui dia lebih banyak bermuhasabah dengan ikhlas dan berserah kepada Tuhan.

Bergelar mualaf juga membuatkan dirinya lebih menjadi manusia yang lebih mencintai diri sendiri dan lebih ikhlas dalam melihat pelbagai perkara.

Bahkan pandangannya tentang Tuhan juga kini sudah berbeza.

“Dia (Allah SWT) ialah Yang Maha Esa dan Maha Penyayang,” kata Marcell.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makita 14-4-2021 12:45 PM
Lama dah..sejak 2011
Quote lampor 14-4-2021 12:50 PM
Apo... Kan dh lama dia masuk islam.... Ngigau apa wartawan cari ni...
Quote sueburn 14-4-2021 12:53 PM
lampor: Apo... Kan dh lama dia masuk islam.... Ngigau apa wartawan cari ni...


Mungkin baru bangkit dr kuburan sempena Ramadhan
Quote umbut 14-4-2021 12:59 PM
Baguslah... masa kahwin ngan rima spore tu pun rima xda paksa nak tukar agama.. biar dtg ikhlas sendiri
Quote Kurex 14-4-2021 01:51 PM
Di sini di dalam dadaku ada ruang utk aku sentuh. Dia menjerat hatiku, menatapku tajam
Quote Nana_Man 14-4-2021 01:57 PM
Aku ingtkn marcel convert jd buddha ke christian...  sungguh suratkhabar lama lah news ni...
Quote helicornia 14-4-2021 02:29 PM
berita arkib kot ni {:smile
Quote bedahmenjuyah 14-4-2021 06:10 PM
Tp ms kahwin dgn wife dia tu dia ni Islam ke?
Quote Carcosa 14-4-2021 10:42 PM
Dah kenapa aku baca artikel ni dlm kepala aku dgn accent Indonesian? {:laugh
Quote Adrif 15-4-2021 12:52 AM
Kurex replied at 14-4-2021 01:51 PM
Di sini di dalam dadaku ada ruang utk aku sentuh. Dia menjerat hatiku, menatapku tajam

gigih aku cari.. patut la bunyi familiar

[youtube]egD4AsW7oOs[/youtube]


Quote fido_dido 15-4-2021 01:50 PM
Carcosa replied at 14-4-2021 10:42 PM
Dah kenapa aku baca artikel ni dlm kepala aku dgn accent Indonesian? {:laugh

you are not alonee~~~ (nyanyi lagu maikel jeksen)
Quote brown_pupil 5-5-2021 11:18 AM
bedahmenjuyah replied at 14-4-2021 06:10 PM
Tp ms kahwin dgn wife dia tu dia ni Islam ke?

belum..

dia convert lepas kawin
Quote Somed 5-5-2021 04:06 PM
Alhamdulillah hidayah Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Berharap terus kekal dengan agama yang dia anuti sekarang sehingga akhir hayat...
Quote Ninjanunu 17-5-2021 01:16 PM
Hidayah kepada yang mencari.
Quote Orkidcina 9-6-2021 12:03 AM
Alhamdulillah {:sing{:sing{:sing{:sing
Quote chula 9-6-2021 12:14 AM
moga kekal islam nye ye..
Quote katakauu 9-6-2021 12:39 AM
alhamdulillah
Quote None68 10-6-2021 12:53 AM
Alhamdulillah semoga terus kekal dlm Islam toksah ditukar2 lagi.
Quote PeNaMeRaH 11-6-2021 09:11 AM
alhamdulillah

Lihat semua komen(19)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

4-7-2022 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.093324 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top