CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Susah Nak Mekap, Aina Abdul Pernah Hilang Keyakinan Diri Sebab Muka Berjerawat

5-4-2021 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4294| Komen: 17

Description: Penyanyi popular, Aina Abdul mengakui pernah hilang keyakinan diri disebabkan masalah kulit wajah yang berjerawat.
Penyanyi popular, Aina Abdul mengakui pernah hilang keyakinan diri disebabkan masalah kulit wajah yang berjerawat.

Aina, 28, atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, masalah dihadapi itu juga membuatkan proses menyolek wajahnya mengambil masa yang lama.



Kredit foto: IG Aina

"Perkara saya alami ini iaitu ada jerawat sejak sekolah menengah lagi. Perkara lama dan panjang macam ini tak boleh jangka akan ada perubahan dalam masa singkat. Kalau pulih cepat, nanti akan ada pula masalah lain.

"Jadi, saya ok saja ambil masa panjang dan ikut langkah demi langkah. Dalam masa sama saya mendapatkan khidmat nasihat doktor. Malah, dia juga okay saya menggunakan produk sekarang iaitu dari Truskin. Alhamdulillah, saya okay dan gembira dengan perubahan ini.

"Disebabkan masalah kulit memang susah nak mekap. Apatah lagi boleh dikatakan hampir setiap hari saya menggunakan mekap. Kadang kasihan pada jurusolek yang terpaksa ambil masa lama. Jadi, apabila saya berjaya atasi masalah ini, saya nak didik pengguna atau mereka yang ada masalah sama macam saya untuk percaya yang setiap perkara itu perlu melalui proses," katanya.


Menurut Aina, dia menyifatkan dirinya sebagai testimoni sebenar produk keluaran Trulooks kerana sudah menjadi pengguna produk itu sejak dua tahun lalu sehingga dapat keluar dari masalah kulit dialami.



"Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak Trulooks hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia sesuai dengan kulit saya.

"Saya suka sebab saya mekap hampir setiap hari dan membuatkan mekap lekap. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan," katanya.


Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 5-4-2021 08:27 AM
2 tahun dh pakai? ye ye je..sama je mcm xde perubahan..i rasa pihak Truskin (local ke? x pernah dgr) kena la buat investment skit..sponser aina buat dermapen ke apa..treatment yg laser tu kasi hilang parut...mahal tp berbaloi..baru la sesuai jadi spokeperson..sbb muka aina ni dlm IG lawa la sbb ada filter..tp dlm TV..wpon dah mekap..still nmpak parut lubang jerawat...
Quote user.name 5-4-2021 09:10 AM
duit banyak menang anugerah itu ini motip tak nak invest rawatan muka? ni kau dok invest ke fesyen hauk sudahnya penampilan semua serba hauk jah?
Quote YomiuriLandMae 5-4-2021 09:13 AM
invest duit tu byk2 lagi aina oiiii buat facial treatment.. ye tahu bakat lagi penting tp kau pun kena look presentable jgk..
Quote anony-mous 5-4-2021 09:15 AM
She baru 28??? Ingatkan 35
Quote wadiunong 5-4-2021 09:18 AM
cicicumel replied at 5-4-2021 08:27 AM
2 tahun dh pakai? ye ye je..sama je mcm xde perubahan..i rasa pihak Truskin (local ke? x pernah dgr) ...



derma pen still x leh nak hilangkan parut tu sistur. iols dah buat 2-3 kali. muka i pon mcam Aina ada deep scar. ada 1 lg treatment utk parut mcm ni which is stemcell treatment. iols teringin nak buat tapi tgk video2 cara diaorang rodok2 muka dengan jarum iols pikir puluh2 kali nak try . wpon tak sakit sbbnya dah letak bius.
Quote flipolivio 5-4-2021 10:24 AM
wadiunong replied at 5-4-2021 09:18 AM
derma pen still x leh nak hilangkan parut tu sistur. iols dah buat 2-3 kali. muka i pon mcam A ...

u buat dermapen sakit x?
Quote shiraloveyou 5-4-2021 11:00 AM
wadiunong replied at 5-4-2021 09:18 AM
derma pen still x leh nak hilangkan parut tu sistur. iols dah buat 2-3 kali. muka i pon mcam A ...

Pernah buat subcision dulu...seingat iols x sakit walaupun dirodok2 bawah lapisan kulit tu...
Quote wadiunong 5-4-2021 11:09 AM

tak sakit. sbb dah letak krim bius kt muka. muka berdarah2 je. cuma uols kena ambi cuti la kalo keja sbbnya muka akan melalui proses peel off dlm bbp hari. muka akan jd mcm terbakar
Quote JalaEmas 5-4-2021 11:10 AM
truskin?.. product local yg ada r&d or timbang kati?.. sorry, not being sceptical, just asking.. sebb tak penah dengar.
Quote wadiunong 5-4-2021 11:10 AM
shiraloveyou replied at 5-4-2021 11:00 AM
Pernah buat subcision dulu...seingat iols x sakit walaupun dirodok2 bawah lapisan kulit tu...



baca review/ komen2 memang tak rasa apa pon tapi sbb tgk video rodok2 dgn jarum tu iols seriau hehehe
Quote kakakko 5-4-2021 11:11 AM
Kagum tengok muka Faezah E sekarang ni.. Dulu teruk gak kan? Wonder treatment apa yg dia buat..
Quote kakakgarang 5-4-2021 11:15 AM
aina ni kalau betul bnyk nak kena repair.. tapi weolls still suka yg original.. uolls kena diet lagi kot.. memandang kan muka hauk.. badan kena cantik.. so.. kalau muka hauk pun org still mcm bole terima lagi. cth mcm mimi onmcee tu.. muka hauk.. tapi ranggi.. badan pun cantik. kita bole la accept.. yg penting mimi tak de la mcm aina punya feshun yg hancusss...
Quote irsa 5-4-2021 11:17 AM
Rasa mcm sheols bg statement di ats mcm baca skrip semata2... To be positive. Maybe betullah tu sheols ckp dah 2 tahun pkai semakin ok.
Quote URUHA 5-4-2021 11:18 AM
Duit banyak2 g lah buat treatment muka

Btw kalau ada masalah parut berlubang leh try ni :
1. Guna chemical peel
- Contohnya guna chemical peel yg mengandungi glycolic acid / salicylic acid / aha bha. Tapi sebelum tu kena tau jenis kulit dulu utk elakkan irritation.

2. Microneedling
- Yg org biasa guna dermapen or dermaroller tu. Tapi better g buat kat pusat rawatan yg ada pakar. Kalau buat sendiri takut kulit makin teruk disebabkan jangkitan bakteria.

3. Rawatan laser.
- Kalau berduit apa salahnya. G je buat rawatan laser dgn pakar yg bertauliah.

4. Guna produk yg ada retinol.
- Retinoid membantu untuk  baiki collagen synthesis & secara x langsung merawat parut. Retinol membantu tebalkan lapisan kulit dgn meningkatkan penghasilan collagen & ‘proses penebalan’ ni diperlukan utk fill the gaps dlm kulit yg ada masalah parut dalam / berlubang.

Papehal kalau nak guna produk & rawatan ni sebaiknya kena tau jenis kulit & baca arahan dgn betul. Yg rawatan laser tu sila jumpa pakar yg ada bertauliah.
Quote Gianna111 5-4-2021 11:35 AM
kakakgarang replied at 5-4-2021 11:15 AM
aina ni kalau betul bnyk nak kena repair.. tapi weolls still suka yg original.. uolls kena diet lagi ...

she ol kena ubah cara penampilan. cara dan gaya dress up dia umpama acik acik lewat 30 an.walhal muda lagi.
Quote HoneyManjer 5-4-2021 11:37 AM
masalah kulit muka berjerawat ni...better p hospital kerajaan...

insyAllah dapat bantu...dlu kazen i pun kulit bermasalah...

skang Alhamdulillah dah ok...

Quote Aikiko 5-4-2021 01:21 PM
Sheols macam liza hanim yek, suara sedap tapi kulit muka berkawah
Tapi queen liza cam da okay sket kan mukanyer tapi tak sepeloles faezah elai....kena tanyer senior yg ada probs yg sama
Yg iols perasan antr retis yg ada probs muka b.kawah yg dah okay yek:
Vanidah Imran
Sheera Iskandar
Ramona Zamzam
Haneez Suraya

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052918 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top