CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Tegur Sitizoners Dan Penyamar Jangan Bandingkan Caranya Bekerja

5-4-2021 06:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5299| Komen: 21

Description: Teguran terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza khususnya berkaitan dan imej serta beberapa keputusan membabitkan perniagaannya bukanlah sesuatu yang baharu.
Teguran terhadap Datuk Seri Siti Nurhaliza khususnya berkaitan dan imej serta beberapa keputusan membabitkan perniagaannya bukanlah sesuatu yang baharu.

Paling kerap menerima teguran ramai termasuk ahli kelab peminatnya iaitu Sitizoners ialah berkaitan penampilan Siti ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.



Kredit foto: IG Siti

Selain isu pakaian, rekaan kulit album Siti berjudul ManifestaSITI2020 turut dikritik ramai.

Menurut mereka, kulit album tersebut kelihatan tidak bersesuaian dengan status Siti malah ada di antaranya turut menyamakan rekaan kulit album ManifestaSITI2020 seperti kulit wajah hadapan majalah hartanah.

Mengulas lanjut mengenai isu kritikan terhadap hasil kerjanya, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini meminta peminatnya agar jangan mudah untuk memperlekehkan hasil usaha mana-mana pihak dalam pasukannya.



Kredit foto: Twitter

"Alhamdulillah kerana team SNP (Siti Nurhaliza Production), saya bertahan sampai sekarang dengan cara dan strategi yang kami buat. Begitu juga dengan produk saya.

"Jadi, saya harap jangan mudah menjatuhkan dan memperlekehkan kerja-kerja insan yang dah bertungkus-lumus menjaga reputasi dan kerja-kerja saya," katanya.


Kredit foto: IG Siti

Selain itu Siti turut menambah, dia merupakan orang terakhir yang akan membuat setiap keputusan bagi setiap produk dan hasil kerja seninya.

"Keputusan akhir semua di tangan saya dalam setiap kerja yang dibuat. Terima kasih bagi yang sentiasa memahami.

"Yang baik daripada Allah, yang buruk daripada kita sendiri. Siti Nurhaliza tulis sendiri ni!" katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Daftpunk_shine 5-4-2021 07:03 AM
Ermn. CT baca porem tak?
Quote Perk77 5-4-2021 07:37 AM
Ade penyamar ?
Aku ingat lopa je ade peminat fake ...
Quote Cekla 5-4-2021 07:45 AM
Daftpunk_shine replied at 5-4-2021 07:03 AM
Ermn. CT baca porem tak?

Kalau dia baca mau pengsan tengok cercaan
Quote Cekla 5-4-2021 07:48 AM
Aku minat lagu je..tak jadik hal la dengan penampilan..
Jangan acah2 penunggang agama sudah
Sat purdah,sat niqab
Quote Burong_Hantuk 5-4-2021 08:00 AM
weksss....senduk buat muka...
Quote SayaSayangMama 5-4-2021 09:11 AM
Cuba la terima teguran tu. Org lain boleh imej lawa lawa dia ada duit kn mampu
Quote YomiuriLandMae 5-4-2021 09:16 AM
Daftpunk_shine replied at 5-4-2021 07:03 AM
Ermn. CT baca porem tak?

of course dia baca.. kalo bkn dia pun kak rozi or ctea fairuz..
Quote rainbowrainz 5-4-2021 10:01 AM
Hahahahha mek iti baca porom kaahhh??siti tulis sendiri ni..kuikuikui
Bertabahlah mek iti..tak semua suka kita dan tak semua benci kita.. sabarrrr byk2
Quote laksmanabentan 5-4-2021 10:04 AM
Cekla replied at 5-4-2021 07:48 AM
Aku minat lagu je..tak jadik hal la dengan penampilan..
Jangan acah2 penunggang agama sudah
Sat pu ...

lepas tu gunakan alasan urusan berniaga tp honeymoon...

niat tidak menghalalkan cara woooiiiii....
suami PU pun tak boleh nak buat apa2...
Quote gerbera.memopad 5-4-2021 10:39 AM
Oh, semua keputusan akhir di tangan dia jadi jangan salahkan team dia la lepas ni kalau pakai baju hauk. Salahkan tuan punya badan
Quote gerbera.memopad 5-4-2021 10:42 AM
Tapi honestly speaking, Sitizoners ni antara fanclub yang nampak sangat bila tegur tu sebab mereka care. Bukan nak kritik melulu.

Aku tak suka the idea of fanclub tapi Sitizoners ni nampak la ikhlas & setia  minat DCT.
Quote sleepandream 5-4-2021 11:36 AM
adakah sangdewi nak letak jawatan lalu tokti memujuk sheols semula?
Quote missHaidiD 5-4-2021 11:40 AM
Apa2 je la tokti..  Tokti ni bila nk beranak ni.. Besau naw perut dia
Quote missHaidiD 5-4-2021 11:41 AM
Tokti kalau baca forum terbaca pulak laharan hanna Montana tak tau la cmana kan.  Mau beranak masa tu jgk
Quote pencintaABC 5-4-2021 11:43 AM
gerbera.memopad replied at 5-4-2021 10:39 AM
Oh, semua keputusan akhir di tangan dia jadi jangan salahkan team dia la lepas ni kalau pakai baju h ...

Tapi adakah team SNP tidak mempengaruhi keputusan tokti ken? Pastila ade influence jugak.
Quote shida81 5-4-2021 11:44 AM
bile bos sendiri x sedar kelemahan teamnya... mmg sama2 la karam....
siti berjaya sbb peminat fanatik kot.. klu peminat da boring...mmg babai la
lagi satu peminat dia makin tua... klu dia x recruit peminat muda.. pun babai
Quote Cekla 5-4-2021 07:16 PM
laksmanabentan replied at 5-4-2021 10:04 AM
lepas tu gunakan alasan urusan berniaga tp honeymoon...

niat tidak menghalalkan cara woooiiiii. ...

Hahaha.

Kan..sengal
Buat terang2..nak setel senyap2..
Quote KBW2 5-4-2021 07:17 PM
"penyamar" pulok
Quote mohdcrow 5-4-2021 07:20 PM
Yang baik - sitizoners
Yang tak baik - penyamar

Kikiki

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053697 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top