CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Madrasah Bakar Tangan Semua Murid Gara-gara RM3.40 Hilang Dari Tabung

5-4-2021 07:09 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4433| Komen: 28

Description: Tindakan seorang guru madrasah di Indonesia yang menyalakan api di telapak tangan kesemua murid selepas mendapati wang berjumlah 12,000 rupiah (RM3.42) milik tabung sekolah hilang mengundang kecaman n ...
Tindakan seorang guru madrasah di Indonesia yang menyalakan api di telapak tangan kesemua murid selepas mendapati wang berjumlah 12,000 rupiah (RM3.42) milik tabung sekolah hilang mengundang kecaman netizen, lapor laman web Sindo News semalam.


Guru Madrasah Ibtidaiyah Nurul Huda di daerah Lumajang, Jawa Timur itu menyalakan api pada telapak tangan setiap muridnya selepas berang kerana tiada seorang pun yang mengaku mengambil wang tersebut.


Gambar hiasan

Ibu kepada salah seorang murid yang menjadi mangsa, Surami memberitahu anaknya hanya memberitahu tentang kejadian selepas beberapa hari ia berlaku.

“Anak saya merupakan salah seorang mangsa guru tersebut dan saya hanya dimaklumkan tentang perkara itu beberapa hari selepas kejadian.

“Memandangkan tiada sesiapa mengaku mengambil wang yang hilang, guru tersebut tergamak menyalakan api pada telapak tangan setiap murid,” kata Surami.



Lokasi madrasah di mana kejadian guru bakar tangan murid berlaku di Jawa Timur. -iNewsTV

Ibu bapa pelajar lain yang menjadi mangsa guru itu melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis Gucialit.

Sehingga kini, tiada pengesahan tentang kejadian itu yang dibuat pihak madrasah itu kerana ia ditutup.


Sumber: Kosmo!

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dodolgemok 5-4-2021 07:23 AM
Biasa la puak2 teroris ni, sikit lgi jadi kt tanah air pula.
Quote Nana_Man 5-4-2021 07:37 AM
Crazy....otak mati ke apa?
Quote haryatie 5-4-2021 07:38 AM
gilerrrrrrrrrrr
Quote watymuchaz 5-4-2021 07:55 AM
Penunggang agama..
Quote shernazz 5-4-2021 07:55 AM
Nape tak buat air yassin
Pastu semua minum
Cakapnnt sapa yg curi kembung perut
Mesti dan dan tu juga ada yg ngaku
Quote bondeh 5-4-2021 08:14 AM
Otak sinting
Quote Decaffeinated 5-4-2021 08:17 AM
Ni kira pre neraka la ni

Sikit2 bakar
Quote kasibiman 5-4-2021 08:51 AM
ntah2 dia "pinjam" dulu buat beli rokok pastu lupa
Quote sukacactus 5-4-2021 10:32 AM
Byk tu je pun ntah2 salah kira
Quote Babai 5-4-2021 11:01 AM
Sepatutnya yang dibakar bukannya tangan budak2 tu. Yang patut dibakar ialah jubo mamat yang jahat tu.
Quote batu kikir 5-4-2021 02:51 PM
Aku dah naik jelak dengan kesah guru, pentadbir,  kakitangan madrasah dan penunggang agama semuanya.  Kebanyakkan perangai syaiton tetapi bertopengkan malaikat
Quote songhara1226 5-4-2021 03:45 PM
shernazz replied at 5-4-2021 07:55 AM
Nape tak buat air yassin
Pastu semua minum
Cakapnnt sapa yg curi kembung perut

Aihhhh, hg ni ustazah sekolah agama aku dulu ke?? Mcm sama teknik nk buat budak2 ngaku
Quote sharlenetexas 5-4-2021 03:45 PM
Islam tak ajar buat macam ni pak.
Quote Artemesiaa 5-4-2021 03:55 PM
Banyak cara lain boleh dilakukan untuk cari siapa si pelaku dari berlaku kejam macam tu
Quote tripleid 5-4-2021 04:49 PM
Quote ikanmasin 5-4-2021 05:25 PM
melampau pl cara gitu...
Quote AyaqMeloSuam 5-4-2021 05:27 PM
shernazz replied at 5-4-2021 07:55 AM
Nape tak buat air yassin
Pastu semua minum
Cakapnnt sapa yg curi kembung perut

Ni sungguh.. ayaq yassin tipu2 pn mujarab.. siap nangis2 mintak ampun kata sakit perut.  Wahahahhaa
Quote namieamuro 5-4-2021 05:29 PM
gilo. jgn tak lame lg ade yg meniru kt sini dh ler
Quote mikasa 5-4-2021 05:45 PM
Rasanya ini bukan soal jumlah sikit tapi paksa pelaku supaya tampil.

Byk lagi cara lain....budak2 ni kena main ngan emosi..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051448 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top