CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sambut Birthday 10 Hari Awal, Nadzmi Adhwa Hadiahkan Ardell Aryana Alphard

5-4-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10142| Komen: 74

Description: Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.
Pelakon, Nadzmi Adhwa mengakui berasa amat teruja kerana berjaya membuat kejutan bersempena hari lahir isterinya, Ardell Aryana yang ke-30 tahun meskipun disambut 10 hari lebih awal.



Menerusi perkongsian di Instagram, Nadzmi dilihat telah menghadiahkan isterinya itu sebuah kereta baru jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Jelas Nadzmi, hadiah tersebut diberikan bagi menggantikan Toyota Alphard kepunyaan mereka sebelum ini yang telah pun digunakan sebagai pengangkutan bagi misi bantuan dan urusan perniagaan.

“Dia tak pernah sekalipun mintak apa apa dari saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada dengan saya.

“TERIMA KASIH kerana menjadi ibu pada anak saya dan TERIMA KASIH sebab menjadi isteri saya, pembakar semangat saya, pengingat saya, kekuatan saya, dan orang yang paling bersabar dengan sikap saya. Forever Loving You,” tulisnya.



Dikesempatan itu juga, pelakon filem, Busut Bonang ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Ardell kerana telah menjadi isteri serta ibu yang baik kepada anaknya.

Katanya lagi, dia sengaja mengadakan kejutan tersebut lebih awal supaya perancangannya itu tidak dapat dihidu oleh Ardell.


Kredit foto: IG Nadzmi

“Sorry celebrate birthday awak awal gila sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat waktu birthday awak 13 April ini.

“Kali pertama saya tak kantoi so kira saya dah setapak kedepan lebih matang,” katanya lagi.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga keluarga ini akan terus sukses dan  sentiasa dimurahkan rezeki.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 5-4-2021 08:36 AM
da lama tak menyemak.. muncul la jap citer. btw, dorang ni keje apa byk fulus ni
Quote slyfynx 5-4-2021 08:38 AM
Wahai TT and pasangan kepam gigil konon2 malu.

WE DON'T CARE
Quote Cikediss 5-4-2021 08:41 AM
taji2906 replied at 5-4-2021 12:36 AM
da lama tak menyemak.. muncul la jap citer. btw, dorang ni keje apa byk fulus ni

bisness baju,tudung yg labuh2..tu wife dia tukang jahit sama..
Quote aireen24 5-4-2021 09:03 AM
Cikediss replied at 5-4-2021 12:41 AM
bisness baju,tudung yg labuh2..tu wife dia tukang jahit sama..

depa juga tukang jahit pukal...sbb tu duit banyak
Quote samshik 5-4-2021 09:06 AM
Suke ati ko la dik.. Jnji ko xder mai buat cter sedih minta bantuan dan jual produk timbang kilo yg overclaim...
Quote SayaSayangMama 5-4-2021 09:13 AM
Aku bacakan tajuk kt laki aku tgh drive, laki aku terus tanya SAPA TUH
Quote cupu 5-4-2021 09:17 AM
Dia ingat net ni bodoh sgt ke....bg present konon...padahal korang byr sama2..xpyh present sgt la...
Quote mieymiey 5-4-2021 09:25 AM
Hadiah sempena birthday? Ker beli atas nama company? Macam Zoey kucing haritu. Sorry, iols berhati hitam legam
Quote Bumbu 5-4-2021 09:26 AM
Laki bini gigil...
Quote cmf_blanco 5-4-2021 09:27 AM
Menguap skala 1000..
Quote Geeayden 5-4-2021 09:42 AM
Bertuah dpt suami yg pemurah dan ada duit
Quote Masukkeluar 5-4-2021 09:44 AM
Geeayden replied at 5-4-2021 09:42 AM
Bertuah dpt suami yg pemurah dan ada duit

biasa yg beli kereta mcm ni pakai duit syarikat..sama mcm aeril wawa, samtilla. tiap tahun tukar kereta sbb pkai nama syarikat nk elak kne cukai lebih. psgn ni ada bisness sendiri..tak pelik pn. lol.

Quote September14 5-4-2021 09:44 AM
Bini dia ni ke yg sakit smpi gigil2 tu?
Quote Brunes 5-4-2021 09:53 AM
couple try hard nak nampak islamic cool gitu.. simpan sendiri cukuplah!
Quote biskutraya 5-4-2021 09:55 AM
Artis, instafemes dengan alphard berpisah tiada.. kenapa ek suka pakai alphard? Sebab bsar ke.. sbb sng angkut brg niaga ke?
Quote husna_amal 5-4-2021 10:07 AM
saje sambut awal tu sebab bertindih dengan bulan puasa.
Quote Carcosa 5-4-2021 10:31 AM
Terketar2 tak ovari kau masa dpt kunci kereta tu, wahai perempuan propa? *vomit*
Quote missHaidiD 5-4-2021 10:45 AM
Couple yg i tak pernah suka..try hard nk tnjuk diri tu islamic sgt.  Smpai nama ank pun arwa.  Tau maksudnya baik tp tak kn ke kt class ank dia keja ejek arwah.  Choii
Quote missHaidiD 5-4-2021 10:46 AM
Si binik dia mmg nma dlm ic ardell ke.  Ke nama glam je.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.054726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top