CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur Riang-riang bakal menetas

29-3-2021 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3823| Komen: 20

Description: BAGI jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), bulan Mei nanti mereka akan berdepan dengan suasana yang bingit.



BAGI jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), bulan Mei nanti mereka akan berdepan dengan suasana yang bingit.

Fenomena alam itu terjadi apabila sekali dalam tempoh 17 tahun, sejenis riang-riang hutan atau cicada akan menetas dari telurnya, dan spesies itu dijangka bersaiz besar.

Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.

Berbilion-bilion anak riang-riang, yang selama 17 tahun tersembunyi di dalam tanah dan di celah-celah akar pokok, akan merangkak keluar, bersalin kulit dan mula mencari makanan dan teman untuk mengawan.

Agak sukar untuk meramalkan tarikh yang khusus bagi permulaan penetasan itu, namun kurator zoologi invertebrata dari American Museum of Natural History, New York, Dr Jessica Ware, melihat pada tarikh sekitar 13 Mei.


"Mei bakal menjadi bulan yang bising, kerana bunyi dari riang-riang itu,” ujar Ware.


Riang-riang jantan menghasilkan bunyi yang kuat dan nyaring, dengan menggetarkan segmen pada bahagian abdomennya.


"Ia seperti satu tarian. Si jantan akan menunjukkan kebolehan menghasilkan bunyi yang paling kuat, sekali gus membuktikan bahawa ia adalah teman mengawan yang terbaik.

“Riang-riang betina pula akan mendengar, sama ada bunyi itu cukup kuat dan sampai ke jarak paling jauh. Ini suatu tarian akustik yang sangat rumit,” jelas Ware.

Spesies riang-riang tersebut berbeza dengan riang-riang lain yang mempunyai kitaran hidup tahunan. Riang-riang lain lazimnya boleh didengari setiaptahun pada malam musim panas.

Ware berkata, para saintis masih tidak jelas tentang sebab riang-riang Brood X ini memiliki kitaran hidup yang sangat panjang, namun tidak menolak kemungkinan ia telah berevokusi sebagai mekanisma kelangsungan hidup.

Ware menjelaskan, riang-riang adalah tidak berbahaya, dan kemunculan spesies itu adalah sumber makanan bagi burung, haiwan dan serangga lain.

"Sangat teruja apabila memikirkan tentang kemunculan Brood X kerana kali akhir spesies ini dilihat di atas tanah adalah pada tahun 2004. Bila anda memikirkannya, banyak yang telah terjadi sepanjang tempoh 17 tahun itu,” ujar Ware.

Penetasan telur riang-riang Brood X akan terjadi di bahagian tengah, di timur Amerika Syarikat, sejauh timur Tennessee, hingga ke bahagian selatan New York.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redoxon757 29-3-2021 01:38 PM
Omooo scary siot
Quote gigahertz 29-3-2021 01:39 PM
nasib baik kat United of Amerika.
ingatkan kat batu caves.
Quote Artemesiaa 29-3-2021 01:41 PM
Bingit yang tak boleh bawa bincang teruklah nak kena hadap nanti
Quote sharlenetexas 29-3-2021 01:50 PM
Ghegheghegheghegheghe

Bunyi riang2 sekor sesat dalam rumah pun iols terkejut.
Quote Mizlyn 29-3-2021 01:54 PM
La.. Baru 3 hari lps... Riang2 ni try nak masuk rumah i.. Mencecet weols tutup pintu semua..  Cuma he tak buat bising jer..
Quote msel 29-3-2021 02:16 PM
Dah lama tak jumpa riang2 ni. Rasanya last masa zaman menengah rendah, 16-17tahun lps. Sekali hinggap dekat baju susah nak tanggal. Dah la terbang menjunam.
Quote exclusive_vvip 29-3-2021 02:27 PM
iols lepas umo dah lebih 20 tahun baru tau bunyi riang2 tu camne..tu pun lepas dah kawen..ada 1 malam (laki iols time tu keje malam), ada bunyi yg iols x familiar kat luar pintu umah..takut giler rasanya..i called laki iols soh balik awal sbb ada bunyi something kat luar pintu..terpaksa laki iols balik awal sikit..dia balik2, terus i kene sound...itu riang2 kata heols...siotttt, mana lah i kenal bunyi menatang tu camne
Quote tikusmontok 29-3-2021 02:27 PM
arghhhh riangnya suasana nanti
Quote belacan_gurl 29-3-2021 02:29 PM
Riang2 nih x menakutkan tapi bila dia terbang masuk umah sekali pakej bising dia...berlari gak bawah tilam
Quote Themilo 29-3-2021 02:30 PM
jangan ada plak ummah amerika yang tadah air kencing riang-riang & minum.. yeeeeekkkkk
Quote mamajawie 29-3-2021 02:32 PM
Benda alah ni da spray ridsect pun tetap hidup yachhh..time skola asrama dulu binatang ni sllu sesat dlm kelas n pling hanjeng skli pnah trbang melekat kt tudung aku..mmg menjerit2 smpai aku brlari g jamban trus cmpak tudung kt atas sinki..
Quote kasibiman 29-3-2021 03:25 PM
kejadahnya riang2.


aku gugel dia cakap cicadas = cengkerik.


what the fucking shit lah cari writer.
Quote kasibiman 29-3-2021 03:26 PM
oppss.. editor lagik.


the fuck.
Quote kasibiman 29-3-2021 03:31 PM
@CARI-HBZ  : wak kasi mohon maaf unreservedly.


mmg cicadas tu "riang2".




jfc. riang2.
Quote hungryhenry 29-3-2021 04:04 PM
Mmg ada cicadas yg kluar ikut pattern number. Ada satu species ni kuar kt ohio setiap 13thn. Last kluar 2011. Next 2024
Quote Nenolen 29-3-2021 04:47 PM
Riang2 takan survive kat rmh kaka...sebb bdk2 bulus dgn riang-ria nya mengerjakan riang2 tersebut...kamikaze ler jwpnyer if masuk rmh kaka
Quote dua_chzy 29-3-2021 04:57 PM
Antara serangga yang akak benci.
Quote misssakura 29-3-2021 05:34 PM
iols benci dan takot amat dengan binatang ni. dah la bising lps tu keras menakutkan.
Quote lipans 29-3-2021 06:05 PM


serangan dah bermula.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.149068 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top