CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tahan Lori Semata-Mata Untuk Content, Mati Kena Langgar

29-3-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6722| Komen: 41

Description: Tangerang Selatan: Demi menghasilkan kandungan video untuk tatapan pengikut di media sosial, seorang remaja maut selepas menahan lori secara tiba-tiba.
Tangerang Selatan: Demi menghasilkan kandungan video untuk tatapan pengikut di media sosial, seorang remaja maut selepas menahan lori secara tiba-tiba.

Ketua Polis Tangerang Selatan, Agus Sutisna berkata, kejadian itu berlaku ketika remaja berusia 14 tahun dan rakan-rakannya berjalan dari arah Benda, Pamulang menuju ke Universitas Pamulang.


Foto: Kompas

"Ketika mereka tiba di hadapan Villa Dago, mereka memberhentikan lori dengan tujuan untuk menumpang kenderaan itu," katanya seperi dilaporkan Kompas.

Menurutnya, disebabkan lori itu membawa muatan pasir, ia tidak boleh menekan brek serta-merta kerana keadaan menjadi lebih bahaya.

"Pemandu tidak boleh menghentikan lori serta-merta kerana membawa muatan berat lalu melanggar remaja berkenaan sehingga jatuh.

"Mangsa cedera di bahagian pinggang hingga paha," katanya.


Katanya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.

Seorang saksi dikenali sebagai Anjas berkata, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.

Katanya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.

"Mereka sengaja buat begitu. Ada rakan mereka yang merakam untuk kandungan di media sosial," katanya.

Menurutnya, penduduk setempat tidak senang dengan apa yang dilakukan kumpulan remaja itu kerana membahayakan nyawa.

"Mereka sering berkumpul di laluan ini dan kami akan mengusir mereka kerana tidak mahu mereka melakukan aktiviti berbahaya ini," katanya.

Anjas berkata, ketika kejadian, kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar dan cedera parah. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-3-2021 10:25 AM
Kurang sorang leluhur
Quote sarah82 29-3-2021 10:27 AM
Katanya, pemandu lori ditahan untuk siasatan lanjut.


Seorang saksi dikenali sebagai Anjas berkata, kumpulan remaja itu sering berkumpul dan sengaja menahan lori yang lalu di laluan berkenaan pada setiap malam.


Katanya, aksi itu sengaja dilakukan sebagai bahan kandungan untuk video yang kemudiannya dimuat naik di media sosial.

Kesian kat pemandu lori tu
Quote dodolgemok 29-3-2021 11:03 AM
Cash and carry!
Quote Artemesiaa 29-3-2021 11:10 AM
Perbuatan yang sia2
Quote Plain-tif 29-3-2021 11:15 AM
Sekian wasalamun...
Quote notM 29-3-2021 11:17 AM
Dia x sempat belajar Fizik
Quote paz 29-3-2021 11:17 AM
Kasihan pemandu lori
Quote yebit157 29-3-2021 11:26 AM
pelik pelik la mereka ni. tak pasal pasal mati dengan cara macam tu
Quote sukacactus 29-3-2021 11:28 AM
Kurang simpati aku bila sdr yg cari nahas
Quote salimrock 29-3-2021 11:42 AM
Anjas berkata, ketika kejadian, kumpulan remaja itu lari meninggalkan rakan mereka yang dilanggar dan cedera parah.

kasihan nya  macam ni ko buat kt kawan ko...

apa2 pun dia mati kereana mengejar cita2 dan minat yg mendalam di dalam mencari content tiktok..

mgkn itu lah kepuasan beliau
Quote Scheherazade 29-3-2021 11:43 AM
Is this stupid or is this stupid?
Quote ReginaGeorge 29-3-2021 11:46 AM
Sanggup mati katak asal famous.  {:childlike
Quote copy_paste 29-3-2021 11:52 AM
kesian pemandu lori tu xpasal2 kena...
Quote lipans 29-3-2021 12:21 PM
mohon viral video tu.
Quote lavendernovella 29-3-2021 12:30 PM
Wabak kebodohan sejati makin menjadi2.
Quote salmon-suki 29-3-2021 12:30 PM
Eh eh.  Knp pemandu lori tu ditahan utk siasatan??dah terang2 salah si bodoh tu..mmg elok mampus manusia mcm ni..rasanya penduduk situ pn sujud syukurrrr haa budak ni xde..
Quote asfaz 29-3-2021 12:32 PM
Aku ada tengok video tu .Ajergiler lori tengah laju tetiba pergi tahan.Cash !! sengaja cari maut.
Kesian kat pemandu lori kena tahan.
Quote asfaz 29-3-2021 12:35 PM
https://www.instagram.com/p/CM4sqvejoTB/?igshid=132wwcgw6mrfq
Quote bloodyamuk 29-3-2021 01:04 PM
tak pegi sekolah ke budak2 ni? tak ngerti apa itu inersia ke?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.191117 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top