CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita 57 Tahun Lahirkan Bayi, Sempat Pergi Gim Sebelum Beranak

29-3-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2402| Komen: 10

Description: Seorang wanita menjadi salah seorang individu tertua di dunia yang menjadi ibu apabila menimang cahaya mata pada usia 57 tahun.
Seorang wanita menjadi salah seorang individu tertua di dunia yang menjadi ibu apabila menimang cahaya mata pada usia 57 tahun.

Barbara Higgins selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Jack, pada 20 Mac lalu.


Bayi milik pasangan Barbara dan suaminya, Kenny Banzhoff dihasilkan menerusi rawatan IVF.

Barbara dari New Hampshire, Amerika Syarikat, terlalu berkeinginan menimang bayi selepas kehilangan anak perempuannya, Molly, lima tahun yang lalu.


Foto: Dailystar

"Saya mula mempunyai impian di mana saya ingin menimang anak, dan saya berfikir ia sedikit gila," katanya.

Pasangan ini yang mempunyai seorang lagi anak bernama Gracie, berkata dengan menimang cahaya mata, ia sedikit sebanyak membantu mereka mengatasi kesedihan.

Apa yang menakjubkan, Barbara sempat meluangkan masa di gimnasium sebelum melahirkan bayi lelakinya.

Menurut Guinness World Records, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod sebagai wanita tertua yang melahirkan bayi.

Wanita Sepanyol itu berusia 66 tahun ketika melahirkan anak kembar pada tahun 2006. - CARI

Sumber: mStar/Dailystar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia lepas rambut tu..?
Quote mclaren 19-5-2021 10:09 AM
salmon-suki: Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia lepas rambut tu..?

Dalam pantang, kasi lah chance ha ha

Dia bukan level Kim K nak siap2 dgn MUA sebelum snap pic upload insta
Quote stingergrapes 19-5-2021 10:16 AM
salmon-suki replied at 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia le ...

Kau boleh emel our CREATOR.....

Ada emel address tak?
Quote naina 19-5-2021 10:19 AM
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku

Kenapa dengan bini ko? Ivf jugakke
Quote naina 19-5-2021 10:19 AM
Btw dia dah menopouse kan cmne boleh hasilkan telur lagi? Ke telur perempuan lain
Quote ctaz 19-5-2021 11:05 AM
Edited by ctaz at 19-5-2021 11:07 AM
salmon-suki replied at 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia le ...

bukan undertaker....
tapi mcm muka dia ni


Quote Tinot7 19-5-2021 11:11 AM
Tahniahh....
Quote Tinot7 19-5-2021 11:11 AM
naina replied at 19-5-2021 10:19 AM
Btw dia dah menopouse kan cmne boleh hasilkan telur lagi? Ke telur perempuan lain

Ke dia simpan sblm ni?
Quote supernaturalee 19-5-2021 11:17 AM
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku

Bini abg kenapa
Quote ImpianSeroja 19-5-2021 12:39 PM
umur emas mcm ni mampu mengandung n melahirkan..Tahniah Makcik

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.273195 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top