View: 2968|Reply: 20
|
Sedia untuk bingit! Selepas 17 tahun, berbilion telur Riang-riang bakal menetas
[Copy link]
|
|
BAGI jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS), bulan Mei nanti mereka akan berdepan dengan suasana yang bingit.
Fenomena alam itu terjadi apabila sekali dalam tempoh 17 tahun, sejenis riang-riang hutan atau cicada akan menetas dari telurnya, dan spesies itu dijangka bersaiz besar.
Penetasan riang-riang yang dipanggil Brood X itu, bakal terjadi apabila tanah musim bunga yang semakin hangat mencapai paras suhu tertentu.
Berbilion-bilion anak riang-riang, yang selama 17 tahun tersembunyi di dalam tanah dan di celah-celah akar pokok, akan merangkak keluar, bersalin kulit dan mula mencari makanan dan teman untuk mengawan.
Agak sukar untuk meramalkan tarikh yang khusus bagi permulaan penetasan itu, namun kurator zoologi invertebrata dari American Museum of Natural History, New York, Dr Jessica Ware, melihat pada tarikh sekitar 13 Mei.
"Mei bakal menjadi bulan yang bising, kerana bunyi dari riang-riang itu,” ujar Ware.
Riang-riang jantan menghasilkan bunyi yang kuat dan nyaring, dengan menggetarkan segmen pada bahagian abdomennya.
"Ia seperti satu tarian. Si jantan akan menunjukkan kebolehan menghasilkan bunyi yang paling kuat, sekali gus membuktikan bahawa ia adalah teman mengawan yang terbaik.
“Riang-riang betina pula akan mendengar, sama ada bunyi itu cukup kuat dan sampai ke jarak paling jauh. Ini suatu tarian akustik yang sangat rumit,” jelas Ware.
Spesies riang-riang tersebut berbeza dengan riang-riang lain yang mempunyai kitaran hidup tahunan. Riang-riang lain lazimnya boleh didengari setiaptahun pada malam musim panas.
Ware berkata, para saintis masih tidak jelas tentang sebab riang-riang Brood X ini memiliki kitaran hidup yang sangat panjang, namun tidak menolak kemungkinan ia telah berevokusi sebagai mekanisma kelangsungan hidup.
Ware menjelaskan, riang-riang adalah tidak berbahaya, dan kemunculan spesies itu adalah sumber makanan bagi burung, haiwan dan serangga lain.
"Sangat teruja apabila memikirkan tentang kemunculan Brood X kerana kali akhir spesies ini dilihat di atas tanah adalah pada tahun 2004. Bila anda memikirkannya, banyak yang telah terjadi sepanjang tempoh 17 tahun itu,” ujar Ware.
Penetasan telur riang-riang Brood X akan terjadi di bahagian tengah, di timur Amerika Syarikat, sejauh timur Tennessee, hingga ke bahagian selatan New York.
Sumber : Astro Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik kat United of Amerika.
ingatkan kat batu caves. |
|
|
|
|
|
|
|
Bingit yang tak boleh bawa bincang teruklah nak kena hadap nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ghegheghegheghegheghe
Bunyi riang2 sekor sesat dalam rumah pun iols terkejut.
|
|
|
|
|
|
|
|
La.. Baru 3 hari lps... Riang2 ni try nak masuk rumah i.. Mencecet weols tutup pintu semua.. Cuma he tak buat bising jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama tak jumpa riang2 ni. Rasanya last masa zaman menengah rendah, 16-17tahun lps. Sekali hinggap dekat baju susah nak tanggal. Dah la terbang menjunam. |
|
|
|
|
|
|
|
iols lepas umo dah lebih 20 tahun baru tau bunyi riang2 tu camne..tu pun lepas dah kawen..ada 1 malam (laki iols time tu keje malam), ada bunyi yg iols x familiar kat luar pintu umah..takut giler rasanya..i called laki iols soh balik awal sbb ada bunyi something kat luar pintu..terpaksa laki iols balik awal sikit..dia balik2, terus i kene sound...itu riang2 kata heols...siotttt, mana lah i kenal bunyi menatang tu camne |
|
|
|
|
|
|
|
arghhhh riangnya suasana nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Riang2 nih x menakutkan tapi bila dia terbang masuk umah sekali pakej bising dia...berlari gak bawah tilam |
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada plak ummah amerika yang tadah air kencing riang-riang & minum.. yeeeeekkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Benda alah ni da spray ridsect pun tetap hidup yachhh..time skola asrama dulu binatang ni sllu sesat dlm kelas n pling hanjeng skli pnah trbang melekat kt tudung aku..mmg menjerit2 smpai aku brlari g jamban trus cmpak tudung kt atas sinki.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejadahnya riang2.
aku gugel dia cakap cicadas = cengkerik.
what the fucking shit lah cari writer. |
|
|
|
|
|
|
|
oppss.. editor lagik.
the fuck. |
|
|
|
|
|
|
|
@CARI-HBZ : wak kasi mohon maaf unreservedly.
mmg cicadas tu "riang2".
jfc. riang2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg ada cicadas yg kluar ikut pattern number. Ada satu species ni kuar kt ohio setiap 13thn. Last kluar 2011. Next 2024 |
|
|
|
|
|
|
|
Riang2 takan survive kat rmh kaka...sebb bdk2 bulus dgn riang-ria nya mengerjakan riang2 tersebut...kamikaze ler jwpnyer if masuk rmh kaka |
|
|
|
|
|
|
|
Antara serangga yang akak benci. |
|
|
|
|
|
|
|
iols benci dan takot amat dengan binatang ni. dah la bising lps tu keras menakutkan. |
|
|
|
|
|
|
|
serangan dah bermula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|