CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Islam Dilarang Guna Kalimah Allah, Titah Sultan Selangor

24-3-2021 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8919| Komen: 72

Description: Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dalam satu kenyataan melarang selain umat Islam daripada menggunakan kalimah Allah.



Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj dalam satu kenyataan melarang selain umat Islam daripada menggunakan kalimah Allah.

Menerusi kenyataan dikongsikan di laman sosial, Sultan Selangor bertitah demikian merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes Jill Ireland binti Lawrence Bill melawan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia baru-baru ini.


Kredit foto: IG Sultan Selangor

"Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang samasekali penggunaannya di Negeri Selangor. 


"Beta mengulangi pendirian Beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam," titahnya.

Baginda bagaimanapun tiada halangan sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”.



Tegasnya, menjadi kewajipan umat Islam menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dess402 23-3-2021 04:07 PM
Sultan johor sudah , sultan selangor udah .
Sultan pahang. ??


Quote jazaa100 23-3-2021 04:10 PM
Daulat Tuanku
Quote EJALTI 23-3-2021 04:11 PM
Edited by EJALTI at 23-3-2021 08:15 AM

Sultan Sharafuddin larang guna kalimah Allah dalam Bible di Selangor

https://www.malaysiakini.com/news/567749

Diterbitkan 23 Mar 2021, 4:06 pm



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah melarang pengunaan kalimah Allah dalam kitab Bible terjemahan Bahasa Melayu atau percetakan apa-apa buku dan tulisan agama Kristian

Baginda bertitah, ia bagi memelihara kalimah suci umat Islam itu yang mana kalimah Allah ialah kalimah suci umat Islam merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

"Beta menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible (terjemahan Bahasa Melayu) atau percetakan apa-apa buku-buku dan tulisan-tulisan agama Kristian di dalam apa-apa bentuk sekalipun yang mengandungi kalimah Allah tetap dilarang sama sekali penggunaannya di negeri Selangor.

"Beta mengulangi pendirian beta bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan yang maha esa yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan.

"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain daripada maksud Tuhan yang maha esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam. Namun demikian sekiranya perkataan “Tuhan” digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan “God”, beta tiada halangan atas penggunaan perkataan “Tuhan” tersebut," titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah "Allah" pada tahun 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Justeru, mahkamah sama memutuskan seorang wanita Kristian yang berbangsa Melanau berhak menggunakan kalimah "Allah" untuk tujuan keagamaan dan pendidikan.

Hakim Nor Bee Ariffin membenarkan tindakan undang-undang oleh Jill Ireland dalam kemelut yang berlarutan hampir 13 tahun.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

Dalam penghakimannya, Nor Bee berkata arahan oleh Kementerian Dalam Negeri pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan "Allah, Baitullah, Kaabah dan solat" menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

"Penggunaan perkataan itu tidak akan mengganggu ketenteraman awam," katanya.

Nor Bee berkata perkataan itu juga boleh digunakan oleh masyarakat untuk tujuan pengajaran kerana telah digunakan lebih 400 tahun.

Kerajaan Persekutuan pada 15 Mac lalu mengemukakan rayuan mengenai hak menggunakan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan beragama Islam kini ke peringkat Mahkamah Rayuan.

Perkara itu disahkan oleh Peguam Cara Negara Abdul Razak Musa.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menegaskan ia juga adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam negeri pada tahun 2014 dan fatwa yang diwartakan di negeri Selangor pada 18 Februari 2010 yang menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan atau disamakan dengan Tuhan bagi agama-agama bukan Islam yang lain.

"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk menyekat penggunaan kalimah Allah jika terdapat unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah tersebut.

"Beta menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam apa jua keadaan sekalipun.

"Beta juga menitahkan agar rakyat beta yang bukan beragama Islam di negeri Selangor sentiasa akur dan mematuhi larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) yang telah diwartakan pada 7 Julai 1988," katanya.

Titah baginda sebagai ketua agama Islam Selangor, baginda tetap akan mempertahankan kesucian kalimah Allah ini kerana memelihara kesucian kalimah Allah ini adalah menjadi tuntutan agama.
Quote jazaa100 23-3-2021 04:11 PM
dess402 replied at 23-3-2021 04:07 PM
Sultan johor sudah , sultan selangor udah .
Sultan pahang. ??

sultan johor kata apa Des
Quote dess402 23-3-2021 04:22 PM
Sultan johor katalah kalimah Allah ini tak boleh di tiru kristian belah sini ..  lebih kurang lah .
Dan baginda mahu rakyat terus hidup harmoni dan hormati sensitiviti agama lain ..  gitu .  Dan rakyat kembali tenang hidup seperti biasa . Elak  suasana tegang menegang .  
Ini penting dari dilihat ada suasana semacam tak boleh di kawal . Tak elok pasal ada syak wasangka . Perlu dikawal sedari awal supaya nanti tak merebak .  Jangan jadi seperti peringkat nasional , orang lain bebas bercakap pasal tuhan kita .
Quote nashrudean 23-3-2021 04:25 PM
bagus...cuma geng2 Sabah Sarawak je la yg panas nnti kan termasuk moslem sana..org sana spt biasa akan guna skrip sama  you know what i mean kan..hahaha
Quote dess402 23-3-2021 04:28 PM
nashrudean replied at 23-3-2021 04:25 PM
bagus...cuma geng2 Sabah Sarawak je la yg panas nnti kan termasuk moslem sana..org sana spt biasa ak ...

Tapi tak silap , srawak memang takde sultan dan takde agama rasmi . Tapi sabah rasanya Islam agama rasmi .
ehh ..  ntahlah macamana .
Quote rajamoney 23-3-2021 04:31 PM
kenapalah kristian2 ni sibuk nk jadi arab

sepatutnya mereka kembali kepada bahasa asal yg dituturkn Nabi Isa iaitu bahasa aram suryani kuno

takkan pedagang arab yg ngajau ajaran kristian pada kristian malaysia?

nampaknya jarum2 halus arab dah berjaya mnusuk ke dlm ajaran kristian malaysia

ish ish ish
Quote Redskin 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 begini diseragamkan
keseluruh Msia termasuk Sabah dan Sarawak,
sesuatu undang2 itu biarla JELAS,

Kita tidak mahu, ehh kat sini boleh, kat sana
tak boleh, nanti rakyat pon confused padahal
sama2 tinggal di Msia sebuah negara.

Masalahnya bukan umat Islam lemah aqidah iman senipis kulit bawang atau takut dimurtadkan adalah isu kecil yg segelintir.

Isu sebenar masalahnya kalimah Allah itu akan digunakan TIDAK BETUL pada konsepnya atau Tidak Betul dgn Sifat2 Allah SWT itu.  

Kalimah Allah yg menjadi tonggak umat Islam
mempunyai ciri2 yg tertentu yg Unik.

Agama Sikh juga ada kalimah Allah tetapi penggunaan Betul pada konsepnya kerana Sikh percaya pada Tuhan yg SATU. Tiada Masalah.
Strictly monotheist and no idols.
Quote Trumpettt 23-3-2021 04:56 PM
Tahniah Tuanku....
Quote Nenasketum 23-3-2021 05:01 PM
Tak cukup tanah kan? haaaa itu lah politik kekawan, jangan baca diluaran saja, kena fahami dalaman.
Quote jazaa100 23-3-2021 06:09 PM
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 ...

tlg tepek muka hakim yg benarkan tu.....

melayu islam rasanya tu kannnn
Quote miss_white 23-3-2021 07:43 PM
nnti sepet dgn botol kicap sibuk la nk komen jugak pasal isu kalimah Allah kt fb
Quote Redskin 23-3-2021 09:13 PM
jazaa100 replied at 23-3-2021 06:09 PM
tlg tepek muka hakim yg benarkan tu.....

melayu islam rasanya tu kannnn

Hakim.png

Hakim Nor Bee Ariffin
Quote rajamoney 23-3-2021 09:19 PM
Redskin replied at 23-3-2021 04:54 PM
Alhamdulillah Sultan2 sebagai Ketua Agama campur tangan dlm isu kalimah Allah.

Sepatutnya undang2 ...

sejak2 kristian nk guna kalimah bahasa arab ni
dan sejak2 isu bahasa asal Nabi Isa dibangkitkn

aku tk nampak pulak sekor forumer yg rajin buat bnyk multinick menyamau Islam tu lantang dngn nick asalnya ittew

mungkin dia tngah whatsapp2 ngn pastor2 forum yg lain cari jawapan mantop utk ditujukn kepada ko red

itu hari lawak red

pastor sekor tu reply aku red

sebelum ni aku baca dia mengaku diri dia Quranist

tk pasal2 terkena ayat meremas puting ngn aku red

lawak tol aku rasa

lg lawak pastor M da tukau salin kulit jd imam

tp tak banyk benda la dia boleh ulas

dah jadi ahli feqah dah kulit dia baru ni red

adoi lawak

tak de keje apa?




Quote Redskin 23-3-2021 09:20 PM
"Beta mengulangi pendirian bahawa kalimah Allah ialah suatu kalimah suci umat Islam
dan hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa yang
mempunyai sifat- sifat kesempurnaan.

"Kalimah Allah sama sekali tidak boleh diletakkan di tempat yang salah atau digunakan selain
daripada maksud Tuhan Yang Maha Esa yang menjadi asas pegangan akidah umat Islam,"


Bagaimanapun baginda tiada halangan sekiranya perkataan 'Tuhan'
digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan 'God'.


"Adalah menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk penggunaan kalimah Allah jika terdapat
unsur-unsur penyalahgunaan atau penghinaan terhadap kalimah Allah itu.

"Beta menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam terutamanya umat Islam
di Negeri Selangor untuk menjaga kesucian kalimah Allah pada setiap masa dan di dalam
apa jua keadaan sekalipun," titahnya.

Larangan penggunaan kalimah Allah sepertimana yang diperuntukkan di bawah ikut
Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988)
yang diwartakan pada 7 Julai 1988.

Tak pasei2 kalo ada yg salah memahami dan menjadi Murtad
disebabkan kalimah Allah yg diselewengkan...

Dapatla saham akhirat yg berterusan. Nauzubillah min dzalik.


[youtube]Wx5pzo0oHpw[/youtube]



Quote Redskin 23-3-2021 09:44 PM
rajamoney replied at 23-3-2021 09:19 PM
sejak2 kristian nk guna kalimah bahasa arab ni
dan sejak2 isu bahasa asal Nabi Isa dibangkitkn

...


Aku saja diam, peratikan ajer Pader2 Vaticanus ni yg nyamau Islam.


Banyak ajer kepincangan dlm membawa ayat2 Al Quran.


Diorang nak bawak hujah lapok kononnya kalimah Allah dah digunakan dlm
Bible Arab sebelum kedatangan Nabi SAW.....pegidahhh !!!

Bible Allah.png

Bible Arabic yg mula2 diterjemahkan guna kalimah Allah pada 9th century.
iaitu 200 tahun SELEPAS Al Quran.


Bible Allah 1.png

Fragment Oldest Bible Arabic yg ditemui (Psalms 77) pada 8th century
TIDAK ADA yg menggunakan kalimah Allah.


Ini menunjukkan pendakwah Kisteaa copied Al Quran gunakan Kalimah Allah
utk tujuan berasimilasi dgn agama majority di negara2 Arab iaitu Islam.


Taktik yg sama digunakan diEropah utk convertkan Pagans 3 Tuhan (Trinity)
Taktik yg sama juga digunakan diTanah Arab.
Taktik yg sama juga digunakan di Indonesia yg dibawa penjajah Belanda
yg memaksa kalimah Allah dimasukkan dlm Bible.


Zaman Nabi SAW dan para Sahabat TIDAK ADA kalimah Allah didalam Bible.
Bible Arabic pong belom wujud lagi ketika itu.

Yg ada adalah Bible Hebrew yg TIDAK ADA pon kalimah Allah...usahla nak temberang.


pastor sekor tu reply aku red

sebelum ni aku baca dia mengaku diri dia Quranist

tk pasal2 terkena ayat meremas puting ngn aku red

lawak tol aku rasa

lg lawak pastor M da tukau salin kulit jd imam

Aku baca penulisan dia pong dah boleh agak siapa...  


Quote rajamoney 23-3-2021 09:55 PM
Redskin replied at 23-3-2021 09:44 PM
Aku saja diam, peratikan ajer Pader2 Vaticanus ni yg nyamau Islam.


yg etis2 beriman pada zarah graviton ni sibuk la menyampuk

dah la tk de agama

kita sembang2 dngn org kristian

etis2 ni menyampuk lak

menuduh lak kita mengutuk kitab diorang

takkan la sampai hati kita nk ngutuk kitab orng kn?


Quote dizekni 23-3-2021 10:14 PM
Daulat Tuanku

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074976 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top