CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lepas Gantung Baju Biru Ini, Saya Akan Jadi Pekebun" - Abdul Hamid

24-3-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2858| Komen: 10

Description: “Saya mempunyai senarai nama para pegawai dan anggota yang terlibat kartel Polis Diraja Malaysia tetapi tidak akan mendedahkannya”.
“Saya mempunyai senarai nama para pegawai dan anggota yang terlibat kartel Polis Diraja Malaysia tetapi tidak akan mendedahkannya”.

Itu pendedahan terbaharu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador apabila ditanya mengenai tindakan ke atas mereka yang terlibat.


Beliau bagaimanapun tidak memilih untuk mendedahkan identiti pegawai terlibat kartel PDRM itu kerana situasi masih terkawal dan masih boleh ditangani.


Kredit foto: ISMAWeb

“Saya ada maklumat sahih mengenai identiti kesemua pegawai yang berkomplot mencemarkan imj saya dalam PDRM.

“Saya mendedahkan isu ini sekarang kerana saya mahu mereka tahu bahawa saya sedia maklum segala yang sedang berlaku (komplot jahat kartel PDRM),” katanya dalam sidang media Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di sini.

Abdul Hamid mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak ada masalah dengan pegawai yang mempunyai cita-cita untuk maju ke tahap tinggi dalam PDRM seperti menjadi Ketua Polis Negara atau Pengarah Jabatan di Bukit Aman.


Namun katanya, masalahnya itu tercetus apabila cita-cita mereka (kartel PDRM) ini dipengaruhi unsur atau amalan tidak sihat.

Malah, mereka sentiasa dinasihati untuk menghentikan segera perbuatan itu.

“Kalau cita-cita dia untuk memajukan dan mendisiplinkan PDRM supaya disegani ramai, itu saya gembira dan sokong sepenuhnya.

“Jika nak jadi KPN itu tak ada masalah tapi buatlah dengan cara yang sihat dan ikhlas tetapi bukan demi kepentingan peribadi anda.

“Semua kena faham, saya bukan mendedahkan perkara ini sekarang untuk melobi penyambungan kontrak saya sebagai KPN.

“Selepas menggantung baju biru ini, saya akan jadi pekebun kerana itu impian lama saya. Ini bukan untuk menguji kedudukan pasaran bagi melanjutkan kontrak saya (tamat Mei ini), saya hanya manusia biasa yang ada maruah diri.

“Saya manusia biasa yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi PDRM ke arah kecemerlangan di mata dunia, jadi saya berdiri di sini untuk menjelaskan kebenaran,” ujarnya.

Beliau juga melahirkan rasa terkilan kerana sewaktu kepimpinan bekas-bekas ketua polis negara yang lalu, permasalahan kartel yang lama bermaharajalela dalam PDRM ini tidak dibangkitkan kepada media.

Beliau tidak menolak kemungkinan mereka takut atau ditakutkan.

Tambah beliau, sepanjang kepimpinannya lebih 100 pegawai telah diambil tindakan dan memakai baju jingga (didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Abdul Hamid berkata, mereka yang didakwa tidak guna menyesal sekarang kerana mereka sudah lama lagi diberi amaran dan peringatan tegas supaya menghentikan segala perbuatan tidak sihat,”katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tripleid 23-3-2021 02:49 PM
Edited by tripleid at 23-3-2021 02:53 PM

Msia bakal melingkup bawah menteri  kjaan tebok atap..

[fbp]https://m.facebook.com/suararakyatpage/photos/a.199846193527239/1867877233390785/?type=3&source=54&ref=page_internal[/fbp]
Quote Supersirap 23-3-2021 02:50 PM
Apa lagi, kasi dedahkan semua yang terlibat, x payah berselindung dan cover, barulah ganas
Quote shida81 23-3-2021 02:57 PM
Menteri manjang je la kata x de...
Quote dineyta 23-3-2021 03:01 PM
jlow mcm mana? beruk sudah bertukar manusia ke?
Quote rajamoney 23-3-2021 03:06 PM
tebuk atap tebuk atap

bkn tok hamid ni jd kpn masa zmn dap ph ke?

tak malu

dah la sebar fake news

vaksin pfizer made in israel

ish ish ish
Quote Nes3in1 23-3-2021 08:42 PM
Biasa la towkey2 kartel mmg tak senang duduk kalau ada pegawai tertinggi kerajaan yg tak sehaluan dgn kehendak deme. Salah satu cara adalah tabur duit kpd keldai2 di kalangan polis yg rela ditunggang utk jatuhkan pegawai itteww. Semoga IGP diberikan kekuatan dan kemudahan utk terminate terus keldai2 kartel dikalangan anggota polis yg mencemar nama PDRM dan negara.
Quote alesandra 23-3-2021 09:21 PM
poyo je ini usaha2 nak menyambung kontrak lettew.pencen tetap pencen laa. dulu penah kata rekod dia neh bukan bersih sgt
Quote auntyonion 24-3-2021 02:49 PM
bermqruah celah mananya semua pakai rahsia alasan masih terkawal. ada ke polis yg betul2 clean ?
Quote mamajawie 24-3-2021 04:21 PM
Ex KPN norian mai pun jadi penternak kambing n lembu kalu x silap..
Quote Ninjanunu 17-5-2021 02:07 PM
Semoga kekal berprinsip

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.058386 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top