CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Walaupun 1 Je, Altimet Pelan-pelan Kayuh Sumbang Van Jadi Ambulans

24-3-2021 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2428| Komen: 11

Description: Komposer dan penyanyi hip hop popular, Altimet teruja apabila van sumbangannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia untuk dijadikan ambulans mampu guna hampir siap sepenuhnya.
Komposer dan penyanyi hip hop popular, Altimet teruja apabila van sumbangannya kepada Pertubuhan Wilayah Ummah Malaysia untuk dijadikan ambulans mampu guna hampir siap sepenuhnya.

Berita gembira itu dikongsikan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad di laman sosial.



Kredit foto: IG Altimet

"Ya, saya tahu satu ambulans saja kami mampu buat, rakyat Malaysia 30 juta lebih. Tapi, pelan-pelan kayuh.

"Moga kenderaan ini boleh bawa manfaat buat kita semua. Terima kasih semua yang menyumbang," tulisnya.

Altimet yang dihubungi berkata, dia sememangnya terbabit secara langsung dalam projek ini dengan pertubuhan berkenaan.

"Mereka nak buat ambulans mampu guna untuk orang Malaysia.

"Saya pula ada van syarikat ini. Jadi, saya beri mereka convert (tukar) van ini jadi ambulans jariah yang diinginkan.


"Jadi, kami sekarang dalam proses tukar van ini kepada ambulans. Sebelum Covid-19, van jenis Toyota Hiace ini kerap digunakan.

"Namun, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana, memang jarang van ini digunakan. Jadi, kos untuk ubahsuai van dan sediakan kelengkapan di dalamnya berjumlah sekitar RM150,000," katanya kepada Harian Metro.



Tambahnya, kos ubahsuai itu dibiayai pertubuhan melalui derma daripada orang ramai dan berharap van berkenaan dapat membantu mereka yang memerlukan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ayukpingu 23-3-2021 04:29 PM
alhamdulillah..moga bertambah rezeki terus membantu di masa akan datang
Quote rajamoney 23-3-2021 04:43 PM
dia ni kira sedara mara ngn sherry la kn
Quote hasniey 23-3-2021 09:04 PM
Alhmdulillah...surau taman ai pon ada org sumbang van/ambulans 2nd hand...van ni penting sbb utk bwk jenazah...kalau ada satu je kesian bila ada 2-3 kematian..kene menunggu sbb van xde
Tahniah altimet
Quote ciksaenara 23-3-2021 09:53 PM
Alhamdulillah  
Quote LadyCarefree 23-3-2021 11:01 PM
Altimet sumbang van.
Van syarikat saya tukar jadi ambulans.
Duit orang ramai.


Hmmmm
Quote Cocoais 24-3-2021 06:52 AM
Alhamdulillah kalau dah niat dia baik
Quote de_ikea 24-3-2021 07:00 AM
Alhamdulillah.

Byk charity works by altimet ni. Inspiring jugak dia ni.
Quote dedek12 24-3-2021 07:03 AM
Bagus2 alhamdulillah syukurrr
Quote VespaSilbe 24-3-2021 01:46 PM
Kat tempat iols ni ada satu ambulance dok parking depan restoran ereb tak bergerak2
Kawan asben iols punya ambulance kat Penang xdok diam tlg semua bangsa
Kalau kat sana ada kebakaran atau eksiden bomba NGO sampai dulu
Moga buat lawa2 nih pakai la hendaknya
Jangan tak pakai
Quote haruno_sakura 24-3-2021 01:55 PM
Alhamdulillah makin ramai artis yg kejar saham akhirat
Quote ina_na 24-3-2021 08:43 PM
Alhamdulillah best nye jd org duit berlebih.. Boleh kumpul pahala akhirat..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.047015 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top