CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dapat iPhone Gergasi Padah Tak Baca Info, Undang Tawa Netizen

24-3-2021 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4230| Komen: 16

Description: Seorang lelaki dari Thailand terkejut menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi setelah membelinya di platform e-dagang.
Seorang lelaki dari Thailand terkejut menerima telefon pintar iPhone bersaiz gergasi setelah membelinya di platform e-dagang.

Sebaik barang yang ditempah tiba, dia menyedari pesanan itu bukan iPhone sebenar, sebaliknya meja dewasa yang kelihatan seperti iPhone, lapor Orientaldaily.


Dia memuat naik gambar iPhone gergasi yang hampir sama besar dengan dirinya di laman sosial dan menarik perhatian ramai hingga mengundang tawa netizen.


Kredit foto: Orientaldaily

Menerusi komen di laman sosial, netizen mengesyaki lelaki terbabit tidak melakukan pemeriksaan informasi secara terperinci sebelum membelinya hingga memperoleh barang berbeza.

Netizen juga mencari barangan terbabit di platform e-dagang dan ternyata barang itu wujud dan menyifatkan ia bukan kesilapan peniaga, sebaliknya daripada pelanggan.

Bagaimanapun, netizen mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli di platform e-dagang kerana gambar yang dipaparkan boleh mengelirukan pengguna.



Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 24-3-2021 01:27 PM
adoi lawak betul...mahal la tu meja tu sama harga ngan iphone..tp rupa mmg nmpk sejibik..
Quote eragon 24-3-2021 01:40 PM
marketing secara tak langsung.
laku meja tu lepas ni.
Quote Artemesiaa 24-3-2021 02:29 PM
Jenis tak baca keterangan pilih berdasarkan gambar cam tu ler jadinya
Quote saviour_09 24-3-2021 02:45 PM
lawo jugak meja tu letak ruang tamu aku

Quote Scheherazade 24-3-2021 03:25 PM
mesti bengang je kt diri sendiri
Quote cheergirlz 24-3-2021 05:01 PM
adoiii bila baca x abiz...
Quote Decaffeinated 24-3-2021 05:16 PM
Dulu dah pernah jadi 'notepad' dari China rupa dalam gambar betul macam notepad computer tu tapi bila sampai sebenarnya buku.

Barang online ni memang ada yang sengaja nak menipu. Buat2 tak bersalah konon siapa suruh tak baca. Paling selalu tipu saiz lah buat camera trick. Aku sebelum beli make sure cari pembaris dulu.


Quote cmf_premierleag 24-3-2021 05:23 PM
kilatan bhgn warna hitam tu sama sebijik mcm skrin tepon
siap ada pantulan imej tukang amik gambo tu
Quote untoldname 24-3-2021 06:13 PM
Takkan lah harga meja tu sama harga ipong? Kebulur sangat nak pakai ipong smpai x bce description nih...
Quote notM 24-3-2021 06:24 PM
Sabar jelah....mesti meja tu sorok bawah katil takut kena gelak dgn tetamu.
Quote Boomibulat 24-3-2021 07:05 PM
Hari tu ada tgk org beli periuk..tp yg sebenarnya dia jual tudung periuk je..pastu menggelabah mana nak cari body periuk pulak..
Quote sukacactus 24-3-2021 07:48 PM
Membaca amalan mulia
Quote hasniey 24-3-2021 07:52 PM
mejaputih replied at 24-3-2021 01:27 PM
adoi lawak betul...mahal la tu meja tu sama harga ngan iphone..tp rupa mmg nmpk sejibik..

Harga mesti lg murah...biasa kita pilih brg yg sama tp harga yg paling murah kann
Ni mesti dia nmpk iphone tp lg murah dr kedai2 lain.pastu padan la muka dia
Quote mejaputih 24-3-2021 08:22 PM
hasniey replied at 24-3-2021 07:52 PM
Harga mesti lg murah...biasa kita pilih brg yg sama tp harga yg paling murah kann
Ni mesti dia nm ...

Haha. Maybe la kot. Excited  nmpk murah tgk dlm gambo xde syak apa2
Quote FanTasyCreaTioN 25-3-2021 04:44 AM
Artikel lebih sesuai ke Kongsi Tular

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.296293 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top