CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dah Nak Masuk April, Laptopnya Mana?'

19-3-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4318| Komen: 21

Description: Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithin memperosoalkan pemberian komputer riba yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithin memperosoalkan pemberian komputer riba yang dijanjikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Shazni turut bertanya beberapa soalan berhubung pemberian komputer riba yang sepatutnya dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).



Gambar hiasan

“Apa dah jadi dengan pemberian 150,000 laptop itu? GLC dan GLIC mana yang terlibat? Waktu bagi harapan pada rakyat itu memang dah lulus atau masih berbincang? Kalau dah lulus, laptopnya mana?

“RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya ‘insya-Allah’ akan dapat pada bulan Mei ini, kira dah boleh hapus janji nak bagi laptop ke macam mana?

“Satu lagi, RM2 bilion itu banyak. Apa jaminan dana sebesar ini benar-benar sampai kepada kelompok sasar?” soalnya.

Menerusi perbahasan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program komputer riba percuma itu akan dibiayai oleh GLC dan GLIC dan pihak itu akan menyumbang RM150 juta bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah.


Dengan nada sinis, Shazni turut menyebut semula pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menjanjikan RM300 untuk pembelian telefon pintar.

“Janji pada bulan Januari nak bagi laptop, sampai dah nak masuk April masih tak nampak bayang.

“Semalam (dua hari lalu)@MuhyiddinYassin janji lagi nak bagi subsidi RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya akan dilancarkan bulan Mei pula,” katanya di Twitter.

Pada 17 Mac, Muhyiddin mengumumkan penambahbaikan subsidi pembelian telefon pintar di bawah Program Jaringan Prihatin dengan pemberian RM300 kepada isi rumah yang mempunyai anak bersekolah dalam usaha merapatkan jurang digital golongan B40.

Komputer riba menjadi peranti yang penting untuk setiap isi keluarga di negara ini sewaktu perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) pada 13 Januari lalu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Sepanjang PKP, sekolah ditutup untuk kebanyakan pelajar kerana kelas dijalankan dalam talian tetapi tidak semua pelajar mampu membeli peranti atau data telekomunikasi.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 19-3-2021 03:57 PM
kami dulu tkde pakai lektop2 ni

elok je

korang bdk2 skang lak sibuk belajau nk belektop

bila da besau da keje

pemalas lps tu tk de inisiatif nk berinovasi dlm keje dng menyumbngkn idea2 baru

ada lak tu tesesat

menyokong BGLT budaya golongan luar tabii



Quote Normabaru 19-3-2021 04:12 PM
Sekolah bukak sebab gomen xde pitih nk bg laptop.. Tp nk sedap cerita.. So acah2..

Samala bajet2 terdahulu.. Ade sekor tu sembang kata dpt macam2..
Alih2 BARU nk apply geran yang lulus tahun lps..

Oh my.. MACAM2 dapat sungguh.. Kohkohkoh
Quote Boboyottt 19-3-2021 05:57 PM
Banyak protokol sebelum boleh beri..
Quote Ciktiekus 19-3-2021 05:57 PM
Takpe lah..kan dah bersemuka..
Quote intanblur 19-3-2021 08:22 PM
Kihkihkihkihkih{:give
Quote underground 19-3-2021 08:49 PM
rajamoney replied at 19-3-2021 03:57 PM
kami dulu tkde pakai lektop2 ni

elok je

Dulu aku beli pc RM5k.. cpu pentium 1, RAM 16MB, harddisk 500MB. Cakap kat parent nak buat assignments. Tapi aku main warcraft dgn c&c..
Quote rajamoney 19-3-2021 08:59 PM
underground replied at 19-3-2021 08:49 PM
Dulu aku beli pc RM5k.. cpu pentium 1, RAM 16MB, harddisk 500MB. Cakap kat parent nak buat assignm ...

mahalnya rm5k
skang rm5k tk dpt lg laptop ryzen 9 sbijik

duit usd mahal skang ni

ish ish ish
Quote prime5 19-3-2021 09:04 PM
Bukan sahaja laptop tak nampak rupa, mask dijanjikan dari tahun lepas pun tak ada.
Quote Plain-tif 20-3-2021 11:51 PM
Lama2 sesi persekolahan 2021 habis, biji butir pun x nampak
Quote mikasa 21-3-2021 01:09 AM
Sabar...tengah order tapi disebbkan chip yang sortage skrg....mungkin lewat..mungkin ngam2 dpt sebelum PRU nanti kot...buat majlis kat sekolah
Quote ina_na 21-3-2021 01:17 AM
Kwn aku pun ckp konon2 nk bg tipon dr thn lps.. X dpt pun... Thn lps aku x try..
Quote dodolgemok 21-3-2021 09:22 AM
Tabur janji je lah, nak buat tu pejam mata buat2 tak nmpak. Tu pon @dizekni sujud sembah. Kahkahkah
Quote dodolgemok 21-3-2021 09:24 AM
underground replied at 19-3-2021 08:49 PM
Dulu aku beli pc RM5k.. cpu pentium 1, RAM 16MB, harddisk 500MB. Cakap kat parent nak buat assignm ...

Ram 16MB  hd 500MB kau boleh buat apa je dek??? Kahkahkah
Quote ultra78 21-3-2021 09:28 AM
Nak GLC tanggung?

Google mybaikhati. Ni kempen terbaru. Orang boleh derma laptop terpakai kepada golongan b40. Kerajaan lancar kempen sahaja. Laptop tu rakyat sendiri yg supply.


SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersama industri telekomunikasi utama menggerakkan kempen MyBAIKHATI menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang diumumkan pada Rabu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif tersebut bagi mengumpul dan membaik pulih peranti komunikasi terpakai untuk keluarga berpendapatan rendah (B40) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Quote tripleid 21-3-2021 10:34 AM
Lol.bagi Pinjam je rupanya,bukanya bagi free teruss..tu pun student x dapat2 lagi

Ni kalo janji manipesto pru15 nti mesti lg kuat hancingg..

Quote underground 21-3-2021 10:35 AM
dodolgemok replied at 21-3-2021 09:24 AM
Ram 16MB  hd 500MB kau boleh buat apa je dek??? Kahkahkah

run MS-DOS
sesekali, run windows 3.1 (install pakai floppy disk)

itu specs high end zaman tu..

hard disk pun dah dekat RM800 sebiji zaman tu..


hardisk-waiting-for.jpg

Quote dizekni 21-3-2021 02:53 PM
PN ni PH 2.0

kencing yang sama hancing yang sama
Quote selyusi 21-3-2021 02:56 PM
Biasala tu dalam semua parti ada kaki songlap!
Quote dodolgemok 22-3-2021 07:39 AM
underground replied at 21-3-2021 10:35 AM
run MS-DOS
sesekali, run windows 3.1 (install pakai floppy disk)

Oh zaman dulu, ingat ke sis cerita mggu lepas punya hikayat.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066826 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top