CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Riena Diana Risau Buat Lawak Tak Kelakar Dan Cringe

19-3-2021 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5357| Komen: 28

Description: Dalam usia yang masih muda, tentunya jiwa, semangat dan kudrat untuk bekerja masih lagi dalam fasa yang penuh dengan tenaga.
Dalam usia yang masih muda, tentunya jiwa, semangat dan kudrat untuk bekerja masih lagi dalam fasa yang penuh dengan tenaga.

Bagi pelakon, Riena Diana, 23, ini adalah masa untuk dia meneroka pelbagai cabang dalam seni sekali gus mencuba pelbagai perkara yang mampu mencabar kemampuan dirinya.


Siapa sangka, menerusi watak mencuit hati dalam drama bersiri Kampung People dan Kampung People 2, Riena kini mencipta nama dalam satu lagi cabang seni yang lari jauh dari karier asalnya iaitu sebagai penyampai radio.


Foto: IG

Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan Riena menggalas tanggungjawab sebagai penyampai untuk slot Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM dan dia sendiri semakin selesa dengan kerjaya itu.


"Pada peringkat awal, ada boss yang akan turun padang dan membimbing saya dan Mark Adam memandangkan kami masih baru dalam bidang penyampaian radio. Tapi, selepas dua minggu, kami diberi kepercayaan untuk mengendalikan sendiri program itu bersama Fizie," katanya.

Menurutnya, dia yang awalnya sedikit malu untuk berceloteh kini mula sedar akan keserasian yang wujud antara ketiga-tiga mereka.



"Keserasian itu sudah dapat dilihat. Pada peringkat awal, saya seperti malu-malu juga tapi lama kelamaan, perangai 'buruk' masing-masing akan terkeluar juga dan tak dapat disembunyikan lagi.

"Apabila kami sudah selesa dengan satu sama lain, ketika bersiaran pun kami berborak seperti kawan-kawan. Namun, saya sedar banyak lagi ruang yang boleh saya perbaiki dalam penyampaian saya," katanya.

Tatkala penyampai radio sentiasa dikaitkan dengan komedi dan ada juga lawak yang dianggap oleh netizen sebagai tidak kelakar, itu sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan buatnya.

"Sebenarnya risau juga kalau lawak yang saya buat tak kelakar atau 'cringe'. Namun, saya cuba jadi diri sendiri dan setakat ini, alhamdulillah ramai yang berikan maklum balas positif," katanya.

Mengakui banyak mendapat pengaruh daripada kekasihnya yang berperwatakan lucu, Riena menggunakan idea-idea itu ketika berada di konti.



"Susah sebenarnya nak cari idea yang kelakar. Tapi, saya ada kekasih yang kelakar. Jadi, sedikit sebanyak ada idea yang dikongsikannya dan saya gunakan.

"Selain itu, saya banyak juga menonton karya-karya komedi sebagai rujukan. Tapi, di konti pun, Mark dan Fizie sebenarnya sudah cukup kelakar. Kebanyakan lawak kami adalah secara spontan," katanya.

Berbicara mengenai karier lakonan, ia masih lagi menjadi keutamaan Riena dan terbaru, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Kisah Cinta Rumi.


"Saya baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri itu yang akan ditayangkan di TV3. Kali ini saya bergandingan dengan Khai Bahar, Dynas Mokhtar dan Sharifah Rose," katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon dengan Khai Bahar, Riena yang begitu menghormati Khai yang baginya, seorang yang merendah diri dan baik hati.

"Khai adalah artis yang baik dan sangat merendah diri. Dia selalu beritahu saya yang dia tak pandai berlakon. Padahal, saya pun masih lagi baru dalam bidang lakonan.

"Tapi, apabila sudah bergandingan dengan dia, saya dapat katakan bahawa lakonan dia sebenarnya tidak kurang hebat kalau dibandingkan dengan pelakon-pelakon lain yang ada.



"Pada awalnya, susah juga nak dapatkan keserasian sebab dia pemalu. Tapi, saya cakap dekat dia yang kita sama-sama baru dan marilah kita sama-sama belajar. Lama kelamaan, dia makin selesa," katanya.

Selain berlakon dan bertugas sebagai penyampai radio, Riena juga kini memegang tanggungjawab sebagai pengacara.

"Setakat ini, saya masih mengendalikan program Gempak TV dan juga Muzikal Lawak Superstar sebagai pengacara digital dan belakang pentas. Itu pun satu pengalaman menarik untuk saya," katanya.

Ditanya sama ada pernah timbul rasa penat bekerja, Riena tidak menafikannya.



"Penat memang penat. Tapi, kesibukan ini mengajar saya untuk menghargai masa. Kalau dulu, 'call time' jam 8 pagi pun saya dah rasa macam sangat awal. Tapi, sekarang saya mula bersiap sedia untuk bekerja seawal jam 4 pagi.

"Sedikit sebanyak, saya rasa pengurusan masa saya sekarang lebih teratur. Penting untuk saya mengatur masa kerana saya tak mahu jatuh sakit. Yang penting, saya akan letak matlamat dan cuba capai apa yang saya inginkan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 19-3-2021 05:04 PM
risau ditamatkn kontrak ke?

Quote kiah_mai_pulak 19-3-2021 05:06 PM
nk jadi DJ radio mmg wajib buat lawak ke? smpai snggup memperbodohkan diri nk bg lawak bodoh??? tutupppp radiooo!!!!
Quote cmf_premierleag 19-3-2021 05:07 PM
makin lama makin x minat dgn dia ni
gedik dan mengada
jd host rcgn by the sea kt tv3 tu pun gedik nak mampos
kensel la minah ni
Quote Zzzz19 19-3-2021 05:11 PM
Quote prettyuglybabe 19-3-2021 05:25 PM
radio orang asli lagi berisi kot..
tak payah terbahak-bahak terjerit-jerit pun..
Quote Sitinenas 19-3-2021 05:39 PM
Risau ditamatkan kebhahahahahahah
Quote ciksaenara 19-3-2021 05:41 PM
xyah lawak2 la..
Quote anony-mous 19-3-2021 05:50 PM
cmf_premierleag replied at 19-3-2021 05:07 PM
makin lama makin x minat dgn dia ni
gedik dan mengada
jd host rcgn by the sea kt tv3 tu pun gedik  ...

Dia ni nmpk try hard sgt la. Ckup la gedik dlm kg people je. Org suka watak lailer tu terus dia terbawa2 watak tu jd diri dia
Quote cmf_premierleag 19-3-2021 05:57 PM
anony-mous replied at 19-3-2021 05:50 PM
Dia ni nmpk try hard sgt la. Ckup la gedik dlm kg people je. Org suka watak lailer tu terus dia te ...

ms jd host by the sea tu pun cara cakap mcm mengada pelat2 acah comel
dah mcm mental je aku tgk
terus tukar cenel
try hard nk jd sweetheart msians kut
Quote anony-mous 19-3-2021 06:07 PM
cmf_premierleag replied at 19-3-2021 05:57 PM
ms jd host by the sea tu pun cara cakap mcm mengada pelat2 acah comel
dah mcm mental je aku tgk
...

Konon2 nk jd manja mcm ND. Muka kalau biasa2 je xpyah la. Ella yg jenis ckp meleweh tu pon bertahun2 netizen nk accept the fact yg dia mmg gitu bkn dibuat2. Yg ni nmpk la dibuat2. I tgk dia mesti teringat corpse bride
Quote bluebutter 19-3-2021 06:09 PM
Cantik dia.
Quote Pauhnaga 19-3-2021 06:12 PM
Hah.........
Quote cahaya_almas 19-3-2021 08:09 PM
cmf_premierleag replied at 19-3-2021 05:07 PM
makin lama makin x minat dgn dia ni
gedik dan mengada
jd host rcgn by the sea kt tv3 tu pun gedik  ...

Ok je..i tk nmpk dia gedik pun...
Quote bracebintang 19-3-2021 09:04 PM
Edited by bracebintang at 27-9-2022 01:52 PM

--deleted post--
Quote bungasakura89 19-3-2021 09:57 PM
{:laugh{:laugh{:laugh
Quote Chakepom 19-3-2021 11:24 PM
Dah tua2 ni, dgr radio tergelak terpekik, sakit telinga jadi. Faktor usia kot
Quote dedek12 19-3-2021 11:43 PM
Suka dia sebab watak lailerrr je
Quote lembumanis 19-3-2021 11:45 PM
Tak payah la aim nk jadi DJ macam beruk terkinja2 dekat konti. Cuba jadi DJ yg bagi info2 menarik. ni la sebab aku dah tak dgr radio, sbb semua DJ radio skrg gigih nak buat lawak, bosan k.
Quote dudaberhias 19-3-2021 11:46 PM
ok la tapi suara dia dan style penyamapaian dia memang jenis tak boleh buat orang gelak...
senang cerita jadi professional radio biasa2 je cukup tak payah nak gelakkan orang dengan watak ke prank tah haper2 tu... orang dengar pun dalam keta je... kalau duk rumah orang  tonton netflix lagi bagus

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.181723 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top