CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 8 Tahun Campak Tilam Selamatkan Adik Dari Rumah Terbakar

19-3-2021 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2726| Komen: 7

Description: Usaha seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bagi menyelamatkan diri dan dua adiknya dari rumah terbakar harus dipuji.
Usaha seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun bagi menyelamatkan diri dan dua adiknya dari rumah terbakar harus dipuji.


Kredit foto: Twitter


Dalam kejadian pada Rabu malam di Chicago, kanak-kanak tersebut membaling keluar sebuah tilam sebelum melompat bagi menyelamatkan diri dan adik-adiknya selepas rumah mereka terbakar, kata jurucakap Polis Chicago kepada portal berita PEOPLE.

Sebaik sahaja anggota bomba tiba di tempat kejadian, salah seorang adiknya berusia empat tahun, bersedia melompat keluar tingkap sebelum anggota bomba menyelamatkannya menggunakan tangga.

Seorang lagi kanak-kanak berusia dua tahun ditemui dan berjaya diselamatkan dari dalam rumah berkenaan yang terletak di tingkat dua bangunan berkenaan, kata Jabatan Bomba Chicago dalam kenyataan di akaun Twitter rasmi pada Rabu.



Kanak-kanak berusia 8 tahun itu mengalami kecederaan pada pergelangan kaki, lapor Chicago Sun Times.

"Saya tidak mencadangkan untuk berbuat demikian namun tindakan kanak-kanak ini untuk menyelamatkan diri dan adik-adiknya adalah luar biasa," kata Ketua Bomba Daerah, Frank Velez kepada Chicago Tribune.

Kanak-kanak berkenaan dilaporkan berada di rumah tanpa pengawasan orang dewasa ketika kejadian berlaku.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba, Larry Langford, siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari bahagian dapur.

"Ketika kejadian, kanak-kanak ini ditinggalkan seorang diri di dalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Namun ibunya berada berdekatan," jelasnya kepada ABC7.

Ketiga-tiga kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Hospital Kanak-kanak Comer dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Siasatan untuk mengetahui punca kejadian masih dijalankan.


Sumber: AWANI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ffbeauties 19-3-2021 04:03 PM
A girl age 10. Translate jadi tukar umur sekali ye.
Baca macam dia selamat kan diri dia je. Dia terjun dulu
Quote nanies 19-3-2021 04:13 PM
hebat. anak mama yang hebat, anak mama yang kacak... - dato seri vida
Quote SecretLuv 19-3-2021 04:20 PM
ffbeauties replied at 19-3-2021 04:03 PM
A girl age 10. Translate jadi tukar umur sekali ye.
Baca macam dia selamat kan diri dia je. Dia te ...

Kan
Tak apalah kita husnodzon mungkin dia terjun dulu supaya boleh sambut adik dia kemudian Tapi yang umur 2 tahun tu masih kat dalam lagi. Nasib baik la bomba cepat sampai..
Quote borrow 19-3-2021 04:42 PM
Edited by borrow at 19-3-2021 04:44 PM

https://abc7chicago.com/chicago- ... th-wabash/10428498/

^ tulis budak tu umur 8 thn n tilam tu jiran letak. Klo jiran letak lebih logik kowt sbb tilam tu berat jugak kan.




Quote pxlbb 19-3-2021 07:13 PM
Quote twitter dan penerangan dlm BM jauh beza dowh {:dot
Quote intanblur 20-3-2021 12:48 AM
Bravoooo {:hooray{:hooray{:hooray
Quote mangobubble 20-3-2021 09:33 PM
Berani budak tu terjun..nekad

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.257760 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top